18 Lokasi Menarik Dan Percuma Di Singapura Yang Boleh Anda Terjah Di Hujung Minggu
Singapura antara negara paling dekat untuk kita jelajah jika ingin bercuti ke luar negara. Ianya hanya perlu merentas jambatan atau dengan menaiki kapal terbang. Sangat dekat kan? Artikel ini ditulis oleh Tuan Fen Ninetyone. Di sini beliau memberikan tips penginapan dan pengangkutan untuk harga yang murah bercuti di Singapura. Beliau juga telah menyenaraikan 18 lokasi menarik dan percuma di Singapura.
Saya kongsikan di sini cadangan perancangan ke Singapura dengan bajet kurang dari 100 SGD setelah ditolak dengan tambang penerbangan atau bas dari Malaysia.
Trip yang saya lakukan ini adalah selama 2 hari 1 malam, pada hujung minggu.
1. Penginapan
Boleh tempah melalui Hostelworld apps di handset atau menerusi online. Rate per night RM50 mixed dormitory or female dorms.
Contohnya di Green Kiwi Hostel / The Hive Five Hostel.
Cari lah tempat yang strategik sebelum tempah seperti di Lavender, Bugis Street, Arab Street, Kampung Glam dan lain-lain.
2. Pengangkutan
Boleh terus beli unlimited pass dengan harga2 berikut:
One Day Pass – 10 SGD + 10 SGD
Two Days Pass – 16 SGD + 10 SGD
Three Days Pass – 20 SDG + 10 SGD
Jika anda pulangkan semula tourist pass ini, boleh dapat balik 10 SGD untuk deposit. Di mana anda boleh dapatkan kad ni? Ianya boleh didapatkan di station MRT seperti berikut:
Bugis / Changi Airport / Chinatown / City Hall / Lavender / Orchard / Raffles Palace / Samorset / Tanjung Pagar / Woodlands.
3. Perancangan ke pelbagai lokasi menarik
Beberapa cadangan perancangan boleh disusun seperti mana yang tertera di bawah sebagai contoh:
Hari 1 (FREE)
Pagi – petang
1. Botanical Garden
2. Chinatown
3. Clarke Quay
4. Little India
5. Farrer Park
6. Mustafa Shopping Centre
7. Marina Bay Sand
8. Explanade
9. Helix Bridge
10. Merlion Singapore
Hari 2 (FREE atau pilihan masuk ke lokasi berbayar)
Pagi – petang
11. Sentosa Island
12. Universal Studio Singapore
13. Sipiso Beach dan Palawan Beach
14. Bugis Street
15. Masjid Sultan
16. Arab Street
17. Malay Heritage Centre
18. Garden by the Bay
4. Stesen MRT
Untuk lebih lanjut saya terangkan stesen mana yang anda kena turun berdasarkan lokasi menarik yang tertera di atas:
1. Botanical Garden – MRT Botanic Garden (Exit Botanic)
2. Chinatown – MRT Chinatown (Exit China St)
3. Clarke Quay – MRT Clarke Quay (Exit Boat Quay)
4. Little India – MRT Little India (Exit Tekka St)
5. Farrer Park – MRT Farrer Park
6. Mustafa Shopping Centre – MRT Farrer Park
7. Marina Bay Sand – MRT Marina Bay (Exit Bayfront)
8. Explanade – MRT Promenade (Exit Bayfront)
9. Helix Bridge – MRT Marina Bay (Exit Bayfront)
10. Merlion Singapore – MRT Raffles Palace (Exit Promenade)
11. Sentosa Island – MRT Harbour Front (ambil express train dari VIVO CITY level 3)
12. Universal Studio Singapore – Express Train Sentosa
13. Sipiso Beach and Palawan Beach – Express Train Sentosa
14. Bugis street – MRT Bugis (Exit Bugis Street)
15. Masjid Sultan – MRT Bugis (Exit Masjid Sultan)
16. Arab Street – MRT Bugis (Exit Masjid Sultan)
17. Malay Heritage Centre – MRT Bugis (Exit Masjid Sultan)
18. Garden by the Bay – Exit Bayfront (Exit Garden by the Bay)
5. Makanan
1. Sup Tulang – Beach Road (Bugis Station/Lavender)
2. Murtabak Zam Zam / Air Kathira – Arab Street (Bugis station)
3. Nasik Beriani – Tekka Market (Little India)
4. Nasik Lemak – Adam Road (Labrador Park Station)
5. Cake layer – Arab Street (Bugis Station)
6. Ramein – (Nicole Highway Station)
7. Kohnangkang – Jalan Keledek, Arab Street (Bugis Station)
8. Ice Cream Overun – Arab Street (Bugis Station)
6. Internet
Tak perlu risau, setiap MRT Station ada internet percuma. Malahan di Chinatown pun akan ada free wifi yang boleh diakses. Mudah dan senang.
7. Tips dan nota
Semua lokasi menarik adalah boleh masuk percuma kecuali jika nak masuk ke dalam kena bayar lebih. Contoh: USS dan Garden by the Bay – Cloud Forest/Flower Done (28 SGD) atau Skywalk (8 SGD) untuk 15 minit sahaja.
Nota tambahan: Jika anda nak ke Sentosa Island kena naik MRT dan turun di Harbour Front, Vivo City level 3 untuk beli tiket ke Sentosa Island (4 SGD) return.
Sangat mudah dan murah bercuti di Singapura kan? Apa kata anda bawa anak-anak serta suami/isteri ke tempat-tempat menarik di atas untuk hilangkan penat kerja sekejap? Tak lama pun, dua hari satu malam sahaja! Jimat juga.