tempat menarik di bukit tinggi indonesia
|

10 Tempat Menarik di Bukit Tinggi, Indonesia Tumpuan Ramai Pelancong

Bukit Tinggi tidak pernah dinafikan sebagai kota ketiga terbesar di Sumatra Barat, Indonesia, dengan populasi penduduknya yang lebih dari 124.000 orang.  Bukit Tinggi ini mempunyai keluasan 25.24 km². Bukit Tinggi yang dahulunya dikenali sebagai Fort de Kock dan pernah digelar “Parijs van Sumatera” ini adalah ibu kota Indonesia ketika Pemerintahan Darurat Republik Indonesia (PDRI).  Sebelum menjadi ibu kota PDRI, kota ini merupakan pusat pemerintahan, baik pada zaman Hindia, Belanda dan masa penjajahan Jepun.

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Imej via [wisatalengkap]
Bukit Tinggi juga dikenali sebagai bandar pelancongan utama di Sumatera Barat malah ia merupakan salah satu tempat kegemaran pelancong di rantau ini untuk berekreasi sambil melancong.  Terdapat banyak tempat menarik di Bukit Tinggi, Indonesia yang penuh kehijauan dan menakjubkan ini.  Artikel kali ini akan akan saya kongsikan  kepada anda tempat-tempat menarik di Bukit Tinggi, Indonesia.

 

  1.  Jam Gadang

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Imej via [wisatania]
Jika London terkenal dengan menara jamnya yang dikenali sebagai Big Ben, di Bukit Tinggi pula terdapat sebuah menara jam yang dikenali sebagai Jam Gadang.  Menara jam setinggi 26 meter ini merupakan monumen paling terkenal di bandar ini, yang telah dibina pada tahun 1926.  Jangan kata anda datang ke Bukit Tinggi tetapi tidak melawat Jam Gadang.  Di samping melakukan aktiviti bergambar, anda juga boleh menyewa kereta kuda berharga  Rp 100,000 untuk bersiar siar berdekatan Jam Gadang.  Seramai 2 hingga 4 orang boleh menaiki kereta kuda ini bersama-sama dan anda akan dibawa melawat sekitar kawasan ini selama sejam. Disebabkan lokasi ini berdekatan dengan kawasan membeli-belah, bandar ini sentiasa kelihatan meriah dan sibuk dipenuhi dengan pengunjung.

 

2.  Istano Basa Pagaruyung

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Imej via [wikipedia]
Istana Pagaruyung atau dari bahasa Minangkabau iaitu Istano Basa Pagaruyuang adalah istana dari bekas Kerajaan Pagaruyung. Ia terletak di Kecamatan Tanjung Emas di kota Batu Sangkar, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Istana ini dibina dalam gaya seni bina vernakular tradisional Minangkabau Rumah Gadang tetapi mempunyai beberapa unsur atipikal termasuk struktur tiga tingkat dan dimensi yang lebih besar berbanding dengan rumah gadang yang biasa.  Pasti anda pernah tahu bahawa orang Minang biasanya hidup dalam masyarakat monarki di mana raja-raja dan permaisuri memerintah tanah itu.

Begitulah dimana Istano Basa Pagaruyung (Pagaruyung Grand Palace) adalah warisan tinggalan sejarah kerajaan Minangkabau. Istana ini pernah dibina semula beberapa kali disebabkan oleh bencana alam dan kemalangan. Anda boleh masuk ke istana ini untuk melihat barang-barang peninggalan kebudayaan kerajaan Pagaruyung malah anda juga dapat melihat mahligai, singgahsana raja, bilik-bilik puteri dan pelbagai lagi. Nak sewa pakaian adat minang dan berfoto untuk mengabdikan momen indah di sini, anda memang dialu-alukan!

 

3.  Puncak Lawang

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Imej via [Sumbartoday]
Puncak Lawang merupakan salah satu nama suatu puncak dataran tinggi di Kabupaten Agam Sumatera Barat.  Dari tempat menarik di Bukit Tinggi ini, anda dapat melihat  birunya Danau Maninjau. Puncak Lawang ini terletak di Kecamatan Matur, Kabupaten Agam, Sumatra Barat.  Dari sini kita dapat melihat pemandangan Danau Maninjau secara jelas dan pasti anda akan lebih teruja. Di Puncak Lawang, terdapat Taman Lawang yang baru ditubuhkan iaitu kawasan perhentian rehat yang menawarkan penginapan, dewan mesyuarat dan pakej aktiviti. 

Lawang Park menawarkan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan, termasuk pemandangan indah Lake Maninjau. Bayangkan anda dikelilingi dengan hamparan bukit dan pokok-pokok kehijauan, panorama yang memukau dan menghirup udara yang segar. Banyak aktiviti menyeronokkan disediakan disini misalnya flying fox, melintasi jambatan goyang, menaiki paralayang dan segala aktiviti lasak yang menarik.

 

4. Penenun Sikek Pandai Sikek

tempat menarik di bukit tinggi
Imej via [Winny Marlina]
Pandai Sikek mempunyai 27 usahawan yang terlibat dalam pembuatan songket (kain tenunan) dengan sulaman benang emas dan perak. Seramai 857 orang penenun yang kebanyakkan adalah wanita muda berkerja disini. Pandai Sikek adalah salah satu daripada tujuh buah kampung di Minangkabau yakni wilayah di Sumatera Barat yang mempunyai ciri etnik khas di mana kemahiran tenun telah diperturunkan dari generasi ke generasi.  Terdapat lebih daripada 200 motif songket dihasilkan di kampung ini, ia mewakili nilai-nilai falsafah orang Minangkabau seperti motif pinggiran, itiak pulang patang (itik merangkak ke koperasi mereka) yang bermakna perpaduan. Di tepi-tepi jalan Pandai Sikek ini banyak kedai menjual kain songket yang sangat cantik tenunannya.

 

5.  House Of Mohammad Hatta

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Imej via [TravelKompas]
Kelahiran Mohammad Hatta adalah kebanggaan bagi bandar ini kerana dia adalah salah seorang bapa pengasas Indonesia dan naib presiden pertama negara.  Pihak kerajaan  menjaga warisannya, mendirikan patung-patung dan muzium yang didedikasikan untuk mengingatinya.  Tempat menarik di Bukit Tinggi Indonesia ini merupakan sebuah rumah yang kelihatan seperti bangunan sederhana pada pandangan pertama, tetapi lebih daripada satu abad yang lalu ia dianggap sebagai rumah yang agak mewah.

Tempat menarik di Bukit Tinggi ini kini menjadi menjadi muzium untuk anda lawati. Disini anda boleh mengenali sedikit sebanyak tentang kehidupan seorang Mohammad Hatta. Pengunjung dapat mengetahui pelbagai informasi dan dokumentasi yang dipamerkan termasuklah salasilah keluarga Mohammad Hatta. Disebabkan beliau seorang yang sangat dikagumi oleh masyarakat minang, Mohammad Hatta bukan sahaja dikenang melalui rumahnya, bahkan ada beberapa tempat dibina khusus dibina untuk mengenang jasanya seperti monumen, perpustakaan dan istana.

 

6.  Ngarai Sianok

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Ime via [Pegipegi]
Ngarai Sianok adalah sebuah tempat menarik di Bukit Tinggi Imdonesia yang merupakan lembah curam yang terletak di perbatasan kota Bukit Tinggi.  Lembah ini berbentuk memanjang dan berlekok sebagai garis sempadan kota dari selatan ngarai Kota Gadang sampai ke negeri Sianok Anam Suku. Pergh! Namanya yang pelik tetapi tempat menarik di Bukit Tinggi ini mempunyai pemandangan yang sangat indah dan juga menjadi salah satu tarikan utama pelancong.  Untuk pengetahuan anda, Ngarai Sianok yang panjang ini sebenarnya telah memisahkan Pulau Sumatera menjadi dua bahagian memanjang yang turut dikenali sebagai patahan Semangko.

Pada zaman kolonial Belanda suatu masa dahulu, jurang ini disebut sebagai karbouwengat atau kerbau sanget.  Ini kerana terdapat banyak kerbau liar yang hidup bebas di dasar Ngarai Sianok ini.  Anda juga dapat melihat banyak tumbuhan langka di tepinya seperti rafflesia dan tumbuhan ubat-ubatan serta daun-daun herba. Fauna yang kerap ditemui juga adalah seperti siamang, monyet ekor panjang,  simpai, babi hutan, rusa dan juga tapir. Dari atas puncak anda dapat menyaksikan keindahan alam semulajadi yang terbentang luas dan menenangkan. Jadi apa tunggu lagi, jom sediakan keperluan anda untuk menikmati pengembaraan yang menakjubkan ini.

 

7.  Pasar Aur Kuning

Imej via [syarliz]
Tidak sahlah jika berpergian ke tempat orang tetapi tidak membeli apa-apakan. Pasar Aur Kuning menjanjikan kepada anda barang yang murah lagi berkualiti. Segala macam ada dijual di pasar ini seperti pakaian, perhiasan, kain sulam, cenderahati sehinggakan langsir tingkap sekalipun ditawarkan dengan harga yang murah. Pasar ini sememangnya terkenal dengan pembeli luar seperti Malaysia, Brunei dan Singapura.  Jangan lupa juga untuk turut merasa makanan asli minang yang dijual di gerai berhampiran.

 

8.  Rumah Makan Lamun Ombak

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Imej via [wikipedia]
Rumah makan ini sangat terkenal di daerah ini dan sering menjadi tempat makan pilihan tokoh-tokoh penting yang berkunjung ke Bukit Tinggi.  Tempat menarik di Bukit Tinggi ini bertempat di sebuah kedai bersaiz sederhana yang boleh menampung sehingga 50 orang. Ia agak kecil berbanding dengan cawangan lain di sekitar bandar tetapi rasa juadah disini tidak terhad seperti saiz kedainya.  Sekiranya anda ingin merasai makanan asli terbaik minang, disinilah tempatnya. Antara juadah yang popular disini adalah rendang daging, gado-gado, ayam pop, sambal hijaunya yang menyengat, palai bada dan pelbagai lagi.  Segala kemudahan seperti penghawa dingin, meja makan yang besar, musolla, tandas dan semuanya sempurna disini.

 

9.  Muzium Rumah Hamka

tempat menarik di bukit tinggi, indonesia
Imej via [wikipedia]
Muzium Rumah Kelahiran Buya Hamka adalah muzium yang terdapat di sekitar tepian Danau Maninjau, berlokasi di Kabupaten Agam, Sumatera Barat.  Salah sebuah tempat menarik di Bukit Tinggi Indonesia ini mula dibangunkan pada tahun 2000 dan dirasmikan pada tahun 2001 oleh Gabenor Sumatera Barat pada waktu itu, iaitu Zainal Bakar.  Sesuai dengan namanya, muzium ini mempamerkan  koleksi benda-benda peninggalan Buya Hamka.   Bangunannya merupakan rumah yang ditempati Hamka sejak lahir lagi hingga sebelum Beliau pindah ke Padang Panjang.

Muzium ini terletak pada ketinggian yang lebih tinggi 5 meter dari jalan raya di sekitarnya. Reka bentuk muzium ini mengikut bentuk seperti Rumah Gadang dengan atap bergonjong dan hiasan ukiran Minang.  Tempat menarik di Bukit Tinggi ini beroperasi bermula jam 8.00 hingga pukul 15.00 waktu setempat.  Dari sekian orang yang mengunjungi muzium ini, kebanyakan mereka bukanlah orang Indonesia, tetapi ramai dari Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam.  Anda boleh melihat ratusan buku, majalah, dan arsip-arsip tentang Hamka tersimpan di dalam almari kaca malah terdapat puluhan gambar di sepanjang dinding pada setiap sudut ruangan di muzium ini. Sedikit sebanyak tempat ini mampu membawa kita menyelam kisah jatuh bangunnya ulamak berkaliber ini.

 

10.  Rumah Gadang

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Imej via [jamgadang]
Tempat menarik di Bukit Tinggi, Indonesia yang satu ini pula lebih dikenali sebagai Rumah Gadang.  Rumah gadang atau rumah bagonjong bermaksud rumah adat dari Minangkabau.  Seni bina, pembinaan, hiasan dalaman dan luaran dan fungsi rumah mencerminkan budaya dan nilai-nilai Minangkabau. Di Sumatera Barat, rumah tradisional gadang mencerminkan penduduk Minangkabau dan telah menjadi simbol kebudayaan Sumatera Barat serta Minangkabau. 

Anda akan menemukan banyak rumah atau bangunan yang dibina berdasarkan konsep rumah gadang di sekitar kawasan ini.  Sebuah rumah gadang berfungsi sebagai kediaman, dewan untuk pertemuan keluarga dan juga kegiatan upacara.  Rumah ini merupakan pusat dokumentasi mengenai budaya serta adat istiadat orang minang. Disini juga mereka menyediakan pakaian asli minang untuk anda cuba dan yang paling penting anda boleh bergambar bersama Rumah Gadang ini.

tempat menarik di bukit tinggi indonesia
Imej via [travellingyuk]
Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai tempat menarik di Bukit Tinggi, Indonesia yang boleh anda temukan di sini. Tempat menarik yang kami kongsikan diatas sesuai dijadikan lokasi percutian bersama keluarga dan rakan memandangkan kos bajet yang diperlukan agak rendah berbanding negara-negara lain.  Ia juga merupakan tempat menarik yang menjadi tumpuan ramai pelancong! Selain dari tempat menarik di Bukit Tinggi Indonesia, jom baca tempat menarik di Songkhla dan tempat menarik di Tenom pula.

 

Rujukan:

  1.  wikipedia
  2. TripAdvisor
  3. Aroenjaya

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *