Jam Tangan Unik NFT Pertama Malaysia
Pernah dengar tentang NFT? Dunia NFT atau Non-Fungible Token telah mula popular serata dunia termasuk di Malaysia beberapa bulan ini. Ramai telah mengambil peluang untuk menyertainya. Di Malaysia, karya NFT terbaru iaitu CShox, pasti dapat menarik perhatian setiap peminat NFT.
Echelon Cipher telah melancarkan Projek CShox iaitu sebuah karya digital NFT berbentuk jam tangan. Projek ini merupakan idea warga tempatan iaitu Khor Ren Jin dan Dindran Kumar yang pernah bekerja di syarikat teknologi sebelum ini.
Jom dapatkan edisi ini segera kerana ianya sangat terhad. Sekadar 3690 Genesis NFT sahaja akan diperuntukkan di mana setiap koleksi jam tangan mempunyai reka bentuk berbeza dan unik.
Reka bentuknya sangat menarik iaitu hasil gabungan idea terhadap pelbagai jenis dan jenama jam tangan yang dicipta sejak 80-an hingga sekarang. Swatch? Gshock? London Boy? Semuanya digabungkan menjadi sebuah jam tangan digital yang istimewa!
Kelebihan Memiliki CShox
Pelbagai faedah yang akan anda perolehi jika anda dapatkan koleksi ini. Semuanya di atur khas untuk menjadikan projek CShox lebih istimewa. Faedahnya adalah seperti berikut:
- Memperolehi wallet-sticker
Wallet-Sticker ini merupakan bukti terhadap pemilikan jam tangan digital CShox. Dengan adanya wallet-sticker, ia memudahkan anda untuk memperdagangkan atau memaparkannya kepada khalayak.
- Boleh mereka koleksi CShox mengikut idea sendiri
Uniknya jam tangan CShox ini, anda boleh mereka atau menghias jam tangan mengikut idea atau citarasa yang anda inginkan. Menggunakan pelayar reka bentuk tersendiri iaitu Echelon Cipher, anda bebas untuk mereka dan menyimpannya dengan selamat.
- Memiliki akses Cipher-Market
Pemilik CShox juga akan memiliki akses eksklusif terhadap Cipher-Market. Melalui akses ini, pemilik boleh mendapatkan barangan khas dan terhad yang ditawarkan pada platform tersebut.
- Menyertai forum khas
Anda mempunyai peluang untuk menyertai forum khas yang akan diadakan menerusi platform Discord jika anda memiliki koleksi ini. Melalui forum ini, anda bebas untuk berbincang hal berkaitan selain mendapat koleksi terbaru dari semasa ke semasa.
- Menikmati faedah runcit dari jenama terkenal
Pelbagai jenama terkenal seperti Bean Jr., Australian Cake House, Opus Residence, Mitra Homestay Reatreat, Doubewoot, Christy Ng, Beaubelle dan sebagainya telah menjadi rakan kongsi dalam projek ini.
Oleh itu, pemilik koleksi CShox dapat menikmati faedah runcit terhadap jenama tersebut sama ada secara dalam atau luar talian pada setiap bulan.
Ketersediaan dan Harga
Buat pengetahuan anda, Projek CShox akan dilancarkan pada penghujung Mei 2022. Harga untuk senarai putih ditetapkan pada kadar ETH 0.08 iaitu anggaran RM 700. Penjualan secara umum pula akan diumumkan melalui platform Discord.
Layari pautan ini jika akan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Projek CShox. Nak tahu tentang reka bentuk karya ini? Klik pautan ini.