Kurang Popular Tapi Ini Lokasi Menarik Di Vietnam Yang Ramai Tidak Tahu
Nha Thrang mungkin asing bagi sesetengah orang, tapi tidak buat mereka yang telah meneroka laluan IndoChina atau meneroka secara total Negara Vietnam. Nha Thrang terletak di tengah antara Bandar Besar Ho Chi Minh dan Hanoi dan kurang popular di kalangan pelancong. Artikel ini ditulis oleh Tuan Fais Taib . Beliau juga sertakan gambar-gambar yang menarik serta tips penginapan yang membantu.
Secara jujur, Nha Thrang merupakan satu destinasi yang agak unik, bandar tersusun, bersih dan mempunyai daya tarikan yang saya kira setanding dengan Disneyland Hong Kong mahupun taman tema Everland yang terletak di Korea.
Antara yang menarik di Nha Thrang adalah:
1. Vinpearl Land
Merupakan satu pulau persendirian yang mempunyai taman tema menarik dan unik. Anda boleh ke sana dengan menaiki kereta kabel yang disediakan dengan kadar bayaran RM160 merentasi lautan.
Rekabentuk tiang seakan Eiffel Tower juga sangat unik, membuatkan saya kagum. Harga pula adalah termasuk semua jenis permainan di dalam taman tema. Terdapat juga pertunjukan ikan duyung, ikan lumba-lumba dan pertunjukan air yang sangat memukau mata dan jiwa. Awesome!
2. Da Lat, Vietnam
Terletak tidak jauh dari Bandar Nha Thrang, sekitar 3 jam anda akan menemukan satu kawasan yang membuatkan jiwa kita rasa tenang dan nyaman. Cuaca sejuk dan udara segar buat kami terasa seperti di Cameron Highlands.
Apa yang ada di Da Lat?
i. ZooDoo
Merupakan zoo mini yang menarik. Binatang di sini sangat comel dan kebanyakannya tidak ada di zoo di Malaysia.
ii. Da Lat Flower Garden
Merupakan kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan sangat sesuai buat mereka yang ingin berulan madu atau yang sukakan suasana romantik.
iii. Crazy House
Rumah yang dibina dengan landskap dan dekorasi yang sangat pelik. Bahkan bentuk bangunan juga aneh tetapi sangat menarik minat untuk siapa sahaja yang masuk untuk meneroka.
iv. Valley of Love
Sangat sesuai untuk yang sukakan fantasi, kelainan macam dalam filem Wonderlands. Boleh berhalusinasi dan rasai kelainan di dalam kota bunga.
3. Penginapan sepanjang trip
Keliru dan buntu? Penginapan sepanjang trip ke sini boleh dicari di aplikasi HotelsCombined. Melalui paparan pencarian hotel, laman web HotelsCombined akan menyenarai dan bandingkan segala macam jenis penginapan mengikut citarasa dan poket kita sendiri.
Kini anda tahu Vietnam mempunyai pelbagai tempat menarik kan? Marilah luangkan masa dan bawa ahli keluarga ke sana pada musim cuti sekolah ini!