11 Tips Melancong Ke Tempat-Tempat Menarik Di Hong Kong
Bagi ibu bapa, bawa anak-anak travel memang satu impian yang ingin dicapai. Kadang kala kita terlalu sibuk dengan kerja, ada masa pula timbul masalah kewangan atau sebagainya. Oleh itu, demi membawa anak-anak berjalan, kita semestinya perlu menyediakan rancangan yang sewajarnya. Plan tersebut juga hendaklah termasuk segala aspek iaitu dari segi kewangan, waktu kita bercuti kerja, waktu anak-anak cuti sekolah dan macam-macam lagi.
Di sini disertakan sekali tips travel bersama anak-anak ke Hong Kong oleh Puan Norbaizura Haris. Banyak tempat yang boleh dilawati di Hong Kong.
– Siapkan itinerary yang lengkap sebelum bertolak. Jangan terlalu padat kerana kita ada anak-anak kecil. ‘Study’ dulu tempat-tempat yang ingin dilawati supaya tidak banyak masa yang terbuang nanti. Ketika di theme park seperti Ocean Park & Disneyland, pastikan anda tahu schedule utk setiap show/ parade/ theatre dan lain-lain supaya anda dapat ‘enjoy’ semua tarikan yang ada. Kalau tak, rugi bayar mahal-mahal.
– Beli tiket untuk semua tarikan sebelum bertolak, lebih mudah dan boleh jimatkan masa. Untuk ke Hong Kong kali ini semua tiket Disneyland, Ocean Park, Peak Tram & Aqua Luna saya beli melalui KLOOK. Selalunya ada promosi dan tentulah lebih murah! Semasa di sana, cuma bawa duit belanja (makan & pengangkutan) sahaja. Harga tiket yang kami beli; Disneyland RM942, Ocean Park RM694 (fast track), Aqua Luna RM217.20 & Peak Tram (fast track) RM164 (semua harga ini adalah untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak). Harga mungkin berbeza mengikut promosi yang ada pada KLOOK.
– Pilih tempat penginapan yang dekat dengan stesen keretapi/ pengangkutan awam lain supaya anak-anak tidak kepenatan berjalan jauh. Rajin-rajinlah baca review sebelum menempah tempat penginapan.
– Bawa bekalan ubat seperti ubat demam, batuk, selsema, cool fever & lain-lain untuk anak-anak. Kadang-kala susah untuk berkomunikasi di farmasi jika mereka kurang fasih berbahasa Inggeris.
– Siapkan kelengkapan anak-anak sebelum tidur supaya boleh keluar lebih awal mengikut itinerary yang telah dirancang (semestinya mummy akan tidur paling lewat & bangun paling awal). Biasanya saya akan keluarkan siap-siap baju, seluar, socks dan sebagainya sebelum tidur. Tiba pagi anak-anak mandi dan terus boleh capai baju & siap!
– Bawa bekalan makanan setiap kali keluar untuk berjalan. Contohnya masak maggi goreng, bawa biskut, roti, coklat atau apa-apa sahaja untuk anak-anak alas perut jika lapar. Biasanya mereka akan cepat lapar ketika keluar berjalan.
– Bawa sepersalinan baju ganti untuk bayi/ anak yang masih kecil (termasuk sweater/ wintercoat jika cuaca sejuk). Yang ini mummy fail! Elle pernah kena cari winter coat baru, baby pon sama, nasib baik kebetulan kedai depan mata. Susu, air panas, diapers tak payah mention pun tak apa kan, yang itu semua ibu-ibu dah expert!
– Rancang dan pilih tempat yang sesuai untuk dilawati oleh anak-anak. Biasanya kami akan selang-seli hari untuk ‘sightseeing’ & juga ke tempat pilihan anak-anak (zoo, theme park dan lain-lain). Kalau sekadar menikmati pemandangan mestilah anak-anak cepat bosan. Mummy dan daddy je excited!
– Gadjet hanya akan diberi ketika di hotel sahaja (sementara tunggu turn nak mandi/ tunggu mummy siapkan makanan). Sepanjang masa di luar, biar anak-anak nikmati tempat-tempat menarik yang dilawati.
– Bekerjasamalah suami & isteri untuk menguruskan anak-anak. Biasanya awal pagi suami akan mandikan anak-anak, saya pula siapkan bekalan/ apa-apa yang patut. Selepas seharian keluar, sampai hotel suami akan mandikan anak, saya pula akan siapkan makanan untuk anak-anak (jika belum makan malam di luar). Kalau nak harapkan isteri buat semua, memang serik nak travel lagi.
– Nikmatilah percutian anda! Bila anak-anak dah besar, kita pasti akan rindu suasana kelam kabut nak uruskan anak-anak ketika travel. Memang penat, tapi seronok! Jadi jangan ragu-ragu lagi untuk bawa anak-anak kecil keluar melihat dunia.
*Hong Kong sounds nice right? Memang ramai orang pergi ke Hong Kong kerana salah satu tarikan yang sangat menonjol di sana ialah Disneyland. Salah satu tempat yang menjadi pujaan hati kanak-kanak. Dihiasi seolah-olah di dunia Disney, tambahan lagi dengan character-character animasi dari Disney productions keluar ke realiti. Seronok kan? Semoga trip anda seronok dan selamat melancong!