17 Tempat Menarik Di Okayama Sesuai Dikunjungi Keluarga
Bercuti di Jepun adalah impian ramai terutamanya anda yang sukakan pelbagai suasana dan aktiviti yang menarik. Tidak dinafikan, anda membuat pilihan yang betul dengan memilih Jepun sebagai destinasi percutian kali ini. Mungkin anda selalu mendengar nama bandar seperti Tokyo, Hokkaido dan lain-lain lagi, tetapi tidak Okoyama. Sedangkan Okoyama mempunyai tempat menarik khas untuk percutian. Jom kita lihat pula 17 tempat menarik di Okayama.
1. Saijo Inasari-san Myokyoji Temple
Dengar kata, Saijo Inasari-san Myokyoji Temple ini adalah kuil yang paling besar di Okayama. Di sini, anda boleh melawat ke dalam kuil walaupun beragama Islam. Tiada masalah untuk mengambil gambar, membeli barang-barang yang dijual berdekatan kuil ini dan budaya orang yang mengunjungi tempat ini. Sebagai sesi pembelajaran sejarah, tidak mengapa untuk anda ke sini.2. Maniwa Aso-Viva School
Tempat menarik di Okayama yang sesuai dilawati oleh anda sekeluarga adalah Maniwa Aso-Viva School. Apa yang akan anda belajar di sini? Tak sangka rupanya anda boleh belajar cara buat aiskrim yang sedap sangat. Terdapat beberapa orang guru akan mengajar cara buat aiskrim dengan betul. Ini betul-betul menarik, macam lawatan sambil belajar pula.3. Food Sample Experiences
Food Sample Experiences adalah tempat menarik di Okayama boleh anda kunjungi sebagai salah satu destinasi perlancongan. Anda boleh mendapatkan pengalaman menyedia dan mencipta makanan sample seperti sushi, kimchi dan makanan Jepun yang lain. Makanan sample ini sering digunakan sebagai food tester di kedai makanan yang high class gitu.Anda boleh cuba buat sendiri food sample ini, pasti amat seronok! Selain tempat ini, anda boleh kunjungi ke La Luce Dolce juga untuk mempelajari cara buat sample makanan daripada guru yang pakar dan berpengalaman.
4. Kurashiki Bikan Area – Sightseeing spot
Kurashiki Bikan Area adalah kawasan yang boleh anda melihat-lihat dan bergambar. Keunikan dan kecantikan bangunan dan pemandangan di sini amat menakjubkan dan tidak dinafikan. Bangunan indah umpama zaman British kekal di sini, pokok yang unik serta tasik yang membolehkan anda bergambar atau menaiki sampan juga terdapat di sini.5. Mitsui Outlet Kurashiki
Jika anda teringin nak membeli belah, Mitsui Outlet Kurashiki ini adalah destinasi tepat buat anda. Pelbagai barangan yang boleh anda dapatkan di sini seperti barang gadjet, kraftangan, barang elektrik, jam, pakaian dan lain-lain lagi. Dengar kata, harganya juga murah dan berpatutan. Apa kata anda masuk ke sini dan selidik, jika murah terus beli!6. Hiruzen
Hiruzen adalah tempat menarik di Okayama boleh anda lawati untuk pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Hiruzen terkenal dengan sambutan Hiruzen Snow Festival. Lokasinya terletak di utara prefektur Okayama, Maniwa City. Umumnya, tempat ini dipenuhi dengan bukit-bukau, padang rumput dan rumput hijau yang indah.Ketika musim salji, sambutan Hiruzen Snow Festival akan diadakan, bermaksud setiap tahun namun mempunyai tarikh-tarikh yang tertentu. Oleh itu, aktiviti di sini juga melibatkan rekreasi luar seperti bermain salji, mencipta rumah igloo, pertunjukan membuat igloo, berlatih dan bermain salji serta banyak lagi.
Sepanjang berada di sini, anda boleh menginap dan bermalam di Kyukamura Hiruzen Kogen. Baju untuk melakukan aktiviti salji juga disediakan oleh pihak resort. Aktiviti paling menyeronokkan adalah bermain ski. Peminat sukan musim sejuk pasti akan bermain ski di sini kerana lokasinya juga amat sesuai untuk dijadikan tempat berlatih dan bermain di cerun. Pada musim panas, tempat ini juga boleh dikunjungi untuk mendapatkan haba dan anda boleh menikmati produk tenusu tempatan juga.
7. Korakuen Okayama
8. Okayama Castle
9. Kurashiki Bengal Cat’s Forest
10. Kurashiki Bikan Historical Quarter
11. Bandar Yubara
12. Kids Snow Park
13. Cha Cha Kimono
14. Cafe Tenjin
15. Kido Airaku
Kido Airaku adalah sebuah restoran tetapi terkenal dengan kelas membuat sushi dalam kalangan pelancong luar. Ya, kebanyakan pelancong akan berkunjung ke sini untuk belajar membuat sushi. Ia adalah salah satu budaya Jepun yang amat terkenal di dunia.
Untuk pengetahuan anda, cikgu berpengalaman akan mengajar anda untuk membuat 7 jenis sushi dengan jumlah 11 sushi. Bukan sahaja belajar cara dan resepi sushi, tetapi anda juga akan belajar cara membentuk sushi dan makan sushi menggunakan chop stik dengan betul.
Selain mendapat pengalaman yang amat berharga, anda juga pasti pandai makan guna chop stik selepas menghadiri kelas ini. Amat teruja sekali jika dapat menyertainya. Anak-anak pun pasti suka!
16. Boken No Mori Hiruzen
Anda tak perlu risau jika tidak dapat melaluinya kerana anda akan dibantu oleh pelatih yang berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti lasak di sini. Selain itu, anda boleh menikmati udara segar di hutan yang hijau ini. Jom berkunjung ke sini untuk beriadah dan mencuba sesuatu yang mencabar!
17. Sungai Okayama
Sekiranya anda sukakan alam semulajadi, tempat menarik di Okayama ini penuh dengan keindahan flora dan fauna. Anda boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti merentasi sungai atau river tracking, mandi-manda, berkelah dan macam-macam lagi. Untuk merentasi sungai ini dan memasuki kawasan ini, anda akan menghabiskan masa di sini selama 4 hingga 5 jam.Anda akan melalui pelbagai check point yang disediakan. Semua kawasan perhentian sepanjang pengembaraan ini amat unik dan menarik. Jangan lupa pakai life jacket dan topi keselamatan yang telah disediakan!
Itulah dia 17 tempat menarik di Okoyama sesuai untuk percutian anda. Bukan sahaja belajar memasak dan bersiar-siar, banyak lagi aktiviti menarik anda boleh lakukan di sini. Jom baca juga tempat menarik di Norway, tempat menarik di Flores dan tempat menarik di Oman.
Rujukan: