11 Hari Trip Pasangan Backpackers Dari Thailand ke Cambodia

Thailand dan Cambodia mungkin antara negara terdekat dengan Malaysia. Walaupun tempat-tempat ini tidak mengalami empat musim, mereka mempunyai keunikan tersendiri yang menjadi tarikan pelancong yang terdiri dari orang kita juga.

Dari keindahan ciptaan Tuhan, hingga ke hasil buatan manusia seperti beberapa angkor wat di dua negara ini, ia banyak menimbulkan rasa keinginan untuk melawat tempat-tempat berikut. Terima kasi kepada Tuan Saifuddin Abdullah yang telah sudi mengongsikan bersama itinerary beliau yang penuh manfaat.

Airport Bangkok

DAY 1

• Naik bas dari Paka ke TBS (11 pagi); sampai dalam pukul 4 petang.
• Pergi Midvalley Mall by KTM – untuk tukar currency BAHT & USD(disarankan tukar di MY MONEY MASTER).
• Pergi ke KLIA2 by KLIA Transit – transit ke Putrajaya Sentral dulu lebih murah daripada direct ke KLIA2.

DAY 2

• Check in flight KUL-HDY pada 10.50am (MYR 242/2 org).
• Beli simkad di airport (THB 299/RM 40, unlimited data).
• Ambil bas airport untuk ke Hatyai Central (THB 60/RM 8).
• Check in di LaemThong Hotel (walk in; THB 1,240/RM 167 – 2 nights).
• Lunch di Kai Tod Decha Halal Restaurant (walking distance 550m).
• Pergi ke Hatyai Railway Station untuk beli tiket ke Hua Hin (THB 612/RM 82 – utk 2org – 3rd class seat; walking distance).
• Pergi jalan-jalan ke Lee Garden Plaza (walking distance).
• Jalan-jalan masuk 7 Eleven area situ.

-Untuk tiket train : Better pilih 2nd class seat or above sebab 3rd class seat memang murah dan jimat tapi sangat tak selesa (sebab perjalanan dari Hatyai ke Hua Hin adalah selama 14jam).


DAY 3

• Breakfast dekat Dimsum Chabura (naik grabCar THB 20/RM 3 – pakai promocode, jimat sangat).
• Ambil grabCar ke Hat Yai Central Mosque (THB 50/RM 7 – solat Jumaat situ).
• Pergi jalan-jalan ke Kim Yong Market by grabCar (THB 45/RM 6).
• Pergi ke Khlong Hae Floating Market by grabCar (THB 220/RM 30).

-Sebaiknya pergi ke Khlong Hae floating market pukul 5 ke atas sebab semua gerai dah buka.

DAY 4

• Breakfast di restoran halal berdekatan hotel (not recommended since makanan tak sedap dan mahal).
• Pergi ke Hatyai Municipal Park by grabCar (THB 190/RM 26).
• Check out hotel.
• Bergerak ke Hatyai Railway station untuk tunggu train pukul 6 petang.

DAY 5

• Sampai Hua Hin station dalam pukul 8 pagi.
• Check in di Hua Hin Euro City Hotel (walk in; THB 1,200/RM 162 -2 nights; walking distance from station).
• Beli breakfast dekat gerai halal berdekatan station.
• Sewa motor di seaside restaurant belakang hotel Hilton Hua Hin. (THB 200/RM 27 – 1 day) ; pergi semua tempat di Hua Hin dengan motor.
• Jalan-jalan sekejap tengok view di Hua Hin Beach.
• Makan petang di Mooz Halal Restaurant (mahal sikit harga makanan dekat sini tapi worth it).
• Pergi ke Cicada Market (makan pakai coupon tapi mostly tak halal dan sekadar untuk jalan-jalan dan beli kraftangan ok sahaja).
• Pergi station untuk beli tiket train ke Bangkok (THB 234/RM 32 ; 2 org – 3rd class seat).

-Tiket train better beli awal-awal sebab cepat habis; perjalanan dari Hua Hin ke Bangkok ialah 5jam.

Khlong Hae Floating Market

DAY 6

• Pergi ke Santorini Park Cha-Am (fee entrance untuk seorang THB 150/RM 20 ; 33km dari Bandar Hua Hin).
• Lunch di Kedai Makan A Bang Mana (bersebelahan dengan Swiss Sheap Farm).
• Pergi ke Swiss Sheap Farm (fee entrance untuk seorang THB 150/RM 20 ; 2.8km dari Bandar Hua Hin).
• Pergi ke Plearnwan Vintage Village (masuk free).
• Makan petang di Halal Muslim Food Restaurant (dekat area station).
• Hantar balik motor sewa.
• Berjalan-jalan di Hua Hin Night Market (walking distance).

Municipal Park

DAY 7

• Check out hotel pada 5 pagi.
• Tunggu dekat station untuk train pukul 6 tapi delayed satu jam.
• Bergambar di Hua Hin Railway Station (tempat tourist attraction – station Hua Hin adalah station tertua dan tercantik di Thailand).
• Sampai di Bangkok station pada awal petang.
• Check in di Station Hotel (THB 480/RM 65 – 1 night; walking distance from station).
• Lunch di kedai makan halal berdekatan hotel.
• Waktu malam jalan-jalan di MBK Center untuk shopping sikit by bus (THB 30/RM 4 ; souvenirs dekat sini murah).

DAY 8

• Check out hotel pada awal pagi (beli makanan di 7E untuk bawa bekal ke Cambodia).
• Ambil grabTaxi ke Don Mueang Airport (THB 361/RM 49).
• Check in flight DMK-REP pada 10:10am (THB 2,330/RM 314 – 2 org ; tiket beli awal-awal dekat Malaysia).
• Sampai di Siem Reap pada pukul 12p.m. (tempah tuk tuk selama 3hari setengah USD 45/RM 187 dari Malaysia dengan local Siem Reap Haty Ly – semua tempat pergi dengan tuk tuk).
-Recommended dan kalau berpuas hati dengan servis dia silalah bagi tips ye).
• Terus lunch di restoran halal Siem Reap Backpackers Restaurant.
• Check in hotel (USD 50/RM 208 – 3 nights).
• Pergi ke Cambodian Cultural Village (fee entrance untuk seorang USD 13/RM 54).
• Pergi ke Artisan Angkor Workshop (free entrance).

DAY 9

• Pergi ke Angkor Wat (fee entrance untuk seorang USD 37/RM 154) (menikmati pemandangan matahari terbit).
• Lunch di restoran halal lain yang berdekatan area hotel.
• Pergi ke Lotus Farm pada petangnya (fee entrance untuk seorang USD 0.5/RM 2).
• Pergi ke Tasik Tonle Sap (fee entrance untuk seorang USD 15/RM 62 – kena tipu perlu bayar USD 20 pula untuk pusing-pusing area floating village, so overall di sini habis dalam USD 50/RM 208. Dapat juga menikmati pmandangan matahari terbenam).
• Makan malam di Muslim Famliy Kitchen.

DAY 10

• Pergi ke Angkor Silk Farm (free entrance).
• Pergi ke Mini Killing Field Siem Reap (free entrance).
• Santai-santai rehat di kolam hotel.
• Makan malam di Siem Reap Backpackers Restaurant.

DAY 11

• Check out hotel jam 6 setengah pagi.
• Check in flight REP-KUL pd 8.35am (USD 126/RM 523 – 2 orang).
• Sampai KLIA2 pada pukul 12p.m.

Santorini Park Hua hin

Jumlah kos terlibat untuk 2 orang (tak termasuk makan & souvenirs & medicine)

1. HATYAI
Jumlah kos kasar = tiket flight + transportation + accommodation
= RM 529

2. HUA HIN
Jumlah kos kasar = tiket train + fee entrance + transportation + accommodation
= RM 351

3. BANGKOK (TRANSIT)
Jumlah kos kasar = tiket train + tiket flight + transportation + accommodation
= RM 464

4. SIEM REAP (CAMBODIA)
Jumlah kos kasar = tiket flight + entrance fee + transportation + accommodation
= RM 1,546

– Jumlah kos keseluruhan = HATYAI + HUA HIN + BANGKOK + SIEM REAP
= RM 2,890

Lotus Farm

Pesanan ikhlas:

** Time travel pastikan duit di simpan elok-elok dan kemas. Sentiasa dengan kita dan letakkan duit emergency di mana-mana sebab ada banyak kes penyeluk saku di mana-mana tapi alhamdulillah waktu kami tiada masalah ini.
** Sewa motor di Hua Hin sangat mjimatkan kos kami. Sewa untuk sehari baru 200 baht(RM27) dan isi minyak dalam 80 baht (RM11).
**Kos kami sepatutnya boleh murah lagi kalau beli tiket awal means beli tiket awal 2 atau 3 bulan atau time promosi. Tapi projek kami ini beli tiket on the spot minggu itu juga lepas raya. Mahal sedikit.
**Kalau di Cambodia, semua bayar pakai usd. Elakkan beli di kedai runcit biasa sebab nanti dia akan ketuk skit bila costumer itu pelancong. Dah terkena. Better beli di kedai Mart(macam ala-ala seven eleven begitu.
**Kalau di tasik Tonle Sap, Siem Reap(Cambodia) better minta pemandu tuk tuk atau orang local belikan tiket sebab dapat harga murah atau sepatutnya dalam 15 dollar usd seorang. Kalau pergi sndri kena ketuk around 25 ke 30 dollar usd seorang. Pastikan masuk dalam group yang besar masa nak berjalan sebab kami dah terkena smpai di sana.

Kos Makan Di Thailand
**Bergantung pada selera dan modal Masing-masing, biasanya saya dengan wife makan sedap-sedap pun paling mahal 600 bath(rm80).

Kos Makan Di Cambodia
**Average harga semua dalam usd tapi paling murah kami makan berdua dalam 6 dollar (rm25) lebih dan paling mahal pun dalam 12 dollar(rm50) untuk 2 org.

List of Tourist Attraction

1. Hatyai
• Lee Garden Plaza
• Kim Yong Market
• Dimsum Chabura
• Samila Beach
• Masjid Taj Mahal
• Champ Puak Camp
• Khlong Hae Floating Market
• Asean Night Bazaar

2. Hua Hin
• Hin Lek Fai View Point (FREE)
• Santorini Park (150 baht)
• Swiss Sheep Farm (150 baht)
• Camel Republic (150 baht)
• 1000 Sook & Food Farm (50 baht)
• The Venezia (300 baht)
• Plearnwan Vintage Village (FREE)
• Hua Hin Railway Station
• Hua Hin Beach
• Cicada Night Market
• Chatsila Market
• Mrigadayavan Palace (30 baht)
• Oasis x Seenspace
• Rajabhakti Park (FREE)

3. Siem Reap
• War Museum (5 usd – RM 20)
• Cambodian Cultural Village (13 usd – RM52)
• Angkor Artisan Workshop (FREE)
• Silk Farm (FREE)
• Mini Killing Field (FREE)
• Royal Residence (FREE)
• Lotus Farm (0.5 usd – RM2)
• Tonle Sap Lake (15 usd – RM60)
• Angkor Wat (37 usd – RM100++)

Swiss Sheep Farm



*Travel dengan pasangan kita sememangnya satu kebahagiaan yang harus disyukuri. Kepada anda yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, anda juga boleh jadikan destinasi-destinasi diatas sebagai tempat bulan madu anda. Selamat menjelajah!

Rujukan:

Post FB : https://www.facebook.com/saifuddin.abdullah.88/posts/2352845048086843

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *