15 Tempat Bersejarah Di Pulau Pinang Terkenal Dan Menarik Perhatian
Jom teroka tempat bersejarah di Pulau Pinang.
Pulau Pinang adalah salah satu destinasi tumpuan untuk melancong dan bercuti. Rata-rata mereka yang datang ke Pulau Pinang teruja untuk makan angin dan menikmati pemandangannya, namun terdapat juga segelintir pelancong yang berminat untuk mengetahui tentang sejarah dan keunikan masa silam yang terdapat di Pulau Pinang. Mari kita ikuti beberapa tempat bersejarah di Pulau Pinang yang terkenal dan menarik perhatian ramai.
1. Fort Cornwallis, Padang Kota Lama
Fort Convalis antara tempat bersejarah yang paling terkenal di Pulau Pinang. Kubu Cornwallis ini terletak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Georgetown dan merupakan sebuah kubu lama bersejarah yang telah dibina sekitar tahun 1876 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.Tahukah anda, Fort Cornwallis ini dibina sebagai benteng pertahanan? Ia adalah kerana kedudukan Pulau Pinang dan Kota Cornwallis yang berhampiran dengan laut maka ia mudah terdedah kepada serangan musuh dan ancaman dari kuasa-kuasa luar. Kubu ini merupakan kubu terbesar yang masih wujud di Malaysia sehingga kini.
Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang lain di sini seperti van tentera, bilik simpanan serbuk senjata api, penjara dan juga rumah api. Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini dipelihara dengan sangat baik sebagai satu kesan sejarah dan warisan budaya yang penting sehingga kini. Ia mampu menarik minat para pelancong untuk berkunjung tidak kira pengunjung dari luar mahupun dalam negara.
2. Muzium Perang
Muzuim perang ini dianggap antara tempat paling berhantu di Asia. Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini sebesar 20 ekar dan terletak di Mukim 12, Batu Maung. Ia dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 11 malam.Muzium ini pada asalnya adalah sebuah kem yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1930 sebagai penempatan tentera serta senjata untuk berperang. Dahulunya tempat bersejarah di Pulau Pinang yang telah dijadikan tempat simpanan senjata, terowong, bilik penjara, kawasan penyeksaan musuh dan bilik pameran, sekarang telah dijadikan muzuim yang boleh anda lawati.
Para pelancong boleh menerokai kesan-kesan sejarah yang masih bersisa di sebalik peperangan Perang Dunia Kedua dan beberapa susulan peperangan selepas itu. Kem ini dahulunya merupakan markas berperang yang sangat penting di Pulau Pinang pada waktu itu.
3. Muzium Kamera
Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini sangat sesuai bagi kaki fotografi. Muzium Kamera ini sudah tentu menjadi tempat wajib yang perlu dikunjungi supaya anda dapat melihat sejarah dan koleksi-koleksi kamera lama.Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini ditempatkan di sebuah rumah lama di Jalan Muntri dan merupakan rumah dua tingkat yang sangat padat dengan suntikan sejarah dalam dunia kamera serta fotografi. Terdapat juga kamera yang sudah mencecah ratusan tahun di sini.
Kebanyakan koleksi kamera terletak di dalam ruangan berkaca namun terdapat juga segelintir koleksi yang dipamerkan di ruang terbuka untuk tatapan umum dengan lebih dekat.
4. Rumah P Ramlee
Siapa yang tidak kenal dengan P Ramlee? Beliau adalah seorang Seniman Agong Negara suatu masa dahulu dan sehingga kini masih menjadi sebutan ramai. Anak seni kelahiran Pulau Pinang ini sememangnya telah banyak menyumbang kepada industri hiburan tanah air terutamanya di Asia Tenggara.Rumah ini dibina untuk menempatkan pelbagai informasi bersejarah tentang P Ramlee sejak beliau dari kecil sehinggalah ke era penglibatan beliau di dalam dunia seni. Anda boleh melihat pelbagai alatan muzik dan informasi tentang penggunaannya ketika era kegemilangan P Ramlee.
Di samping itu, terdapat juga barangan peribadi P Ramlee dan koleksi gambar-gambar lama P Ramlee yang sering sahaja mencuri tumpuan para pengunjung untuk bergambar sebagai kenangan. Pasti teruja untuk anda datang ke tempat bersejarah di Pulau Pinang ini kan!
5. Muzium Pinang Peranakan
Bagi mereka yang ingin mengetahui dan menerokai lebih lanjut tentang budaya peranakan, bolehlah berkunjung ke muzium ini. Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini adalah sebuah rumah agam yang menempatkan simpanan koleksi barangan kebudayaan Peranakan baik barangan kemas, hiasan dalaman, perabot, pakaian, dan infografik berguna tentang budaya mereka.Rumah Agam Peranakan ini telah dibina sekitar abad ke-19 dan merupakan replika Baba Nyonya Pulau Pinang yang dibangunkan dengan ciri-ciri panel kayu berukir Cina, jubin lantai Inggeris, dan kerja logam dari Scotland.
6. Penang Time Tunnel
Penang Time Tunnel ini adalah salah satu tempat bersejarah di Pulau Pinang untuk anda lebih mengenali perjalanan sejarah Negeri Pulau Pinang dari era sebelum penjajahan sehinggalah sekarang.Ia terbahagi kepada dua zon utama dimana yang pertamanya menceritakan tentang sejarah Pulau Pinang manakala yang keduanya lebih kepada muzium 3D yang memaparkan beberapa lukisan mural 3D yang boleh anda bergambar. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai kenangan peribadi anda dan keluarga.
7. Rumah Agam Cheong Fatt Tze
Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini berwarna biru Indigo serta mempunyai kesenian senibina budaya Cina lama yang sangat menakjubkan. Dinding luaran yang berwarna biru-biru nila ini sangat menjadi tumpuan dan warna itu membuatkan ia begitu menyerlah di kawasan ini.Rumah agam ini sangat berseni dan ia terlihat persis sama seperti di dalam filem-filem Cina yang anda tonton di televisyen. Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini juga mempunyai 38 buah bilik tidur, 5 laman lapang berlantai granit, 7 buah tangga berasingan dan juga mempunyai lebih dari 200 tingkap di sekelilingnya. Rumah agam ini terletak di Lebuh Leith, Georgetown.
8. Masjid Kapitan Keling
Masjid ini telah bertapak di sini sejak sekitar tahun 1801 yang dibina bagi menampung jemaah masyarakat India muslim yang semakin bertambah di Pulau Pinang. Rekabentuk senibina bangunan masjid yang ikonik ini memang sangat cantik dan unik.kebanyakannya dipengaruhi oleh budaya seni Timur Tengah dan Roman. Lokasi Masjid Kapitan Keling ini berada tidak jauh dari sebuah restoran yang sangat popular di Georgetown iaitu Restoran Nasi Kandar Beratur.
9. Masjid Terapung Tanjung Bungah
Satu lagi senibina masjid yang unik letaknya di Pantai Tanjung Bugah. Masjid yang merupakan sebuah tempat bersejarah di Pulau Pinang ini dipanggil masjid terapung kerana apabila air pasang ianya kelihatan seperti seolah-olah terapung di atas air dan ketika itulah masjid ini kelihatan sangat cantik dan tersergam indah.Anda wajib berkunjung ke tempat bersejarah di Pulau Pinang ini terutama pada waktu petang menjelang senja tatkala matahari terbenam sebelum anda menunaikan solat Maghrib kerana di waktu itu sangat sesuai untuk mengambil gambar pemandangan masjid ini.
10. Kek Lok Si Temple
Lokasi tokong ini terletak di atas sebuah bukit di tengah-tengah Georgetown. Tokong ini telah dibina sekitar tahun 1890 dan merupakan tokong agama Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan Asia Tenggara.Sinonim dengan keagamaan Buddha, tokong ini menempatkan suatu tarikan rekabentuk senibinanya yang sangat menarik berserta daya tarikan utamanya adalah patung Dewa Kuan Yin yang besar dan bangunan pagoda setinggi 7 tingkat yang mempamerkan lebih 10,000 imej Buddha.
Kepada mereka yang ingin mengenal sedikit sebanyak tentang sejarah keagamaan Buddha, tempat bersejarah di Pulau Pinang ini paling sesuai untuk anda kunjungi disamping dapat melihat keindahan bandaraya Georgetown dari atas puncak bukit ini.
11. The Quenn Victoria Memorial Clock Tower
Tugu peringatan ini dahulunya dibina dengan kos lebih kurang 35,000 Dolar Selat. Kubah menara berkapur putih ini dibina menggunakan sebuah kubah Moorish yang membuatkannya kelihatan bercahaya dari jauh. Tahukah anda, menara ini dibina pada tahun 1897 untuk memperingati ulangtahun ke 60 pertabalan Permaisuri Victoria?Jika anda benar-benar mengamati menara jam ini, anda akan dapat melihat bahawa menara jam ini sedikit condong kerana dipercayai telah dibom semasa Perang Dunia Kedua. Ia adalah salah satu tempat bersejarah di Pulau Pinang yang terkenal dan boleh anda singgah.
12. Tokong Dhammikarama Burma
Tokong ini terletak di pinggir bandar Pulau Tikus, Georgetown dan merupakan satu-satunya tokong Buddha Burma di Pulau Pinang. Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini dibina sekitar tahun 1803 dan merupakan tokong Buddha tertua di Pulau Pinang.Tokong Dhammikaram Burma ini berfungsi sebagai tempat bagi para penyembah Buddha dan terdapat sebuah perpustakaan di dalam tokong ini. Banyak patung Buddha dan makhluk mitos yang lain boleh anda lihat di sini termasuk sepasang sayap yang dikenali sebagai Panca Rupa dan juga sebuah mural besar yang menggambarkan peninggalan agama Buddha di kawasan ini.
13. Wat Chaiyamangkalaram
Wat Chaiyamangkalaram adalah kuil Buddha Thailand yang juga terletak di pinggir Pulau Tikus, Georgetown. Kuil ini mengandungi salah satu patung Buddha yang paling lama di dunia, serta patung-patung berwarna Devas dan makhluk-makhluk lain.Patung Buddha yang bernama Wat Chaiyamangkalaram adalah yang patung ketiga terpanjang di dunia. Di samping itu, Wat Chaiyamangkalaram, dikelilingi oleh masyarakat etnik Siam yang kecil, berfungsi sebagai tumpuan utama untuk perayaan Songkran dan Loi Krathong tahunan di Georgetown. Tempat bersejarah di Pulau Pinang ini juga mengambil bahagian dalam perarakan Hari Vesak tahunan yang dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang.
14. The Suffolk House
Rumah Suffolk ini merujuk kepada kediaman awal yang dibina empat batu di barat Georgetown, Pulau Pinang. Ia terletak di tebing Sungai Air Itam. Rumah ini sangat terkenal kerana dipercayai telah berkhidmat sebagai kediaman Francis Light, pengasas penempatan British yang pertama di Pulau Pinang.Berikutan kematian Light pada tahun 1794, sebuah rumah Suffolk yang baru menggantikan rumah asal telah dibina semula selepas diabaikan selama beberapa tahun. Rumah agam ini dinamakan sempena pembinaannya di atas Ladang Suffolk dan juga kerana Francis Light dipercayai dilahirkan di sini iaitu Dallinghoo, Suffolk, di Anglia Timur.
15. Penang Street Art
Bersempena dengan Festival Georgetown di Pulau Pinang, beberapa dinding lama di ibu kota telah diberi nafas baru, berkat usaha artis Lithuania, Ernest Zacharevic, artis Seni Jalanan di Pulau Pinang. Seniman Lithuania, Ernest Zacharevic ini telah meninggalkan karyanya dengan lukisan dinding yang cantik dan unik mengisahkan kehidupan seharian penghuni di pulau tersebut. Kini, ia menjadi tempat bersejarah di Pulau Pinang boleh anda kunjungi.Karya seni lucu, menarik, dan sangat terbuka untuk tafsiran semua orang. Sangat sesuai juga untuk bergambar sebagai kenangan di sini kerana terdapat pelbagai mural yang berwarna-warni yang dapat dilihat apabila berkunjung ke sini.
Pasti lebih bermanfaat apabila anda dan keluarga berkunjung ke tempat bersejarah di Pulau Pinang ini. Kesemua tempat bersejarah di atas mempunyai keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Jom baca tempat menarik di Melaka , tempat menarik di Dungun dan tempat menarik di Perak juga.