20 Taman Tema Air Di Malaysia (Best Dan Yang Terkini)
Taman tema air merupakan salah satu lokasi percutian yang dipilih terutama sewaktu musim cuti sekolah. Ramai ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak ke taman tema air, iaitu syurga bagi kanak-kanak bermain air.
Di Malaysia, terdapat banyak taman tema air yang menarik dan popular. Bahkan ada yang memperoleh record tersendiri hingga ke peringkat dunia.
Hampir setiap negeri mempunyai taman tema air. Nak tahu yang mana paling dekat di lokasi anda dan paling menarik di Malaysia, kami senaraikan 20 taman tema air yang perlu anda kunjungi.
Sunway Lagoon, Selangor
Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang sangat terkenal di Asia Tenggara. Malah ia pernah menjadi lokasi yang mempunyai luncur air terbesar di dunia iaitu Vuvuzuela dengan ketinggian seperti bangunan 11 tingkat.
Sunway Lagoon mempunyai enam zone iaitu taman tema, taman tema air, taman hidupan liar, scream park, Nickelodeon Lost Lagoon dan X Park dengan lebih 80 tarikan atau permainan yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Berkeluasan 88 ekar, Sunway Lagoon turut menawarkan pakej penginapan iaitu hotel dan glamping. Keunikan glamping di sini adalah pengunjung dapat berkhemah di tengah-tengah taman tema serta disediakan pelbagai kemudahan lengkap dengan pakej berbaloi.
Lokasi: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Rabu-Isnin (10.00 am-6.00 pm) | Ditutup setiap Selasa kecuali cuti umum & cuti sekolah
Harga tiket: Dewasa (RM 213) | Kanak-kanak (RM 178) | Warga Emas (RM 178)
Wet World Water Park, Selangor
Terletak berhampiran Taman Tasik Shah Alam, Wet World Shah Alam sering dikunjungi seisi keluarga yang tinggal di ibu kota. Terdapat 10 tarikan dan permainan air di sini. Harga tiket juga sangat berpatutan.
Pelbagai aktiviti air pengunjung perlu cuba seperti Super Hurricane, Thunder River, Pirade Challenge dan lain-lain. Kesemuanya boleh dicuba oleh kanak-kanak mahupun dewasa.
Lokasi: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Ditutup setiap Rabu kecuali cuti sekolah & cuti umum (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 37) | Kanak-kanak 90cm–130cm (RM 32) | Kanak-kanak Bawah 90cm (Percuma)
Bangi Wonderland, Selangor
Satu lagi taman tema air di Selangor yang menarik dan menyeronokkan semestinya Bangi Wonderland. Berkeluasan 12 ekar, terdapat 14 aktiviti air yang menyeronokkan seperti Anaconda Trail, Spriralax dan Body Slide.
Buat mereka yang suka akan aktiviti air yang lasak dan mencabar, jangan ketinggalan untuk menyertai Magic Funnel, The Fall, Wonderloop dan Boomerang! Pasti lebih menyeronokkan lebih-lebih lagi sertainya bersama yang tersayang.
Pelbagai kemudahan asas disediakan dengan selesa termasuk tandas, surau, lif, tandas oku, bilik persalinan dan sebagainya.
Lokasi: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi: Isnin, Rabu, Khamis & Sabtu (11.00 am-6.00 pm) | Sabtu, Ahad, cuti sekolah & cuti umum (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Dewasa & Kanak-kanak (RM 35) | OKU Dewasa (RM 28) | OKU Kanak-kanak (RM 22) | Warga Emas 60 Tahun Ke Atas (RM 28)
Waterworld I-City, Selangor
Pasti ramai yang tak tahu khususnya bukan penduduk Selangor bahawa di I-City juga ada taman tema air yang mempunyai pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan. Antaranya adalah Tornado Ride, Giant Jacuzzi, Children’s Aladdin Adventure Pool dan River Adventure.
Menariknya di sini, pelampung disediakan secara percuma buat pengunjung. Pengunjung perlulah memakai pakaian yang sesuai untuk memasuki taman tema ini. Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan di bawa masuk ke sini.
Lokasi: i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (11.00 am-6.00 pm) | Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Umum (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 38) | Kanak-kanak (RM 33)
Splash Mania Theme Waterpark, Selangor
Buat masa kini, Splash Mania Theme Waterpark yang merupakan taman tema air terbaru dijangkan beroperasi pada awal tahun 2023. Dikatakan terdapat 24 gelongsor air serta 15 daripadanya merupakan tarikan utama.
Terletak di lokasi yang strategik, pasti ramai yang mengunjunginya tidak kira pelancong tempatan mahupun antarabangsa.
Antara tarikan yang menjadi tumpuan di SplashMania semestinya gelongsor air multimedia yang dilengkapi audio dan LED iaitu Shaka Waka, Wild Rush, Realiti Maya dan banyak lagi! Layari Facebook atau Website Gamuda Cove untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai SplashMania!
Lokasi: Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Banting, Selangor
Legoland Water Park, Johor
Merupakan taman Lego terbesar di Asia, Legoland Malaysia juga mempunyai taman tema air yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Nak explore Legoland dalam satu hari memang tidak cukup. Oleh itu anda digalakkan menginap dan mengambil pakej penginapan agar anak-anak dapat mencuba kesemua aktiviti.
Legoland Water Park ini adalah taman air Lego yang terbesar di dunia. Sebanyak 20 tarikan dan aktiviti air termasuk gelongsor yang menyeronokkan buat pengunjung.
Paling menarik, banyak tarikan atau permainan di Legoland Water Park yang unik dan sukar dijumpai di taman tema air yang lain. Ada yang santai dan ada juga yang lasak seperti LEGO Slide Racer, Twin Chasers, Wave Rider dan lain-lain.
Lokasi: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 149) | Kanak-kanak (RM 129) | Kanak-kanak bawah 3 tahun (Percuma)
Austin Height Water & Adventure Park, Johor
Johor memang terkenal dengan beberapa taman air yang unik dan memukau termasuklah Austin Height Water & Adventure Park. Vibe di taman air ini lebih menenangkan kerana dikelilingi tumbuhan menghijau.
Antara tarikan yang mendebarkan tetapi seronok untuk dicuba adalah Supersurf, Uphill Battle, Rainbow Hood, G-Force Alley dan sebagainya. Untuk kanak-kanak, mereka boleh bermain di Splash World dan Hola-Flora TOTs Play.
Lokasi: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 10.00 am-7.00 pm
Harga tiket: Atas 120cm (RM 80) | Kanak-kanak bawah 3 tahun (RM 12) | 120CM & ke bawah (RM 70) | Warga emas (RM 70)
Adventure Water Park Desaru Coast, Johor
Terletak di Bandar Penawar, Johor, Adventure Water Park Desaru Coast mempunyai keunikan tersendiri iaitu mempunyai water coaster pertama di wilayah ini serta salah satu kolam berombak terbesar di dunia.
Terdapat lebih 20 tarikan dengan 5 zon permainan ditawarkan iaitu Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach dan Kids Ahoy. Kanak-kanak yang berumur 1 hingga 12 tahun boleh menikmati permainan di Kids Ahoy yang mempunyai 13 gelongsor air yang sesuai untuk umur mereka.
Bagi dewasa, jangan ketinggalan untuk menyertai permainan air seperti Riptide, Kraken’s Revenge, Surf Wall, The Tempest dan lain-lain yang lebih mencabar dan mendebarkan. Jika pengunjung mahukan ruangan berteduh dan bersantai, pengunjung boleh menyewa Beachside Cabanas yang selesa.
Lokasi: Laman Desaru Coast, Jalan Desaru, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Dewasa, Kanak-kanak & Warga Emas (RM 75)
Lost World Of Tambun, Perak
Terletak di Ipoh, Perak, Lost World Of Tambun juga merupakan salah satu taman tema air terkenal di Malaysia. Pelbagai tarikan di taman air termasuklah Tube Raiders, Cliff Racer, Kids Explorabay, Jungle Wave Pool dan sebagainya.
Tak cukup dengan taman air, terdapat beberapa zon menarik untuk dilawati yang penuh dengan tarikan menarik termasuklah Petting Zoo, Amusement Park, Tin Valley, Tiger Vallery, Adventure Park dan Hot Springs & Spa By Night.
Keunikan taman air di sini adalah dibuka hingga 11.00 malam. Jika anda tidak mempunyai tiket untuk ke hot spring, anda boleh terus berada di sana hingga ke malam. Banyak kemudahan asas terdapat di dalam kawasan tersebut termasuk surau, tandas dan bilik persalinan.
Lokasi: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (11.00 am-11.00 pm) | Sabtu Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (10.00 am-11.00 pm) | Ditutup pada Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah
Bukit Merah Laketown Resort, Perak
Berkeluasan 11 ekar, taman air di Bukit Merah juga tak kurang hebatnya. 14 tarikan dan permainan di taman air ini sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa yang pasti membuat seisi keluarga bermain air dengan riang.
Bagi dewasa, rugi jika tidak mencuba Giant Tube Rides, Racer Slides, Crazee Cone, Giant Buble Slide dan Boomerang. Aktiviti air yang sesuai untuk kanak-kanak pula semestinya Family Splash Adventure, Activity Pool dan Kids Adventure River.
Jika sudah puas bermain air, anda boleh mengunjungi tempat menarik di sekitar luar taman air iaitu Laketown Pets Park dan Laketown Recreation Park. Tarikan utama di sini semestinya Pulau Orang Utan. Tak cukup dengan itu, anda boleh menginap di sini sama ada di hotel mahupun Kampung Air iaitu penginapan terapung yang eksklusif.
Lokasi: Jalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak
Waktu operasi: Isnin, Rabu & Khamis (11.00 am-6.00 pm) | Jumaat-Ahad, Cuti sekolah & cuti umum (10.00 am-10.00 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 25) | Kanak-kanak (RM 20)
Escape, Penang
Escape merupakan taman tema air terkenal di Malaysia dan bertaraf antarabangsa. Mana tidaknya, seperti ramai yang tahu di sini terdapat gelongsor air terpanjang di dunia iaitu dengan 1 kilometer. Banyak tarikan yang santai dan ada juga permainan yang mendebarkan.
Selain itu, terdapat 30 tarikan atau permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak termasuklah Cracker Curves, Toddler’s Pool, Kid’s Tunnel Spiral Ride dan Sudden Drop. Tak cukup dengan itu, permainan air yang perlu dicuba oleh dewasa adalah Banana Flip, Atan’s Jump, Family Twister dan Mega Drop.
Nak cuba kesemua permainan dalam satu hari memang tidak sempat. Oleh itu, jika anda mahu membawa anak-anak ke sini, pastikan anda tahu aktiviti yang perlu anda cuba terlebih dahulu serta lokasi permainan tersebut.
Lokasi: 828, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang
Waktu operasi: Selasa-Ahad (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Kanak-kanak (RM 97) | Dewasa (RM 147) |Warga emas (RM 97)
Bukit Gambang Water Park, Pahang
Merupakan salah satu tempat menarik di Pahang, Bukit Gambang Water Park kini kembali dibuka setelah ditutup lamanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sempena dengan pembukaannya, mereka menawarkan diskaun untuk harga tiket water park yang murah dan mampu milik.
Taman tema air ini terkenal dengan aktiviti air yang sangat sesuai untuk dilakukan bersama keluarga. Antara permainan air yang boleh dilakukan serentak bersama keluarga adalah Family Raft Ride, 6 Lane Racer, Penguin Island dan Coco Beach.
Kemudahan awam seperti surau, tandas, bilik mandi dan locker turut disediakan dengan selesa dan bersih. Jika lapar, singgah sahaja di restoran yang berdekatan.
Lokasi: Bukit Resort City, Jln Bukit Gambang Resort, 26300 Gambang, Pahang
Waktu operasi: Rabu-Jumaat (11.00 am-6.00 pm)| Sabtu, Ahad, cuti sekolah & cuti umum (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Kanak-kanak (RM 28) | Dewasa (RM 18)
Kubang Gajah Waterpark Temerloh, Pahang
Mencari taman tema air dengan harga bajet di Pahang? Anda memang perlu kunjungi Kubang Gajah Waterpark di Temerloh kerana mereka menawarkan aktiviti air serendah RM 10 sahaja. Walaupun harga bajet, namun tarikan dan perkhidmatan di sini memang memuaskan, sesuai dengan harganya.Â
Tempatnya memang luas merangkumi kolam sungai, kolam bayi, kolam gelongsor dan kolam paddle boat. Lengkap dengan kemudahan tandas, bilik persalinan, kafe, locker, surau dan sebagainya. Jika mahukan ruang berehat dengan lebih selesa, pengunjung boleh menyewa gazebo yang dilengkapi tikar, kipas, plug dan buaian bayi.
Menariknya di taman air ini, pengunjung boleh membawa masuk makanan dari luar untuk berkelah di sekitar kolam. Bukan itu sahaja, pakaian mandi juga bebas tetapi haruslah berpakaian sopan.
Lokasi: Waterpark Mini Kubang Gajah, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu operasi: Khamis-Selasa, ditutup pada Rabu kecuali cuti umum dan cuti sekolah (10.00 am-7.00 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 12) | Kanak-kanak (RM 10) | OKU & warga emas (RM 6)
Splash Out, Langkawi
Splash Out merupakan taman air pertama di Pulau Langkawi dan menjadi salah satu tempat menarik perlu dikunjungi ke Pulau ini. Berkonsepkan fantasi, hiasan dan warna binaan memang memukau dan menenangkan.
Terletak berhampiran Jeti Langkawi, ia berada di lokasi strategik yang mudah diakses oleh pelancong tempatan mahupun luar negara. Bukan itu sahaja, kemudahan juga lengkap dan selesa termasuklah tandas, surau, pondok rehat, kedai makan dan cenderamata.
Dibuka pada Disember 2019, taman air ini menyediakan 12 permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Antara aktiviti air yang perlu anda cuba adalah Sprinkle Island, Ragin’s Racer, Perfect Storm dan Shipwreck Falls.
Lokasi: 79, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Rabu-Ahad (11.00 am-7.00)
Harga tiket: Dewasa (RM 75) | Kanak-kanak (RM 55) | Warga emas (RM 40)
The Carnivall Waterpark, Kedah
Berada di kawasan Cinta Sayang Golf & Resort, The Carnivall Waterpark yang berkeluaasan 7 ekar ini mempunyai banyak tarikan menarik. Antaranya adalah Wall Climbing, Kids Area Play dan Lazy Pool. Bukan itu sahaja, ada 4 water coasters yang pasti membuatkan kanak-kanak riang bermainnya.
Gazebo dan ruangan bersantai juga disediakan dengan selesa buat pengunjung. Bagi ibubapa yang tidak mahu mandi bersama anak-anak, anda boleh berehat di bawah khemah berdekatan dengan setiap kolam sambil memantau anak-anak.
Lokasi: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Fantasia Aqua Park, Kedah
Turut dikenali sebagai Fantasi Funtastik Aquapark, taman air ini paling meriah dan terkenal di Kedah. Berkeluasan 4.5 hektar, terdapat lima zon permainan air iaitu Children Splash Pad, Lazy River, Water Cave, Twin Water Slide dan kolam utama.
Jika ada yang tak tahu, tarikan utama di taman air ini semestinya Rumah Gergasi Musang King. Nak tahu apa yang menarik dengan tarikan tersebut? Jom kunjungi Fantasia Aqua Park.
Bukan aktiviti air sahaja yang ada, malah mereka menyediakan pusat refleksologi, aktiviti mencanting batik, karikatur dan zumba. Taman air ini boleh memuatkan 1500 pengunjung dalam satu masa.
Lokasi: Jalan Golf & Country Club 06000 Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah
Waktu operasi: Rabu-Isnin, ditutup setiap selasa kecuali cuti sekolah (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Dewasa & Warga emas (RM 15) | Kanak-kanak (RM 12)
Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka
Buat mereka yang tinggal atau melancong ke Melaka, Melaka Wonderland Theme Park and Resort memang perlu dikunjungi seisi keluarga sewaktu bercuti ke negeri ini.
Dikelilingi 360 hektar hutan rekreasi, taman air ini meliputi 11 permainan atau tarikan menarik seperti Tornado Chaser, Lazy cum Crazy River, Big Wave Pool dan Adventure Island. Kesemua permainan air ini sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.
Lokasi: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu operasi: Selasa-Ahad, dibuka setiap hari sewaktu cuti umum dan cuti sekolah (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Isnin-Jumaat (Dewasa: RM 36, Kanak-kanak: RM 29, Waga emas & OKU: RM 22.50)| Sabtu & Ahad (Dewasa: RM 40.50, Kanak-kanak: RM 24, Warga emas & OKU: RM 22.50)
A’Famosa Water Themepark, Melaka
A’Famosa Water Park juga tidak kurang hebatnya yang sering dipenuhi pengunjung tempatan mahupun luar negara. Berkeluasan 20 ekar, banyak tarikan ada di sini, bukan sahaja permainan air malah terdapat Animal World Safari.
Untuk kanak-kanak, mereka pasti gembira bermain di Arabian Village, Kids Adventure Pool, Family Raft dan Lazy River. Bagi dewasa yang mahukan aktiviti air yang mencabar, jangan lepaskan peluang sertai Big Ice Cream, Wa Ha Ha, Hula Hula dan High Speed Ride.
Lokasi: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Waktu operasi: Rabu-Isnin (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Dewasa (RM 45) | Kanak-kanak (RM 38)
Taman Air Splash, Kelantan
Jangan risau, di pantai timur juga ad ataman tema air yang menarik dan salah satunya berada di Kelantan iaitu Taman Air Splash. Turut dikenali sebagai Taman Indra Petra, taman air ini adalah taman air pertama di Kelantan.
Kawasannya tidak begitu luas, namun cukup untuk puaskan hati anak-anak bermain air. Terdapat satu kolam yang luas untuk dewasa dan kanak-kanak disertakan dengan beberapa gelongsor. Taman air ini akan ditutup sekiranya cuaca buruk. Oleh itu, dapati perkembangan semasa di Facebook Taman Indra Petra at Taman Air Splash.
Lokasi: Taman Air Splash, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Ahad – Khamis (10.00am- 6.00pm) | Sabtu  (10.00am- 6.30pm) | Jumaat (10.00 am-12.30 noon, 2.30 pm – 6.30 pm)
Harga tiket: 4 tahun-17 tahun (RM 10.00) | 18 tahun ke atas (RM 7) | OKU (Percuma)
Indah Jaya Water Park, Sabah
Ada yang mencari taman air di Sabah? Anda boleh ke Indah Jaya Water Park iaitu taman air yang terkenal di Sabah yang penuh dengan keriangan.
Terletak di Sandakan, banyak tarikan atau permainan air buat anak-anak walaupun kawasannya tidaklah begitu luas seperti taman air yang lain. Kemudahan asas turut disediakan dengan bersih dan selesa termasuklah tandas, surau, parkir dan gerai jualan.
Lokasi: Indah Jaya Recreation Club, Jalan Lintas Selatan, 90000 Sandakan, SabahWaktu operasi:
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-6.00 pm)
Harga tiket: Rabu-Jumaat (RM 12) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah (RM 14)
Buat pengetahuan anda, harga tiket taman tema air di atas tertakhluk untuk seorang dan satu hari sahaja. Tambahan pula, ada permainan atau tarikan yang terhad untuk ketinggian tertentu. Lebih banyak informasi dan pakej dengan harga berbaloi boleh anda dapati di website rasmi taman air tersebut.
Jom bawa anak-anak dan keluarga bercuti ke taman tema air terdekat dan rasaikan kelainan serta keunikan di setiap taman air tersebut. Tunggu apa lagi? Jom survey sekarang!
Mencari taman tema yang lain di Malaysia? Ini tempat yang anda perlu kunjungi untuk dekat bersama alam!