10 Chalet Tepi Pantai di Kuantan Yang Cantik dan Menarik
Mencari chalet tepi pantai di Kuantan?
Kuantan adalah ibu negeri Pahang yang kaya dengan tarikan pelancongan dan ini termasuklah dengan tempat penginapan yang cukup berbagai. Bukan sahaja pemandangan kota, malah ada juga yang terletak di tepi pantai.
Masih tercari-cari chalet tepi pantai di sini? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 chalet tepi pantai di Kuantan yang cantik untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Adena Beach Resort
Alamat: Lot 1260 Mukim, 26100 Kuantan, Pahang
Adena Beach Resort merupakan antara tempat penginapan di tepi pantai yang cukup popular di Kuantan. Resort yang luas membuatkan tempat penginapan ini sesuai disinggah untuk percutian keluarga atau bersama rakan-rakan.
Harga penginapan untuk satu malam ialah sekitar RM 200 – 250 sahaja. Resort ini terletak berdekatan dengan Pantai Balok, salah satu pantai yang tercantik di Kuantan. Untuk aktiviti sekitar pantai, anda boleh menunggang basikal dan ATV pada harga yang berpatutan.
#2 Cempaka Beach Resort
Alamat: Lot 746, Lorong Cempaka 1, Kg. Seri Cempaka Pantai Cempaka, 26060 Kuantan, Pahang
Mencari tempat penginapan sekitar Pantai Cempaka? Untuk itu, singgah sahaja menginap di Cempaka Beach Resort. Bukan sahaja berpatutan harganya, malah suasana resort juga sesuai bagi mereka yang datang bercuti beramai-ramai.
Aktiviti seperti menunggang ATV dan berenang di kolam renang boleh dilakukan. Kebersihan resort, pemandangan pantai yang cantik dan lokasinya yang sangat berdekatan dengan pantai juga merupakan tarikan istimewa di sini. Harga penginapan untuk satu malam ialah sekitar RM 210, memang berbaloi.
#3 Kapsul Pantai Balok
Alamat: Pantai Balok, Kuantan
Sambil bercuti dan merehatkan minda, pasti menarik jika anda menginap di kapsul berwarna-warni yang terletak berhadapan dengan pantai. Jika anda berada di Kuantan, singgah sahaja menginap di Kapsul Pantai Balok.
Kapsul ini dilengkapi dengan katil bersaiz Queen dan penghawa dingin. Tandas awam juga ada berhampiran kapsul. Ada beberapa kapsul sahaja yang ditawarkan, jadi jangan lupa untuk membuat tempahan terlebih dahulu.
#4 Sepat Village House
Alamat: Kampung Kuala Penur, 26060 Kuantan, Pahang
Bercadang untuk bercuti di Pantai Sepat bersama keluarga? Alang-alang singgah bercuti di sini, anda boleh menginap di Sepat Village House. Suasana rumah yang ala-ala rumah kampung pasti akan membuatkan anda rasa nyaman.
Rumah tamu ini terletak beberapa minit sahaja dari pantai. Berharga sekitar RM 170 sebilik untuk satu malam, antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah berkayak, berbasikal dan memancing. Penggunaan basikal secara percuma juga turut ditawarkan.
#5 Mawar Villa
Alamat: Lot 2, Kampung Sungai Karang Pantai, 26100 Kuantan, Pahang
Villa ini terletak berhadapan dengan pantai persendirian, jadi memang sesuai bagi mereka yang mahu merehatkan minda sambil bercuti. Pelbagai jenis bilik dengan pemandangan yang berbeza juga turut ditawarkan di Mawar Villa.
Terletak di Kampung Sungai Karang Pantai, Mawar Villa menawarkan kemudahan seperti kolam renang luaran, tempat letak kenderaan persendirian percuma dan ruang barbeku untuk pelanggan. Wi-Fi juga turut disediakan, jangan risau.
#6 Batu Hitam Beach Resort
Alamat: 1457, Km 10.5, Jalan Kemaman, Pantai Batu Hitam, 26100, Kuantan, Pahang, 26100
Bukan mudah untuk mencari chalet yang mempunyai pemandangan pantai dan matahari terbenam. Salah satu chalet di Kuantan yang boleh anda menginap untuk tujuan tersebut ialah Batu Hitam Beach Resort.
Bertempat di Pantai Batu Hitam, pantai yang terletak di hadapan chalet ini bersih dan terjaga. Airnya juga cetek, jadi sesuai jika anda ingin melakukan aktiviti seperti berjalan di tepi pantai atau bermandi-manda.
#7 Homestay de Pantai Sepat
Alamat: Jalan Kampung Kuala Penor, 26060 Kuantan, Pahang
Satu lagi chalet tepi pantai di Kuantan yang harganya berpatutan dan terjaga kebersihannya ialah Homestay de Pantai Sepat. Tempat penginapan ini terletak berhadapan dengan Pantai Sepat yang cukup indah pemandangannya.
Kawasan persekitaran yang luas membuatkan tempat penginapan ini sesuai disinggah untuk percutian keluarga. Harga untuk satu malam ialah sekitar RM 150 sahaja, memang berbaloi dengan kebersihan dan keluasan rumah.
#8 Ziyad Homestay Pantai Sepat
Alamat: Kampung Ketapang, 26060 Kuantan, Pahang
Inap desa ini menerima ulasan yang kebanyakannya positif daripada pelanggan-pelanggannya. Kemudahan yang lengkap, harga yang berpatutan serta lokasinya yang berhampiran dengan Pantai Sepat merupakan antara aspek yang dipuji.
Rumah berkembar ini juga luas, sesuai disinggah untuk percutian keluarga. Kebersihan rumahnya juga sangat terjaga. Pantai yang bersih yang berdekatan dengan inap desa ini juga sering dikunjungi pelanggannya, sesuai untuk aktiviti bermandi-manda.
#9 ERNEY GUEST HOUSE
Alamat: No.26 Lorong 10, Taman, Jalan Balok Sejahtera, 26100 Kuantan, Pahang
Satu lagi inap desa di Pantai Balok yang sentiasa diburu pelancong di sini ialah Erney Guest House. Inap desa ini juga terletak berdekatan dengan Pantai Balok yang menjadi tumpuan pelancong di Kuantan.
Kelengkapan rumah yang lengkap serta kebersihan dan keluasan rumah merupakan antara faktor pelanggan-pelanggannya kerap menginap di sini. Sangat sesuai dikunjungi untuk percutian keluarga.
#10 Mutiara Karang Beach Homestay
Alamat: Lorong Sungai Karang Pantai 1, Kampung Darat, 26080 Kuantan, Pahang
Inap desa Mutiara Karang Beach Homestay ini memang sesuai disinggah bagi mereka yang mahu menginap di tempat yang sedikit tertutup. Perkarangan rumahnya juga luas, sesuai untuk dijadikan tempat parkir atau diadakan aktiviti barbeku.
Pantai berhampiran juga bersih dan sesuai untuk aktiviti bermandi-manda. Suasananya inap desa yang terletak di kawasan perkampungan ini juga membuatkan pengunjung berasa nyaman untuk merehatkan minda.
Kesimpulan
Sudah jumpa chalet tepi pantai di Kuantan untuk anda singgah bermalam? Atau anda rambang mata dan tertarik kerana semuanya menjanjikan pemandangan pantai yang cantik-cantik belaka?
Tidak mengapa, singgah sahaja di chalet yang bersesuaian kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau di media sosial. Selamat melancong!