TOP 25+ Tempat Menarik Di Alor Gajah [2019] PALING BEST
Alor Gajah dikenali sebagai salah satu daerah yang terdapat di Negeri Melaka yang sinonim dengan gelarannya Melaka Bandar Bersejarah. Sememangnya Melaka mempunyai sejarah yang cukup banyak jika dibandingkan dengan negeri lain, namun ia tidak terkecuali mempunyai senarai tempat menarik yang paling best untuk anda lawati. Terdapat banyak daerah di Melaka yang agak besar seperti Melaka Tengah, Jasin dan juga Alor Gajah.
Tahukah anda hanya di satu daerah Melaka sahaja sudah mempunyai lebih 25+ tempat menarik. Apatah lagi satu Melaka. Pasti lebih banyak! Ramai yang berpendapat bahawa Alor Gajah mempunyai tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama kawan-kawan dan keluarga anda. Jom kita lihat senarai 25+ tempat menarik di Alor Gajah, Melaka.
-
A’Famosa Water Theme Park
Lokasi: Simpang Empat, Jalan Kemus, 78000 Alor Gajah, Malacca
2. A’Famosa Animal World Safari
Tempat menarik di Alor Gajah yang diberi nama A’Famosa Animal World Safari ini mempamerkan pelbagai jenis haiwan untuk anda lihat. Ia ala-ala mini zoo tetapi boleh dikatakan banyak haiwan yang anda boleh temui di sini seperti harimau, burung-burung, ular dan lain-lain lagi. Anak-anak pasti suka datang ke sini!Lokasi: A’famosa Resort, Jalan Kemus, 78000 Alor Gajah, Malacca
3. Alor Gajah Square
Dataran Alor Gajah ini juga dikenali dengan nama Alor Gajah Square. Sebenarnya, ia juga digelar Dataran Keris. Dataran Keris merupakan sebuah tempat menarik di Alor Gajah untuk anda beristirehat sambil melihat monumen dan replika keris yang besar. Pastilah anda sejarah di sebalik replika keris ini dibina.Lokasi: 1939, Jalan Datuk Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka
4. Keen Guang Hiong Bread Factory
Tempat menarik di Alor Gajah, Melaka juga termasuklah Kee Guang Hiong Bread Factory yang merupakan sebuah kilang roti. Selain melihat pelbagai jenis roti di sini, anda juga boleh merasai menu roti yang dijual di sini. Ia adalah sebuah kilang roti milik Kee Guang Hiong yang menawarkan pelbagai roti untuk anda nikmati.
5. Air Panas Cherana Putih
Air Panas Cherana Putih adalah 5km dari Tol Simpang Ampat sahaja. Tempat menarik di Alor Gajah ini membolehkan anda berendam dan bermandi-manda dalam kolam air panas yang amat menyedapkan dan menyegarkan badan. Segala kemudahan seperti tanda, bilik mandi dan lain-lain lagi lengkap di sini.
6. Cowboy Town A Famosa
Tempat menarik di Alor Gajah berkonsepkan Cowboy town ini pastinya memberi keseronokan kepada anda. Cowboy Town A Famosa menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh anda lihat dan sertai seperti Red Indian Show, Fireworks, Carnival, 4D Theater, Bowling, Children Theme Park dan juga Funfair. Anda juga boleh mendapatkan makanan di Kopitiam dan restoran-restoran yang disediakan.Lokasi: Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
7. Tradition and Custom Museum
Tradition dan custom Museum ini adalah muzium tradisional yang mempamerkan pelbagai keunikan dan persembahan dari budaya melayu. Antara pameran yang boleh anda lihat di sini adalah set pakaian pengantin tradisional dan aksesori lama yang digunakan sejak zaman dahulu lagi.Lokasi: Dataran Keris, 78000 Alor Gajah
8. Machap Baru
Tempat menarik di Alor Gajah ini mempunyai pelbagai jenis makanan tambah-tambah lagi makanan yang unik dan pelik yang perlu anda rasa. Pelancong dari dalam dan luar negara selalu menikmati makanan di Machap Baru ini. Makanan haiwan eksotik juga terdapat di sini.Lokasi: Kampung Machap Baru, 76100 Alor Gajah, Malacca
9. Selandar Farm
Salendar Farm amat menarik untuk anda kunjungi jika anda adalah seorang peminat tanaman, agro, fauna dan kehijauan alam. Ladang Selandar juga seperti taman buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh anda lawati untuk menikmati pemandangan dan belajar berkaitan pertanian dan perladangan.Lokasi: 4852 & 4853, Jalan Selandar / Alor Gajah, 76740 Selandar, Melaka
10. Megalith Datuk
Tempat menarik di Alor Gajah ini amat berbeza daripada tempat pelancongan lain. Megalith Datuk menempatkan hampir seratus kawasan pusara purba yang digelar “Megalith Datuk Tua”. Jika teringin melihat dan merasai suasana bersama kubur nenek moyang penduduk Alor Gajah, lihatlah batu megalith di sini.Lokasi: 19, 78000 Alor Gajah, Malacca
11. Masjid Lama Machap
Masjid Lama Machap dibina pada 1511 ketika peperangan Portugis menyerang Melaka. Walaupun bersaiz kecil, Masjid Lama Machap ini penuh dengan kesenian reka bina yang menarik dan bumbungnya dari tanah liat. Anda boleh melihat kesenian masjid ini dan boleh singgah untuk menunaikan solat di sini.Lokasi: 76100 Alor Gajah, Malacca
12. Muzium Warisan Dan Sejarah Naning
Muzium Warisan dan Sejarah Naning ini adalah tempat menarik di Alor Gajah yang mewariskan pelbagai pameran dan maklumat sejarah serta peninggalan lama masyarakat Naning. Anda boleh melawat muzium ini sambil beristirehat dan bersiar-siar di sini.Lokasi: Jalan Datuk Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka
13. Rumah Api Tanjung Tuan
Anda boleh menaiki rumah api di tempat menarik di Alor Gajah ini untuk melihat pemandangan sekeliling Tanjung Tuan sehingga sempadan laut Sumatera merentasi Selat Melaka. Rumah Api Tanjung Tuan ini adalah rumah api tertua di Malaysia yang telah dibina dapat tahun 1817. Jom rasai pengalaman menaiki rumah api!
14. The Touch City
The Touch City adalah sebuah bandar pemandangan yang menyajikan pelbagai aneka pemandangan dan bangunan berasaskan penganut agama. Bandar ini lebih tertumpu kepada kaum Cina dimana anda boleh melihat replika Confucious, Men Zhi, The Imperial of Dragon, Flaming, Snowy Pheonix dan lain-lain lagi.Lokasi: MC 13, Simpang Gading,, 76100 Durian Tunggal, Malacca
15. Kolam Air Panas Gadek
Kolam Air Panas Gadek yang merupakan tempat menarik di Alor Gajah ini boleh anda datang pada bila-bila masa sahaja. Mandian air panas di sini amat memuaskan dan menyeronokkan. Kemudahan seperti tempat mandi, tandas, restoran dan lain-lain juga turut boleh anda gunakan di sini.Lokasi: Jalan Gadek / Ganun, Kampung Ganun, 78000 Alor Gajah, Melaka
16. Makam Dol Said
Dol Said adalah pahlawan Naning ke-9 dan telah mengukir nama dalam dunia sejarah. Beliau telah berjasa sejak dari zaman British memerintah tanah air kita lagi. Beliau meninggal dunia pada tahun 1949 dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning. Anda boleh melawat Makan Dol Said di Alor Gajah ini.
17. Tugu Kemerdekaan
Sebenarnya terdapat sebuah Tugu Kemerdekaan yang terletak di Dataran Keris, Alor Gajah. Tugu ini juga adalah salah satu tempat menarik di Alor Gajah yang memberi kenangan upacara pembacaan ‘pemasyhuran’ Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Tahukah anda, Tugu Kemerdekaan ini letaknya di atas pentas terbuka yang terdapat di Dataran Keris, Melaka.
18. Pantai Tanjung Bidara
Pantai Tanjung Bidara ini adalah sebuah tempat menarik di Alor Gajah yang letaknya 10km dari Bandar Masjid Tanah. Anda boleh bermandi-manda bersama rakan-rakan dan keluarga di sini sambil bermain sukan air. Suasana pantainya yang bersih dan cantik pasti menjadi kegemaran ramai.
19. Pantai Pengkalan Balak
Sama seperti tempat menarik di Alor Gajah yang berkonsepkan pantai, Pantai Pengkalan Balak merupakan pantai yang bersih, menarik dan meriah dengan ramai pelancong untuk bermandi-manda. Di samping itu, anda boleh melihat para nelayan pulang petang membawa hasil laut. Memang best juga jika anda lihat matahari terbenam di pantai ini.
20. Freeport A Famosa Outlet Village
Ramai pelancong yang berkunjung ke A Famosa Outlet ini untuk mengambil gambar dan bersiar-siar. Namun, aktiviti utama di sini adalah membeli-belah. Terdapat banyak jenis barangan berjenama di sini. Anda boleh mendapatkan pakaian dengan harga berpatutan dan eksklusif untuk dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang.
21. A’ Famosa Golf Resort
Anda boleh bermain golf di A’Famosa Golf Resort alang-alang anda berkunjung ke A’Famosa ini. Ramai pelancong yang minat bermain golf pasti akan meluangkan masa di Golf Resort ini. Begitu juga dengan para VVIP yang inginkan keseronokan di sini. Ruangnya amat luas juga sesuai untuk kelab-kelab serta sekumpulan syarikat datang ke sini.
22. Pantai Telok Gong
Tempat menarik di Alor Gajah ini berdekatan dengan chalet-chalet atau resort. Ia merupakan sebuah perkampungan tradisional yang mempunyai sebuah pantai iaitu Pantai Teluk Gong. Pantai Telok Gong penuh dengan kemudahan dan kedamaian untuk anda bercuti di sini. Ia menjadi tarikan ramai pelancong kerana kecantikan dan keindahan pantainya.
23. Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam
Taman Rekreasi Datuk Wira Poh sesuai untuk anda beriadah dan bersenam. Anda boleh menaiki basikal, berjogging, bermain di taman permainan dan lain-lain lagi. Ia amat sesuai untuk anda menghabiskan masa berdating, bersukan atau bertenang sendirian. Anda boleh membawa anak-anak dan keluarga untuk bersantai di sini.
24. Desa Paku House & Garden
Desa Paku House & Garden merupakan tempat menarik di Alor Gajah yang menyediakan rumah penginapan dan juga kebun untuk anda bersiar-siar. Anda boleh melihat pelbagai jenis fauna atau tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pelbagai spesis di sini. Ramai pelancong berkunjung di sini untuk menginap dan merasai keseronokan bersama alam dan kedamaian.Lokasi: Desa Paku House & Garden Lot 317 Kampung Paku, Kelemak 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
25. Cape Rachado Birds Sanctuary Tanjung Tuan
Bird Sanctuary Tanjung Tuan atau lebih mesra dengan nama Cape Rachado ini berada berdekatan dengan rumah api Tanjung Tuan. Ia merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk melihat burung-burung yang pelbagai spesis. Anda juga boleh hiking di sini kerana terdapat bukit bukau hijau yang terhasil daripada batu-batu yang kukuh. Namun begitu, disediakan juga tangga untuk anda daki ke Tanjung Tuan tanpa naik di batu.Tanjung ini bersempadan dengan Negeri Sembilan tetapi berdekatan dengan Alor Gajah Melaka. Wajarlah untuk anda singgah di sini alang-alang ke Alor Gajah.
Itulah dia 25+ tempat menarik di Alor Gajah, Melaka paling best dan boleh anda lawati jika berada di Melaka. Hanya sediakan keperluan anda, jom pergi bercuti di tempat menarik di Alor Gajah. Jemput baca tempat menarik di Mukah dan tempat menarik di Seremban 2 pula.