PENYATA GAJI ONLINE | PENJAWAT AWAM | KAKITANGAN KERAJAAN
Kalau sebelum ini, penyata gaji kakitangan kerajaan akan di edarkan kepada mereka setiap bulan. Namun begitu, sejak beberapa tahun lepas ianya kini hanya boleh disemak menerusi laman web penyata gaji online sahaja.
Penting sebagai peringatan untuk semua penjawat awam, adalah diingatkan anda sewajarnya menyemak dan mencetak penyata gaji anda setiap bulan sebagai rekod dan simpanan.
Ini kerana, penyata gaji anda hanya akan dipaparkan secara online dalam tempoh 2 tahun terkini sahaja di mana pada tahun 2016, anda sudah tidak boleh lagi menyemak penyata gaji bagi tahun 2014.
Untuk menyemak penyata gaji online anda senang sahaja, anda hanya perlu layari http://www.anm.gov.my/ dan pilih menu e-Penyata Gaji & Laporan.
Untuk LOGIN, anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan selepas Pertama Kali Mendaftar. Jika lupa kata laluan, anda boleh set semula dengan menekan Lupa Kata Laluan?
Ok, itu sahaja untuk hari ini.
Sekian, terima kasih.