12 Tempat Menarik di Yan Kedah Berkonsep Semulajadi. Banyaknya Air Terjun Dan Kampung Cantik!
Daerah Yan adalah sebuah daerah yang merupakan perbandaran terkecil di Kedah. Daerah Yan ini bersempadan dengan Daerah Kota Setar, Daerah Pendang serta Daerah Kuala Muda. Di sepanjang Pantai Selat Melaka, ia merupakan Daerah Yan.
Jambatan Pulau Bunting adalah jambatan yang menghubungkan Pulau Bunting ke daerah Yan dan merupakan satu-satunya jambatan yang menghubungkan sebuah pulau di Kedah. Nampak macam menarik kan Daerah Yan ini, jom kita ketahui tempat menarik di Yan Kedah sesuai untuk destinasi anda sekeluarga.
1. Air Terjun Titi Hayun
Antara prasarana yang disediakan untuk para pengunjung yang datang ialah tempat parking kenderaan, chalet, gerai makanan, surau, tandas, dewan dan sebagainya. Disini juga terdapat denai hutan dan air terjun yang pasti menarik untuk anda. Suasananya amat segar sekali.
2. Jambatan Pulau Bunting
Bagi anda yang sememangnya kaki pancing, bolehlah memancing di sini. Terdapat pelbagai jenis ikan seperti jenahak, pari, alu-alu, senangin dan pelbagai lagi. Jika nasib anda baik, anda boleh melihat gelagat-gelagat ikan dolphin yang bermain-main di kawasan pulau ini. Menarikkan?
Berdekatan jambatan ini, terdapat sebuah pulau yang diberi nama Pulau Bunting kerana jika anda melihatnya dari Gunung Jerai, bentuknya seakan-akan perempuan bunting (mengandung). Dengar khabarnya, pulau ini tiada penghuni pada masa sekarang tetapi pada zaman dahulu, orang-orang tua di sini pernah mengatakan bahawa ada beberapa buah keluarga yang tinggal di pulau tersebut.
3. Pantai Murni
Antara infrastruktur atau kemudahan disediakan adalah seperti gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak yang lengkap dan menarik. Pengunjung juga dapat menikmati panorama pulau-pulau seperti Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Bunting dan Pulau Songsang serta pemandangan indah matahari terbenam diwaktu senja.
4. Ladang Nipah Ismail Che Kar
Pasti anda yang berasal dari Kelantan berpendapat bahawa air ini seperti air tuak nipah sahaja kan? Memang betul, tetapi jika di Kedah, ia dipanggil nira nipah. Selepas ini jika ada yang cuba bandingkan antara tuak dan nira, sebenarnya ia adalah benda yang sama. Cuma panggilannya saja berbeza.
5. Air Terjun Seri Perigi
Sekiranya anda meminati aktiviti yang lasak dan mencabar, saya syorkan anda datang ke sini kerana bentuk batunya yang bertingkat-tingkat amat sesuai untuk anda berinteraksi dan terokai. Disamping itu, permandangan yang hijau di sekitara air terjun ini amat menenangkan jiwa.
6. Pantai Tanjung Jaga
Pantai Tanjung Jaga ini turut dikenali dengan nama Teluk Air bagi penduduk setempat. Anda boleh berkelah dan memancing dek kerana tempat ini amat sesuai untuk aktiviti tersebut. Oleh sebab keadaan Pantai Tanjung Jaga ini terletak di bawah tebing, anda harus meletak kenderaan anda sedikit jauh di bahu jalan pantai ini.
7. Pulau Songsong
Walaupun begitu, agak seronok jika anda datang bersama keluarga ataupun rakan-rakan untuk meluangkan masa di sini kerana alam sekitarnya terpelihara dengan baik dan amat bersih. Kawasan pantai yang luas di pulau ini turut ditumbuhi dengan pokok-pokok kelapa, belukar kecil dan bunga yang menghiasi landskap Pulau Sonsong yang indah ini.
Perjalanan ke pulau ini tidaklah terlalu lama, ia hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Sempat lagi untuk anda sekeluarga menikmati deru angin laut yang segar sepanjang perjalanan ke pulau yang indah ini. Oleh itu, jika anda berkunjung ke Yan Kedah, jangan lupa untuk datang ke Pulau Songsong ini.
8. Gunung Jerai
Setibanya anda di Taman Rimba yang terletak di atas Gunung Jerai ini, anda akan dapat melihat banyak orkid yang tumbuh di sekitar yang sangat unik dan cantik-cantik dikumpulkan dari kawasan hutan lain. Tidak semestinya mendaki, dari sini juga anda dapat menikmati pemandangan yang mengasyikkan iaitu kawasan yang lebih rendah seperti perkampungan, sawah padi dan laut biru seluas pemandangan.
Jangan lepaskan peluang melihat keindahan matahari terbenam dari gunung ini yang pasti akan membuatkan anda terpesona, rugi tau tak datang ke Gunung Jerai ini.
9. Air Terjun Batu Hampar
Tahukah anda kenapa ianya menarik? Ibarat tinggal di pulau peribadilah gayanya kalau anda dapat menjejakkan kaki di sini. Dengan suasana sunyi dan tenang tanpa gangguan. Lebih seronok lagi jika anda mempunyai stamina yang tinggi, anda boleh turut serta beriadah di kawasan ini.
10. Air Terjun Puteri Mandi
Walau bagaimanapun untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung perlu mendaki sejauh 3 Kilometer dan mengambil masa anggaran 40 minit mengikut laluan yang bermula di Titi Hayun yang jauh. Trek ini sangat mencabar dan sangat sesuai bagi pengemar aktiviti lasak dan ia akan menguji kekuatan mental, fizikal serta stamina anda.
Air Terjun Putri Mandi terletak di kaki Gunung Jerai adalah antara air terjun yang menawarkan pemandangan yang cukup cantik. Lokasinya sering dijadikan kawasan jungle trekking dan lokasi riadah yang cukup popular dalam kalangan penduduk setempat tak kiralah mereka yang datang dari jauh ataupun dekat.
11. Kampung Setar, Yan
12. Kampung Singkir Laut, Yan
Selain Yan Kedah, anda juga boleh berkunjung ke tempat menarik di Sungai Petani dan tempat menarik di Teluk Batik.