tempat menarik di rompin
|

15 Tempat Menarik di Rompin, Pahang Best Amat Sesuai Untuk Keluarga

Tiada idea tempat menarik di Rompin?

Negeri Pahang sememangnya amat terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang mempersonakan.  Terdapat banyak pusat peranginan yang menjadi tumpuan para pelancong sama ada pulau yang sangat indah serta taman tema yang bertaraf antarabangsa.

tempat menarik di rompin
Imej via [Juara Rompin Resort]
Rompin yang merupakan salah satu daerah di Pahang juga tidak ketinggalan dengan kekayaan alam semulajadinya yang indah serta mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Terdapat banyak tempat menarik di Rompin yang boleh anda habiskan masa bersama keluarga tersayang. Jom lihat 15 tempat menarik di Rompin.

1.  Restoran Udang Galah LC

tempat menarik di rompin
Imej via [mstar]
Daerah Rompin ini merupakan tempat menarik dan terkenal bagi para peminat udang galah. Restoran Udang Galah LC yang terletak di Rompin ini merupakan antara restoran yang menyediakan hidangan udang galah yang sememangnya sangat enak.

Walaupun restoran ini masih lagi baru dibuka, namun rata-rata pelanggan yang mencuba masakan udang galah di sini amat berpuas hati. Harga udang di sini sering berubah-ubah mengikut musim. Apabila musim tangkapannya banyak, harganya akan lebih murah sedikit.

Antara menu menarik untuk anda cuba adalah udang masak sambal tomato, sambal petai, lemak cili, udang goreng kunyit dan banyak lagi. Restoran ini merupakan cawangan kedua restoran di Leban Chondong. Sekiranya anda tidak berkesampaian untuk makan di sana, anda boleh mencubanya di restoran Udang Galah LC ini.

2.  Restoran Udang Galah King

tempat menarik di rompin
Imej via [udanggalahkingsrestaurant]
Restoran udang galah yang perlu anda cuba adalah di restoran Udang Galah King yang merupakan salah satu tempat menarik di Rompin. Restoran ini terletak di Taman sentosa, Bandar Kuala Rompin mempunyai tarikan menunya yang tersendiri.  Bagi anda yang ingin bercuti ke Rompin, anda boleh mencuba Udang Galah yang besar-besar  di sini.

Antara menu yang dihidangkan di sini adalah masakan panas udang galah, mee udang, tomyam, nasi lemak, nasi ayam. Ketam, siakap dan banyak lagi. Layanan yang diberikan kepada pelanggan juga amat ramah. Sungguh tak menyesal jika anda menikmati hidangan petang di sini.

3.  Lanjut Beach and Golf Resort

tempat menarik di rompin
Imej via [iamnub]
Lanjut Beach and Golf Resort merupakan tempat menarik di Rompin yang dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Di sini, rekaan dalam dan luaran Lanjut Beach and Golf Resort pasti memenuhi citarasa para pelawat serta pelancong yang hadir.

Lanjut Beach Resort and Golf Resort ini amat sesuai bagi anda yang ingin bersantai ataupun tujuan hal-hal dengan pihak korporat.  Terdapat spa, padang golf, gym dan sebagainya yang pasti memberi kepuasan yang tak terhingga kepada anda.

Bagi anda yang sukakan sukan golf, anda boleh bermain golf tempat menarik di Rompin ini. Selain itu, anda juga dapat menikmati kemudahan yang disediakan di sini disamping menikmati keindahan alam yang segar.

4.  Mirror of The Beach (Pantai Lanjut)

tempat menarik di rompin
Imej via [gayatravel]
Selain di Selangor, Rompin juga turut mempunyai Mirror of The Beach yang merupakan tempat menarik di sini. Pastinya tempat ini akan membuatkan anda yang meminati bidang fotografi ingin ke sini untuk mengambil gambar-gambar yang cantik.

Lokasinya adalah di Pantai Lanjut yang terletak di Rompin. Ia merupakan pantai yang indah sepanjang 3.5 Kilometer untuk anda terokai.

5.  Aktiviti Mencari Kepah (Sungai Pahang)

tempat menarik di rompin
Imej via [Libur]
Selain di kawasan pantai, kawasan Sungai Pahang juga merupakan tempat menarik untuk anda kunjungi kerana terdapat aktiviti mencari kepah boleh anda lakukan. Terdapat beberapa agensi perlancongan yang akan menguruskan aktiviti anda di sini seperti memberi tunjuk ajar kepada anda dalam aktiviti mencari kepah.

Untuk permulaan, anda akan dibawa menaiki bot dari Sungai Pahang ke tempat yang dipanggil lubuk kepah.  Sudah tentulah ia merupakan sebuah aktiviti menarik untuk anda lakukan.

Pasti ramai yang tak tahu cara untuk mencari kepah kan? Jom datang dan rasai sendiri pengalaman mencari kepah di sini.

6.  Aktiviti Memancing (Sungai Rompin)

tempat menarik di rompin
Imej via [utusan]
Bagi para kaki pancing udang galah, jika sebut saja Sungai Rompin, pasti anda terkenangkan tempat menarik di Rompin ini. Anda boleh mendapatkan hasil tangkapan yang amat berharga ini di sini. Menariknya, anda dapat merasai pengalaman memancing udang galah di sungai sambil menikmati udara dan persekitaran alam sekitar yang menenangkan jiwa.

Jika anda mahu hasil tangkapan yang banyak, anda harus datang pada waktu malam tetapi wajiblah berhati-hati kerana terdapat buaya yang sememangnya aktif berkeliaran di sungai ini pada waktu malam.

7.  Al-Habsyi Village

tempat menarik di rompin
Imej via [Kisahku]
Bagi anda yang ingin merasai pengalaman bercuti yang lebih ‘adventure’, anda boleh datang ke Al-Habsyi Village yang terletak di Kuala Rompin.  Ia merupakan salah satu tempat menarik juga untuk anda lawati ketika berada di daerah Rompin. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda cuba di sini.

Antara aktiviti utama adalah memancing, melihat kelip-kelip, jungle trekking dan sebagainya.  Harga yang ditawarkan tidaklah terlalu mahal malah anda juga boleh berunding mengenai harganya. Pemilik Al-Habsyi Village juga amat peramah dan mesra. Jadi, kepada anda yang ingin mencuba aktiviti yang lebih ‘adventure’, anda bolehlah datang ke sini.

8.  Kolam Pancing PNK Rompin

tempat menarik di rompin
Imej via [Joran Pancing]
Satu lagi tempat menarik di Rompin untuk anda yang tenangkan fikiran adalah Kolam Pancing Pnk Rompin yang terletak di Tanjung Gemuk. Di sini, anda boleh memancing di kolam yang disediakan oleh pihak pemaju kolam ini. Harga yang ditawarkan pula tidaklah terlalu mahal dan amat sesuai untuk pelancong semua lapisan umur.

9 . Taman Negara Endau-Rompin

tempat menarik di rompin
Imej via [Tempat Menarik]
Taman Negara Endau-Rompin berkonsepkan semulajadi dan suasananya amat tenang untuk anda bersantai di sini.  Tempat menarik di Rompin ini menyimpan pelbagai khazanah alam yang mempersonakan. Tahukah anda, Taman Negara ini terletak diantara sempadan Johor dan Pahang?

Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah melihat alam sekitar yang indah, mempelajari tentang alam sekitar, jungle trekking, berkhemah, mandi air terjun, night walk dan sebagainya.  Terdapat juga pakej aktiviti yang disediakan dengan harga yang berpatutan untuk anda merasai pelbagai pengalaman yang berbeza.

10.  Pulau Tioman

tempat menarik di rompin
Imej via [tioman]
Pulau Tioman merupakan tempat menarik di Rompin yang sangat popular di seluruh Malaysia. Sebut saja mengenai Pulau Tioman, pasti kita akan terbayangkan pasirnya yang putih serta air lautnya yang biru. Tahukah anda, pulau ini termasuk dalam senarai 10 pulau tercantik di dunia?

Antara aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah aktiviti snorkeling dan menyelam. Selain itu, anda boleh melihat ikan-ikan dari jeti sambil menunggu matahari terbenam yang cantik. Percutian ke Pulau Tioman adalah pilihan ideal bagi anda yang ingin merehatkan minda seharian bekerja.

Anda boleh menghabiskan cuti hujung minggu dengan menatap keindahan pulau, mandi pantai, berenang dan banyak lagi aktiviti bersama keluarga tersayang. Jadi apa tunggu lagi, jom bawa keluarga anda ke Pulau Tioman!

11.  Pantai Hiburan, Rompin

tempat menarik di rompin
Imej via [Letsgoholiday]
Terletak 1.7 kilometer atau cuma 3 minit dari Bandar baru Rompin, pantai yang diberi nama Pantai Hiburan ini sering menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang dan hujung minggu.  Ia merupakan tempat menarik di Rompin yang sesuai untuk dikunjungi oleh semua pengunjung.

Rata-rata datang ke pantai Rompin ini adalah untuk menghilangkan stress dan ingin meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti mandi pantai, lepak serta menikmati makanan laut yang sedap-sedap. Harganya juga amat berpatutan. Kanak-kanak pula boleh bermain layang-layang di sini.  

12.  Hotel Vogue Rompin

tempat menarik di rompin
Imej via [agoda]
Rompin Beach Resorts terletak di Kuala Rompin ini merupakan salah satu tempat menarik di Rompin yang boleh anda kunjungi. Ia juga adalah sebuah penginapan di Rompin yang menawarkan harga rendah. Harga yang ditawarkan pula serendah RM88.  Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti WIFI percuma.  Tempat menarik di Rompin ini sesuai untuk anda yang berbajet rendah.

13.  Rompin Beach Resort

tempat menarik di rompin
Imej via [booking]
Rompin Beach Resorts yang terletak di Kuala Rompin ini adalah antara tempat menarik berkonsepkan tempat penginapan bersama keluarga. Resort ini menawarkan taman dan WiFi percuma sebagai kemudahan kepada tetamunya yang hadir. Tempat penginapan ini mempunyai kaunter penyambut tetamu 24 jam dan mengalu-alukan tetamu dengan restoran serta kolam renang luaran yang sangat indah dan menenangkan.

Tempat menarik di Rompin ini juga menawarkan lounge dan setiap bilik dilengkapi dengan almari pakaian. Bilik mandi peribadi pula mempunyai peralatan mandian percuma. Untuk pengetahuan anda, sarapan harian di resort ini menawarkan pilihan kontinental dan bufet yang sedap menyelerakan.

14.  Ikan Layaran Rompin

tempat menarik di rompin
Imej via [restfeelthefish]
Jika anda inginkan satu aktiviti memancing yang mencabar dan menarik, anda boleh datang ke tempat menarik di Rompin ini kerana di sini selain udang galahnya, ianya terkenal juga dengan ikan layaran.  Aktiviti penangkapan ikan layaran ini biasanya dinamakan sebagai “Tangkap” dan “Lepas” yang sering dianjurkan setiap tahun.

Ia telah membawa masuk ramai pelancong ke Negeri Pahang terutamanya ke Daerah Rompin ini.  sekiranya anda ingin mencuba menangkap ikan layaran ini, bolehlah datang ke Kuala Rompin.

15.  Masjid Tengku Mahkota Abdullah

tempat menarik di rompin
Imej via [Scripters News]
Masjid Tengku Mahkota Abdullah yang terletak di Kampung Sepakat Barat ini merupakan salah satu tempat yang menarik bagi seluruh mereka yang beragama Islam untuk dilawati. Masjid ini amat bersih dan cantik amat selesa untuk bersembahyang disini. Selain itu, tempat letak kereta disini pun amat luas.

tempat menarik di rompin
Imej via [cikguzailani]
Terdapat beberapa tempat menarik di Rompin yang amat sesuai untuk anda seisi keluarga. Apa kata anda bawa keluarga bercuti di tempat menarik di Rompin pula! Sambil-sambil tu, jom lihat tempat menarik di Jitra, tempat menarik di Sungai Petani dan tempat menarik di Kuantan juga.

Rujukan

  1. Tripadvisor
  2. Booking
  3. agoda

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *