12 Tempat Menarik di Mukah, Sarawak Wajib Pergi | Berkonsep Tradisional Dan Moden
Mukah, Sarawak yang sering diakses melalui jalan udara dengan penerbangan dari Kuching dan Miri ini juga menghubungkan bandar Dalat sekitar 30 kilometer dari Mukah ke Sibu. Mengikut bancian yang didapatkan pada tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dan kebanyakan daripada mereka adalah berbangsa Melanau. Tidak hairanlah jika terdapat banyak tempat menarik di Mukah ini berkonsepkan tradisional dan moden sekalipun. Semuanya adalah dari campuran budaya, kesenian dan sejarah lama.

Tempat Menarik di Mukah Revolusi Dari Sejarah Mukah
Semasa pertempuran, pembantu Brooke iaitu Rainbow telah menenggelamkan empat perahu dan membunuh satu sama lain dengan meriam. Lebih 100 lanun telah terbunuh atau cedera dalam pertarungan manakala Brooke, uskup Francis McDougall dan pengikut mereka dari Sarawak, kebanyakannya selamat.
Dek sejarah zaman berzaman, tercetusnya keunikan dan kesenian dari kebudayaan malah ia mempengaruhi tempat-tempat yang dibina di Mukah. Mari kita lihat 11 tempat menarik di Mukah, Sarawak yang berkonsepkan tradisional dan moden.
-
Lamin Dana Telian Mukah
Ia juga adalah rumah tumpangan pengunjung dan pusat kebudayaan. Banyak aktiviti berfaedah dijalankan seperti melatih orang-orang tempatan dalam seni dan kraf tradisional untuk menyediakan pendapatan tambahan kepada berpuluh-puluh keluarga di kampung.
Lamin Dana dibina dengan gaya rumah tradisional Melanau tinggi hanya menggunakan bahan asli. Tempat menarik di Mukah ini juga menyediakan makanan asli Melanau dan menawarkan aktiviti seperti menaiki bot, melawat bakau dan menyewa basikal untuk bersiar siar. Anda boleh ke sini pada hari isnin sehingga jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.
-
Sapan Puloh Muzium Melanau
Muzium mini ini sebenarnya diasaskan oleh seorang lelaki bernama Tommy Black Mark di mana segala barangan yang dipamerkan disini adalah milik warisan keluarganya turun temurun. Muzium ini dibuka setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 5 petang manakala bayaran yang dikenakan sekitar RM2 hingga RM10 ringgit.
3. Pantai Mukah
Anda boleh menikmati pemandangan yang indah sambil bermalas-malasan serta berkelah di sekitar pantai dengan panorama indah di Pantai Mukah. Pantai ini merupakan salah satu daripada beberapa perkara yang menarik di Mukah, anda tidak sepatutnya terlepas melawat pantai ini. Tambahan pula suasana pemandangannya pada malam hari memang cantik dan mengujakan.
-
Masjid Setia Raja
Seni bina dan reka bentuknya pasti menambat hati sesiapa sahaja yang datang ke rumah Allah ini. Terasa ketenangan dan ketenteraman yang menusuk kalbu usai berkunjung ke tempat menarik di Mukah ini. Anda juga boleh beribadat dan menunaikan solat di sini.
5. Kilang Memproses Sagu
Palma sagu berkembang pesat di tanah gambut Delta Rajang pada abad ke-19. Pada awal abad ke-20, harga tepung sagu menjunam, menyebabkan kilang ini ditutup. Bukan sahaja ia telah mendominasi langit bandar pedesaan ini, struktur ini juga menjadi mercu tanda ikon selama beberapa dekad lamanya.
Di Mukah dan Dalat terdapat banyak ladang dan kilang memproses sagu kerana pokok sagu tumbuh dengan subur sekali di negeri majoriti Melanau ini. Kerja-kerja untuk mendapatkan tepung daripada batang sagu telah diusahakan dan diwarisi oleh nenek moyang mereka sekian lama. Jom melawat tempat menarik di Mukah yang berkonsepkan tradisional dan moden ini!
-
Jambatan Batang Mukah
7. Boulevard Setia Raja
Jalan ini juga menjadi rumah kepada beberapa bangunan mercu tanda di Mukah yang boleh anda lawati semasa membeli-belah di sini. Terdapat gerai-gerai menjual pelbagai barangan menarik serta ada juga beberapa tempat makan yang pastinya menyediakan juadah yang lazat buat anda.
-
Taman Tanjung Pedada
Anda boleh melihat keindahan hutan bakau dan menikmati udara yang cukup segar di sini. Perkampungan kecil yang menarik ini bukanlah destinasi pelancongan yang tepat, tetapi tempat yang sesuai untuk mendapatkan gambaran gaya hidup tempatan. Dikelilingi oleh keindahan semulajadi yang menakjubkan, melawat Taman Tanjung Pedada memberi kenangan berkonsepkan tradisional buat anda kerana anda dapat mempelajari soal budaya dan kehidupan orang Melanau.
-
Pesta Mukah Kaul
Tahukah anda, perayaan pesta Mukah ini berlangsung selama seminggu di tebing sungai Mukah? Pada masa lalu, Kaul diadakan sebagai upacara keagamaan untuk menghiburkan semangat laut, tanah, hutan dan ladang justeru menjadikannya festival paling penting dalam kalendar tradisional Melanau.
Sekiranya anda melawat Mukah pada bulan April, anda akan mendapati bahawa terdapat banyak gerai berbeza yang menjual hidangan tradisional di pinggir sungai. Selain itu, anda dapat mencuba pakaian tradisional orang melanau, bermain permainan tradisional seperti Tibau, menikmati makanan tradisional Mukah dan menyelami sedikit sebanyak budaya orang Mukah di sini.
10. Riverside Seafood Restaurant
Daya tarikan utama menu mereka adalah hidangan Melanau, umai, yang dimasak dengan segar hasil campuran bumbu. Restoran ini akan menjadi sesak dengan kehadiran ramai orang pada waktu malam. JIika anda ke sini bersama keluarga, seeloknya anda membuat tempahan meja terlebih dahulu.
-
Medan Mall Mukah
12. Kingwood Resort Mukah
Dari segi peginapan, bilik tidur dan makanan yang turut disediakan di Resort ini memang gred A dan tidak mengecewakan. Sedihnya jika bercuti hanya sehari dua di sini, lebih lama lebih seronok kan? Anda boleh keluar pada malam hari untuk menikmati suasana angin pantai malam sambil memancing atau melihat pemancing memancing di pantai. Dapatlah anda melakukan aktiviti outdoor juga sepanjang berada di sini.
Rujukan: