13 Tarikan Dan Tempat Menarik di Jerantut Untuk Pelancongan Anda
Jerantut adalah sebuah pekan di negeri Pahang, Malaysia yang agak terkenal dalam kalangan penduduk Malaysia. Ia terletak kira-kira 180 km dari Kuantan dan 200 km dari Kuala Lumpur. Ia juga merupakan daerah terbesar di negeri Pahang yang mempunyai pelbagai tarikan dan tempat menarik.
Pada tahun 1914, mereka menukar nama Simpang Empat kepada Jerantut. Pasti anda tak sabar nak lihat, apakah tempat menarik di Jerantut yang sesuai untuk pelancongan dan percutian anda. Jom lihat 13 tarikan dan tempat menarik di Jerantut.
1. Taman Negara Malaysia
Terdapat pelbagai flora dan fauna yang dilindungi di sini bahkan haiwan mamalia yang hampir pupus seperti harimau,gajah, pelanduk, tenuk dan selandang turut dipelihara di sini.
Selain mendaki gunung dan jungle treking, anda boleh menyewa sampan dan bersiar siar di sungai. Sungguh tempat ini memberikan pengalaman pengembaraan yang mengujakan anda. Pelbagai kemudahan disediakan di sini termasuklah pondok pemerhati yang membolehkan anda melihat haiwan liar dari kejauhan.
2. Galeri Mat Kilau
Gambar dan barangan lama seperti senjata yang digunakan pahlawan Pahang dahulu kala juga boleh anda lihat di sini. Yang lebih menyeronokkan lagi, pameran di sini memaparkan pelbagai bentuk seperti patung, visual, gambar dan audio untuk menarik minat para pelancong.
Bagi pencinta sejarah, saya syorkan anda datang ke empat ini untuk menimba informasi tentang pahlawan bangsa kita sekaligus dapat memupuk semangat cintakan tanah air apabila mengenang jasa mereka. Galeri ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan bayaran yang dikenakan hanyalah sekitar RM 2.
3. Air Terjun Lata Meraung
Anda dapat bersantai sambil bermandi manda di sini memandangkan suasananya yang dingin, tenang dan damai. Bukan sahaja suasananya yang berlatar belakangkan alam semulajadi dapat menambat hati pengunjung bahkan airnya yang bersih, jernih serta sejuk membuatkan sesiapa sahaja melihatnya ingin terjun berenang.
Tak dilupakan juga, kawasan ini menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tandas, tempat letak kereta dan rumah rehat buat pengunjung. Bayaran yang dikenakan hanya RM 2 buat orang dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Memang seronok jika datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan!
4. I City Jerantut
Taman permainan yang terletak berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut ini berjaya menambat hati para pengujung untuk datang bersantai bersama keluarga pada waktu malam. Lampu-lampu pada waktu malam adalah tarikan tempat ini terhadap pengunjung.
Majlis Daerah Jerantut berjaya menyediakan kawasan santai dan rehat ini dengan segala kemudahan. Macam-macam aktiviti di sini yang wajib anda cuba seperti kereta api mini, buaian besar yang dikenali sebagai eye on Jerantut dan juga tidak ketinggalan gerai-gerai untuk anda menjamu selera.
5. Tekam Plantation Resort
Tak hanya khidmat penginapan yang mereka sediakan, malah aktiviti kekeluargaan seperti mandi-manda di kolam renang yang luas, berbasikal di sekitar kawasan ladang, memancing dan banyak lagi. Salah satu tarikan utama tempat menarik di Jerantut ini ialah pemandu pelancong akan membawa pelawat untuk lawatan pendidikan ke tempat menarik sekitar kawasan ini seperti Gua Kota Gelanggi, Gua Gunung Senyum, serta ladang getah dan minyak.
Anda juga dapat menyaksikan penuaian kelapa sawit, melihat proses menoreh getah atau memetik daun koko dan kopi. Masa yang paling sesuai untuk melawat resort ini adalah semasa musim buah dari Julai hingga September. Ini adalah masa di mana buah-buahan seperti durian dan rambutan akan tumbuh banyak berbuah.
6. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
Selain berjalan kaki, anda juga boleh memasuki gua-gua ini dengan kereta. Jika anda meneroka gua ini, anda akan bertemu dengan gua yang berbentuk pintu gerbang, di dalamnya terdapat alur air yang mengalir air jernih lagi sejuk. Taman ini mula dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari. Bayarannya pula seharga RM 5 bagi dewasa dan RM 3 bagi kanak- kanak.
7. Gunung Tahan
Di sini, terdapat beberapa laluan yang perlu anda tempuhi. Pendaki perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan. Gunung Tahan yang dikatakan tempat menarik di Jerantut ini terletak kira-kira 53km dari Kampung Kuala Tahan, Jerantut atau 32km dari Kuala Juram, Merapoh.
100% pengunjung yang datang ke sini adalah pengunjung yang akan mendaki gunung ini sebagai pengembaraan baru buat mereka. Persediaan perubatan dan latihan yang mencukupi sebelum trekking adalah penting untuk mencapai rancangan ekspedisi anda. Bersedia dan berseronoklah dengan pengembaraan anda.
8. Tasik Bera
Kawasan ini kaya dengan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, ekosistem yang menyokong kepelbagaian kehidupan haiwan dan tumbuhan. Sekunjungnya anda ke tempat menarik di Jerantut ini, anda boleh mengambil foto dan merakam momen-momen indah memandangkan kawasan sekitar tasik ini sangat cantik.
9. Pasar Besar Jerantut
Harganya juga sangat berbaloi dan berpatutan untuk anda dapatkan. Pelbagai barangan dijual di sini seperti bahan mentah, pakaian, perhiasan, aksesori, makanan dan lain-lain lagi.
10. Kuala Gandah Pusat Pemuliharaan Gajah
Sepanjang tiga dekad yang lalu, lebih daripada 700 gajah liar telah berjaya dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai seperti Taman Negara. Di pusat ini, anda akan disajikan dengan aktiviti seperti menonton dokumentari, perbincangan pemuliharaan bagi memperkenalkan latar belakang dan kebolehan gajah dengan latihan dan lain-lain lagi.
Seterusnya, anda juga dibenarkan melihat dan memberi makan gajah yang dipelihara di pusat pemuliharaan ini. Pusat ini dibuka setiap hari pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang.
11. Gunung Senyum
Hampir 25 buah gua dengan pelbagai nama yang unik dan klasik juga terdapat di sini. Namanya yang unik ini yakni Gunung Senyum juga sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
12. Gua Kota Balai
Pada tahun 1970-an, aktiviti penggalian dan pengambilan najis kelawar secara besar-besaran telah dijalankan. Untuk pengetahuan anda, pada masa ini sebuah tangga gua telah dibina olehpengusaha yang mengambil najis kelawar ketika itu. Justeru, nama Gua Tangga diberi sempena tangga besi yang ada di situ.
13. Lata Berkoh
Air yang jernih di Lata Berkoh ini membolehkan anda melihat ikan kelah yang makin pupus. Namun, ikan kelah terjaga rapi di Lata ini dan pasti akan berenang bersama-sama anda di dalam air nanti. Anda boleh menaiki bot untuk ke lata yang lebih dalam dan ke pesisiran kawasan air ini.
Rujukan