|

20 Perkara Menarik Yang Saya Temui Sewaktu Travel Ke Medan Indonesia

Medan merupakan salah satu bandar besar di Indonesia. Ramai yang menganggap Medan hanyalah sebuah bandar biasa. Walau bagaimanapun, orang ramai perlu tahu tentang pelbagai perkara menarik yang ada di Medan.

Artikel ini dikongsi oleh Tuan Adem Rono.Pelbagai tempat best di Medan telah dikongsi oleh beliau.

1. Bandara Kualanamu

Kualanamu adalah lapangan terbang (Bandara) antarabangsa baru di Medan mengantikan lapangan terbang antarabangsa lama Polonia sejak Julai 2013. Ada beberapa pengangkutan awam untuk ke bandar Medan yang terletak 40km jaraknya daripada lapangan terbang.

Paling murah bas awam ‘Damri’ kerana kosnya ke bandar Medan dalam lingkungan harga 15,000-20,000 rupiah. Ada juga keretapi ke bandar Medan, mengambil masa 45 minit untuk ke bandar. Kosnya 100,000 rupiah. Teksi dan grab car pun ada disini. Hari itu, saya dari bandar Medan ke Bandara menaiki grab 120,000 Rupiah sahaja. Kami berkongsi kos 3 orang.

2. Taman Ulos

Di hadapan airport ini ada Taman Ulos. Taman ini dibuat mengikut corak kain tradisional kaum Batak di Medan, kain Ulos. Taman bunga ini disusun mengikut warna kain Ulos tersebut.

3. Restoran Bakso Solo

Keluar sahaja balai ketibaan sila ke kiri menghala ke A&W. Ada restoran Bakso Solo. Saya syorkan cuba Bak Mie Ayam. Sangat sedap.

4. Terma makanan

Jika makan di restoran (warung) ada beberapa terma makanan yang anda perlu tahu. Iga-iga = tulang rusuk lembu, jus sirsak = durian belanda, terung belanda = buahnya kecil berbentuk seperti markisa, isi dan rasa pun lebih kurang rasa markisa, wortel = carrot, alpokat = avocado, jeruk = limau, teh manis = teh o panas, kalau nak sejuk kata teh manis dingin, kopi hitam = kopi o.

Jangan lupa cuba kopi hitam tepi jalan atau di warung. Kopi hitam dia penuh serdak tanpa ditapis. Sedap sungguh! Gurami = ikan talapia. Nilla = spesis ikan talapia kecil. Tapi jika nak sedap pilih Ikan Gurami Bakar. Lagi sedap isinya dari Ikan Nilla.

Air terjun Sipiso-piso dari jauh
Berada dekat dengan air terjun Sipiso-piso. Percikan air terjun boleh membuat baju anda basah.
Papan bunga – Ucapan tahniah, takziah atau apa-apa mesej sebesar papan hitam di sekolah-sekolah.
Ini dasar gunung berapi Sibayak. Anda boleh turun ke sini dan menyusun batu-batu yang ada. Setelah itu, boleh ambil gambar dari tingkat yang lebih tinggi.
Taman Ulos

5. Kantor pos

Kos setem poskad ke Malaysia 10k rupiah. 1 poskad yang dijual dalam kantor pos 3k Rupiah.

6. Kuih Bika terkenal di sini

Kuih Bika Ambon Zulaikha & Kek Amanda terkenal di sini. Elok dibeli sebagai hadiah. Kilang dan Kedai Zulaikha yang terkenal berada di jalan Mojopahit. Kuih bika dan kuih lapis saiz besar (8×8″) berharga antara 80 – 85k rupiah. Saiz kecil berharga 40 – 45k Rupaih, separuh saiz daripada yang besar. Harga ikut perisa dan saiz.

7. Merdeka Walk

Tempat lepak waktu malam saya cadangkan di Merdeka Walk. Lebih kurang macam kedai makan terbuka di Bintang Walk, KL.

8. Air Terjun Dwiwarna

Untuk ke Air Terjun Dwiwarna, Sibolangit, Medan ambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Medan. Diikuti 2 jam trekking dari tempat permulaan. Airnya berwarna biru turqois dan putih, mengandungi phosperus dan belerang (dipanggil Dwiwarna sebab ada dua warna).

Air terjun ini memukau sesiapa saja yang melihat. Ada tragedi sebalik kecantikan air terjun ini. Pada Mei 2016, kepala air meragut 22 nyawa di sini. Sehingga kini 2 mangsa masih belum dijumpai. Satu ketika dulu trail trekking ke sini sesak sehingga beratur orang berpusu-pusu hendak ke sini (boleh tengok di Youtube).

Waktu kami trekking hanya kumpulan kami sahaja sepanjang pergi dan balik. Aku tak tau cerita tragedi tersebut. Selepas pulang barulah GoGo kami cerita. Orang tempatan masih belum berani ke sini lagi, kata tour guide kami.

9. Gunung Sibayak

Gunung Sibayak terletak 1 jam 30 minit perjalanan dari bandar. Hiking level, beginner. 1 jam santai boleh sampai ke puncak. Kalau hendak melihat matahari terbit, boleh mula hiking dari jam 4.00 pagi. Jika cuaca mengizinkan anda boleh lihat Gunung Sinabung meletuskan debunya dan lahar dari puncak Gunung Sibayak seperti yang kami dapat tengok pada tempoh hari.

kalau nampak menu jus terung belanda jangan terkejut. Inilah terung belanda.
Kebanyakan restoran di Medan mempunyai menu begini.
Ini bak mie ayam di Restoran Bakso Solo belah kiri balai ketibaan. Sedap sangat!
Ayam penyet
Soto di Medan disertai nasi, bukan nasi impit ya.

10. Air Terjun Sipiso-Piso

Air terjun Sipiso-Piso, air terjun yang terhasil dari letusan gunung berapi yang membentuk Tasik Danau Toba beberapa juta tahun dulu. Airnya mengalir terus ke Danau Toba.

11. Air Terjun Teroh-Teroh

Air terjun Teroh-Teroh dan kolam abadi. Aktiviti body rafting adalah yang paling syok dibuat di sini. Memerlukan anda pakai life jacket disebabkan beberapa jeram amat deras dan dalam. Jangan bawa alat elektronik jika anda tiada beg kalis air (dry bag). Anda pasti basah kuyup.

12. Istana Maimun

Istana Maimun adalah istana Kesultanan Deli yang merupakan salah satu ikon kota Medan terletak di Jalan Brigadir Jenderal Katamso. Mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan dipengaruhi unsur-unsur Melayu, Itali, Spain, India dan Islam. Anda boleh mencuba memakai baju tradisional yang disediakan dengan kos 10k Rupiah.

13. Soto Medan

Lebih kurang Soto Malaysia, kurang berempah dan ada rasa santan. Kalau order soto jangan ingat akan datang dengan nasi impit. Di sini soto makan dengan nasi dan bergedel. Ada soto ayam, daging, campur, babat (perut lembu). Nasi gurih pula seperti nasi ambang tapi nasinya rasa seperti nasi lemak, salah satu makanan tempatan popular di sini.

14. Papan tanda berbunga

Papan tanda ucapan berbunga (bunga papan) merupakan salah satu budaya unik di sini. Mereka memberikan bunga papan sebesar saiz papan hitam, ya betul anda tak silap baca sebesar papan hitam di sekolah. Tulisan ucapan tahniah, takziah dan apa-apa saja ucapan seperti hantar kad ucapan dibuat daripada kelopak bunga plastik (tengok gambar).

Air terjun Dwiwarna, Sibolangit, Medan
Kantor pos medan, sejak 1911
Kedai kuih bika ambon Zulaikha di Jalan Mojopahit.
Puncak Gunung Sibayak
Jalan menuju ke Air Terjun Dwiwarna. Bekas sodokan kepala air menjadikan tempat ini seperti padang jarak padang tekukur. Dulu sungai ini mengalir biru dan luas lagi.
Sarapan pagi indo mie di Gunung Sibayak.

15. Eiger dan Consina

Barang outdoor keluaran tempatan terkenal (di Indonesia) adalah Eiger dan Consina. Kedua-dua jenama ini menjual barang-barang Outdoor seperti sandal, kasut, beg, baju hinggalah ke hammock. Harganya jika ditukar kepada Ringgit Malaysia masih mampu milik dan murah.

16. Kad sim

Ada pelbagai kad sim yang ditawarkan disini. Paling murah jenama Axis, 18k je, ada 1GB data dalamnya.

17. Budaya berkhemah

Kejutan budaya berkhemah. Kata tour guide kami jika berkhemah orang Indonesia biasanya akan bawa beras, Indo Mie dan telur. Kami pula lain macam, pikul barang seperti hamba, makan macam raja. Geleng kepala tour guide tengok selera makan kami. Hehehe.

18. Grab

Perkhidmatan Grab ada di bandar Medan ini. Ada lebih kurang 3000 pemandu, kata pemandu Grab kami ke Bandara, Mas Fahri. Uber katanya akan mula pada bulan Mac 2017 nanti.

19. Pelajar Perubatan

Ramai juga pelajar perubatan dari Malaysia di sini. Mereka belajar di Universiti Sumatera Utara. Ya, Medan terletak di Sumatera Utara.

20. Macet

Macet, kesesakan jalan raya adalah kebiasaan di sini. Pastikan anda aturkan perjalanan ke Bandara dan dapat sampai 3 jam lebih awal. Jangan jadi macam kami (3 orang waktu tu), ingatkan bertolak 2 jam lebih awal daripada waktu pesawat berlepas kami akan sampai awal. Sangkaan kami meleset. Kesesakan luar biasa di waktu petang menyebabkan kami sampai ngam-ngam panggilan akhir dan kami berkejar ke pintu pesawat dengan bantuan ground staff AirAsia (We owe you Mas, lupa mau tanya nama).


Bandara Kualanamu, Medan
Gunung Sibayak
Gunung Sinabung meletuskan debunya pada jam 7.30 pagi.

Nota: Kami mengunakan khidmat guide tempatan abang Amir Carlos, orang tempatan disini. Sangat disyorkan mengunakan perkhidmatan beliau.

Digalakkan membuat semua aktiviti outdoor di sini secara berkumpulan kerana ia lebih menjimatkan. Terima kasih kepada GOGO, BocahxVnture dan semua yang terlibat. Semua awesome.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *