8 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Selama 1 Hari di Kepulauan Mersing

Memang ramai yang tak mengetahui tentang keindahan Kepulauan Mersing. Banyak pulau yang cantik tetapi malangnya tidak terkenal seperti pulau-pulau lain di Malaysia ini. Sedar tak sedar, Malaysia memang sesungguhnya kaya dengan kepulauan yang sungguh cantik dan indah. Artikel menarik ini dikongsi oleh kru-kru dari Trip Jalan Jalan.

Ramai yang tanya, berapa harga pakej. Ok kejap saya explain. Mula-mula cadang nak pergi bercuti ke Pulau Perhentian bawa anak-anak atau ajak kawan sepejabat memandangkan tak pernah sampai lagi kan. Tapi jauh pula, dengan travel ke sana lagi. Nasib baik ada kawan pejabat cerita tentang Pulau Mersing ini.

Plan pun bertukar, kami pergi ke Jeti Mersing pagi Sabtu dan ambil day trip sahaja. Bila check review memang semua beri 5 stars dan memang jimat masa dengan Full House aktiviti! Sangat-sangat puas hati! Sebentar lagi saya share satu-satu ya.

Selalu kalau pergi island hopping pulau-pulau lain atau macam Krabi ke, mesti start pukul 10 pagi selepas itu balik 2 petang kan? Dekat Mersing ini dia lain sikit. Kami pukul 8 pagi dah naik boat dan sarapan pagi. Selepas itu, pukul 6.30 petang baru sampai dekat jeti semula selepas habis aktiviti itu. Sebab apa? Sebab pakej island hopping yang kami ambil ini memang rare and puas hati sangat! Masa balik itu rasa macam tengah menulis karangan darjah lima sahaja. “Walaupun kami kepenatan, tetapi kami pulang dengan muka yang tersenyum gembira”. Haha!

Ini pakej yang kami ambil:

RM169 per pax include:

– Day Trip Round 7 Pulau
– Breakfast 1x
– Lunch 1x
– 7 Jenis Pulau untuk Island Hopping
– Snorkeling 2x
– Sandbank visit 2x
– Cliff Jumping 1x
– Hiking Puncak Lawa Gile
– Snorkelling Equipments
– Full Boat Transportation sepanjang hari
– Tiket Taman Laut

Review pakej Island Hopping dan Mersing itself :

– Snorkeling dua kali dalam satu hari, satu waktu pagi dan kali kedua waktu tengahari. Visit sandbank pun dua kali. Memang best sungguh sampai rasa tak nak balik. Hehe!

– Coral-coral dan ikan-ikan dia memang sangat cantik! Ada seorang abang ini buat free diving bawa Go Pro, tengok balik video dia dah macam pergi fun fair- warna warni ikan berenang-renang. Tapi careful juga sebab banyak landak-landak laut dekat kawasan itu. Jangan sampai terpijak memang perit nanti.

– Tak sangka air dia dan pulau dia memang biru Emerald. Kawan saya cakap macam dekat Maldives atau Koh Lipe Thailand. Waktu aktiviti Cliff Jumping itu memang scary, tapi dek kerana lawa sangat air laut jadi kami terjun sahaja! First time try and memang rasa nak try lagi. Haha!

– Ada satu itu kami pergi tempat nama Pulau Rahsia. Mula-mula dekat sandbank, mereka duduk kutip-kutip benda tepi pasir itu ingatkan apa, rupanya ada maca tiram ke kerang cantik-cantik jumpa tepi itu. Selepas itu, abang bot bawa pergi tempat ada easy hiking dalam 15 minit sampai ke puncak. View dia masya Allah, cantik sangat-sangat boleh nampak satu pulau. Tak pernah lagi saya dapat sampai dekat 200 likes. Rare sungguh gambar tersebut! Hehe.

– Bilangan pulau yang mereka bawa around 7-9 pulau tapi ada pulau yang kita just round-round tepi sahaja dan ada yang kita betul-betul singgah. Pulau Besar, Pulau Hujung, Pulau Tengah, Pulau Rawa, Pulau Harimau dan macam-macam lagi.

– Pulau last sekali itu kami cuma rehat dan solat + minum petang then balik. Ada kumpulan-kumpulan daripada KL itu siap sempat main volleyball pantai lagi.

– Daripada JB nak ke Jeti Mersing hanya 2 jam sahaja. Kalau daripada Exit Tol Air Hitam atau daripada Bandar Muadzam Pahang pula dalam 1 jam 40 minit. Mudah nak cari, easy access, parking dalam RM15 sehari

– Nak cari chalet atau hotel murah-murah pun banyak dekat sekitar Pekan Mersing ini. Harga cun dan tempat pun selesa. Boleh cari online sahaja kalau agak-agak nak stay sampai esoknya atau nak datang awal. Harga around RM60 – RM120 satu bilik boleh dapat. Kami petang itu balik terus sebab keesokkannya ada hal nak buat presentation dekat boss.

Overall: Memang puas hati dan nak datang lagi! Katanya ada pakej untuk Pulau Pemanggil juga tapi jauh sikit. Sangat-sangat recommend kepada semua cuma ada beberapa tips nak advise.


Mersing ini tutup bulan 10, so kalau nak join sempat lagi tahun ini.

Saya share sama tarikh availability pakej ini:
> Setiap Sabtu, Ahad & public holiday (normal package RM169).
> Special trip untuk Route Pulau Tinggi (Siap ada cave adventure) – RM159 tapi ada selected date sahaja.

[Boleh join solo atau pun dengan group, maximum satu bot 12 orang]

Saya share sekali number phone agent yang kami ambil itu.

Sophie Trip Jalan Jalan – 010 9080530


*Saya sendiri pun tak pernah mengetahui bahawa Mersing mempunyai keindahan sebegini. Bila sudah tahu, apa lagi? Dah boleh rancang percutian atau seperti diatas, one-day trip sahaja ke Kepulauan Mersing. Have a safe trip!

Rujukan:

Post Fb : Percutian Ke Kepulauan Mersing

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *