14 Tempat Menarik Di Cherating. Wah! Banyaknya Aktiviti Best Boleh Dilakukan Di Sini.
Cherating terletak berdekatan dengan Kuantan, Pahang dan bersempadan dengan Kemaman, Terengganu. Di sini terdapat sebuah pantai yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk berkelah dan bermandi-manda. Walaupun Pantai Cherating amat terkenal di sini, tetapi masih ada banyak tempat menarik lain yang anda boleh kunjungi di sini. Memandangkan ia bersempedan dengan Kemaman, maka banyak juga tempat menarik di Kemaman yang anda boleh kunjungi sewaktu percutian anda di Cherating. Jom kita lihat tempat-tempat menarik untuk anda sekeluarga singgah ketika bercuti di sini.
1) Pantai Cherating
Inilah dia destinasi paling terkenal di Cherating. Pantai ini sangat popular dalam kalangan pelancong untuk melakukan aktiviti pantai bermain papan luncur, windsurfing dan kite surfing. Pantai ini memang sesuai untuk aktiviti sebegini kerana ombak dan anginnya kuat disamping pantainya yang landai. Bukan semua pantai di Malaysia yang membolehkan anda untuk melakukang aktiviti surfing seperti ini. Jadi, jika anda ke Pantai Cherating, apa kata manfaatkan peluang ini mencuba aktiviti yang rare seperti ini. Mesti seronok! Aktiviti surfing ini anda boleh lakukan di Kam’s Surf Shack.
Tetapi, bukan semua orang berani untuk mencuba perkara baru. Tidak mengapa, masih banyak aktiviti pantai yang santai anda boleh lakukan di sini seperti berkayak, berkelah dan lain-lain.
Di sepanjang pantai ini juga terdapat banyak chalet dan resort yang best-best. Port-port cantic untuk anda berfoto menyebabkan ia dianggap port Instagrammable!
Lokasi: Pantai Cherating, 26080, Pahang
2) Club Med Resort
Club Med Resort adalah tempat penginapan yang terletak di pesisir Laut China Selatan dan dikelilingi hutan hijau. Lokasinya yang istimewa di tengah-tengah alam semula jadi ini menjadikan ia sebuah penginapan yang unik dan best untuk anda sekeluarga. Banyak aktiviti menarik yang ditawarkan oleh pihak resort untuk tetamu mereka.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah memanah, melakukan aktiviti lasak treetop adventure, rock climbing, belajar berlayar, yoga, berkayak dan banyak lagi. Di sini kami sertakan pautan ke video Youtube berkenaan 21 perkara menarik yang anda boleh lakukan di Club Med (https://www.youtube.com/watch?v=c8d3IH2HZkg).
Namun begitu, setiap aktiviti ada Harga Tiket yang akan dikenakan. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej serta aktiviti yang ditawarkan, anda boleh menghubungi pihak Club Med Resort.
Lokasi: Batu 29 miles Jalan Kuantan, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan
3) Legend Beach Resort
Antara resort yang menarik untuk anda sekeluarga menginap adalah di Legend Beach Resort. Resort ini terletak betul-betul di tepi pantai. Jadi anda bolehlah bersantai-santai serta berkelah di tepi pantai di waktu petang Bersama keluarga.
Di resort ini juga terdapat 2 kolam renang yang besar. Selain berenang dan mandi kolam, aktiviti lain yang ditawarkan oleh pihak resort adalah ATV Ride, Banana Boat Ride, AirHead, Snorkeling, Island Tour dan Fishing Trip.
Lokasi: Mukim Sungai Karang, Kampung Baharu Cherating, 26080 Balok, Pahang
4) Royale Chulan Cherating
Ini satu lagi resort yang popular dalam kalangan pelancong yang bercuti di Cherating. Terdapat 6 pilihan bilik penginapan untuk anda sekeluarga. Antara yang unik di resort ini adalah kolam renangnya. Ini kerana bentuk kolamnya seperti infinity pool dan menghadap Laut China Selatan.
Pihak resort juga turut menyediakan aktiviti menarik untuk tatemunya seperti ATV Ride, yatching, berkayak, snorkeling, river cruise dan sebagainya. Pendek kata, masa anda akan sentiasa terisi di sini kerana banyak aktiviti menarik yang anda sekeluarga boleh lakukan.
Lokasi: Kampung Cherating Lama, Cherating, Pahang
5) Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating
Bukan di Terengganu sahaj terkenal dengan pusat santuari penyu, tetapi di Cherating juga ada. Banyak info berkaitan haiwan ini yang boleh anda sekeluarga dapati di dalam galeri penerangan. Manakala di bahagian luar bangunan santuari ini pula anda boleh mendekati penyu-penyu ini yang diletakkan di dalam kolam. Paling best kalau anda datang ke sini pada waktu anak-anak penyu baru menetas.
Jika anda datang bercuti ke Cherating dengan anak-anak, pastikan tempat ini masuk dalam bucket list anda. Pasti mereka teruja melihat anak-anak penyu yang comel-comel!
Lokasi: KM 45, Jalan Kuantan – Kemaman, 26080 Kuantan
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.30am – 4.30pm)
Harga Tiket: Percuma
6) Rimbun Dahan Turtle Hatchery
Selain daripada Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating, anda juga boleh ke Rimbun Dahan Turtle Hatchery untuk melihat anak-anak penyu. Ia terletak di muara sungai Sungai Pak Siak, berdekatan The Kasturi Resort. Di sini, telur penyu laut terancam diekstraksi sehingga mereka menetas. Kemudian anak-anak penyu akan dibebaskan ke laut.
Proses pemeliharaan telur-telur penyu ini memakan kos. Kunjungan anda ke sini sebenarnya membantu pihak Rimbun Dahan untuk memastikan kelangsungan operasi merek membantu spesies penyu ini terus hidup tidak mengalami kepupusan.
Lokasi: Jalan Pantai Chendor, Jln Kuantan – Kemaman, Kg Chendor, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari (5.30pm – 7.00pm)
Harga Tiket: RM20
7) Pulau Ular
Pulau Ular menjadi tumpuan pengunjung yang ingin melakukan aktiviti snokeling. Perjalanan ke Pulau Ular dengan menaiki bot memakan masa sekitar 35 minit. Untuk aktiviti snorkelling di sini, pastikan anda bertolak awal sebelum pukul 12 tengahari, kerana selepas sahaja pukul 12, ombak mula bergelora. Kalau laut dah mula bergelora, maka anda terpaksalah membatalkan niat anda untuk bersnorkeling pada hari tersebut.
Lokasi: Pulau Ular, Cherating, Kuantan
8) Pantai Teluk Mak Nik
Selain Pantai Cherating, anda juga boleh berkelah dan bersantai-santai di Pantai Teluk Mak Nik. Jangan terkejut ya, nama glamour mat salleh untuk pantai ini adalah Monica Bay. Di sekitar pantai ini anda boleh bersantai bersama keluarga di pondok-pondok yang disediakan untuk menikmati pemandangan pantai dan laut yang luas terbentang.
Untuk msklumsn anda juga, dekat pantai ini terdapat litar motorcross untuk perlumbaan dan latihan. Kalau bernasib baik, dapatlah anda lihat orang berlumba motorcross di sini.
Lokasi: Teluk Mak Nik, Geliga Kemaman, Cukai 24000
9) Sungai Cherating
Selain aktiviti di pantai, anda juga boleh melakukan aktiviti di Sungai Cherating. Terdapat beberapa pihak yang menyediakan khidmat melihat kelip-kelip di Sungai Cherating pada waktu malam. Jika anda beranggapan bahawa pada musim hujan, kelip-kelip ini tidak banyak dapat dilihat, ternyata anda silap. Sebenarnya, pada waktu tengkujuhlah aktiviti melihat kelip-kelip ini menjadi lebih menarik. Ini kerana kelip-kelip akan bertelur di bahagian tebing yang basah selepas hujan dan secara tidak langsung, jumlah kelip-kelip bertambah banyak. Semakin meriahlah panorama malam anda di sini dengan limpahan cahaya dari haiwan eksotik ini.
Jika anda belum pernah melihat serangga ini sebelum ini, jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri habitat haiwan ini di Sungai Cherating.
Lokasi: Sungai Cherating, Balok, Pahang
10) Mangrove Tour
Selain daripada aktiviti melihat kelip-kelip pada waktu malam, Sungai Cherating menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti Mangrove Tour pada waktu siangnya. Sungai Cherating mempunyai daya tarikannya yang tersendiri kerana dikelilingi oleh hutan paya bakau.
Jika anda sukakan kembara, fotografi serta ada anak-anak yang sangat sukakan alam semula jadi, pastinya aktiviti Mangrove Tour ini wajib anda lakukan di Sungai Cherating. Perjalanan melihat hutan paya bakau menyusuri Sungai Cherating ini memang seronok dan mengujakan. Selain pohon-pohon bakau, anda juga berpeluang melihat haiwan0haiwan di sini seperti spider crab, monyet, biawak, ular, burung dan banyak lagi.
Sekiranya anda menginap di chalet atau resort yang menawarkan aktiviti ini, maka anda boleh terus berhubung dengan pihak resort berkenaan aktiviti Mangove Tour ini. Namun, sekiranya anda ingin pergi sendiri, anda boleh mendapatkan khidmat dari Hafiz River Mangrove Cruise.
Lokasi: Sungai Cherating, Balok, Pahang
Waktu Lawatan (Hafiz River Mangrove Cruise): Mangrove Cruise Pertama (9.00am) | Kedua (4.00pm) | Durasi 1 1/2 Jam
Harga Tiket (Hafiz River Mangrove Cruise): Dewasa RM35 | Kanak-kanak Bawah 11 Tahun RM25
11) Limbong Art
Asyik aktiviti yang berasaskan air sahaja yang dibuat di Cherating ini, apa kata ajak keluarga anda untuk melakukan aktiviti seni pula. Di Limbong Art. Anda berpeluang untuk menhasilkan corak batik anda sendiri.
Anda sekeluarga berpeluang mencanting batik sendiri, namun sebelum itu, anda perlu membeli dulu kain kosong yang ada di sini dalam pelbagai saiz. Hasil cantingan batik anda itu boleh dibawa pulang. Pastinya ia menjadi ole-ole paling rare dari Cherating.
Selain daripada batik, anda boleh juga melihat pelbagai lagi produk kraftangan lain yang dijual di sini. Lawatan ke Limbong Art ini sangat bermanfaat untuk kita lebih mengenali fabrik kebanggaan negara kita ini.
Lokasi: Kampung Cherating Lama, 26080 Balok, Pahang
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)
12) Sungai Yak-Yah
Selain di Sungai Cherating, anda juga boleh melihat kelip-kelip di Sungai Yak-Yah. Tahukah anda bahawa Sungai Yak-Yah merupakan habitat kelip-kelip yang terbesar di Malaysia! Untuk melihat keindahan cahaya kunag-kunang ini, anda perlu menyewa bot yang terdapat di jeti Sungai Yah-Yah. Waktu terbaik untuk melihat cahaya kelip-kelip ini adalah dari bulan Julai hingga Oktober sebab pada waktu ini kelip-kelip membiak dengan banyak sekali. Nak lihat kelip-kelip haruslah pada waktu malam gelap. Jika pergi waktu siang, memang tak dapatlah nak tengok cahaya kelip-kelipnya.
Pemandangan di waktu malam gelap, disinari dengan bahaya kelip-kelip, sepertinya berada di dunia fantasi! Seolah-olah bintang-bintang di langit itu berada di sekeliling nada. Memang cantik dan mempesonakan.
Lokasi: Sungai Yak Yah, Kg Ibok, Kemaman, Terengganu
13) Zoo Kemaman & Taman Rekreasi
Zoo Kemaman & Taman Rekreasi yang berkeluasan 35 ekar ini hanya 15 km sahaja dari Pantai Cherating. Ia menggabungkan taman, kebun buah-buahan, taman herba, bonsai, taman tema air dan zoo mini.
Pada bahagian zoo mini, anda sekeluarga dapat melihat sebanyak 54 spesies haiwan eksotik seperti harimau, singa, orang utan, gajah, dan banyak lagi. Jika di bahagian zoo anda puas melihat pelbagai jenis fauna, manakala di bahagian taman rekreasi pula anda dapat melihat keindahan flora. Yang paling best sekali, terdapat juga taman tema air untuk anak-anak anda bermandi-manda di sini. Lebih menarik lagi, anda juga boleh menyewa kereta kuda untuk bersiar-siar di sekita Kawasan zoo dan taman rekreasi ini. Memang best!
Lokasi: Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, 24000 Kemaman, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
Harga Tiket: Zoo Kemaman: Dewasa RM10 | Kanak-kanak 5-12 Tahun RM7 | Kolam Renang: RM5
14) Pasar Segar Kemaman
Berkelah di tepi pantai akan lebih lengkap jika dapat berbbq. Nak dapatkan bahan-bahan mentah untukbbq, anda tak perlulah bawa dari rumah. Anda boleh dapatkannya di Pasar Segar Kemaman. Di sini, anda boleh memilih dari pelbagai jenis hasil laut yang segar-segar dengan harga yang sukar dipercayai murahnya kalau dibezakan dengan pasar yang lain.
Berkelah di tepian pantai, sambal menikmati hidangan hasil laut yang segar dan panas-panas, memang syok habis!
Lokasi: Pasar Ikan Kuala Kemaman, Kampong Kemaman, Terengganu
Waktu Operasi: Setiap Hari Selepas Pukul 3.00pm
Itulah dia 14 tempat menarik di Cherating, Pahang yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Selamat bercuti ke Cherating. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Kuantan dan Tempat Menarik Di Pekan.