Redmi Note 14 Series adalah keluaran jenama Xiaomi yang mempunyai kualiti tak dijangka. Selain dari harga, dengar kata telefon ini lengkap dengan skrin yang lawa, prestasi padu, kamera best dan bateri tahan lama. Betul ke?
Jom tengok review Redmi Note 14 Series ini. Jika anda mencari telefon baru yang tak cecah harga flagship tapi tetap padu fungsinya, jom tengok apa yang menarik tentang siri ini!

Sama macam generasi sebelum ni, Redmi Note 14 Series ada beberapa model yang boleh dipilih mengikut bajet dan keperluan anda. Antara yang berikut, mana satu pilihan anda?
Antara siri Redmi 14 ini merangkumi beberapa model, termasuk Redmi Note 14, Redmi Note 14 Pro, dan Redmi Note 14 Pro+.
Redmi Note 14 Series kali ni memang nampak lebih elegan dan premium. Dengan bingkai aluminium dan belakang kaca Gorilla Glass, telefon ni bukan je tahan lasak tapi juga nampak mewah.
Dari segi skrin, Redmi Note 14 Series guna AMOLED 6.67 inci dengan resolusi FHD+. Bagi model Pro dan Pro+, skrin dia melengkung (curved display), nampak lebih stylish! Nak tahu apa yang best?

Redmi Note 14 Series ni memang laju sebab guna cipset terbaru. Gabung dengan RAM sampai 12GB dan storan UFS 3.1 sampai 512GB, pastinya telefon ni boleh buat banyak benda serentak tanpa lag!
Bagi gaming, Redmi tambah sistem LiquidCool Technology 2.0, jadi walaupun main game berat, tapi telefon ni tak cepat panas.
Bahagian kamera ni memang Redmi bagi upgrade besar. Dengan Xiaomi AI Image Engine, gambar lebih tajam, warna lebih realistik, dan mod malam lebih power.
Nak buat video atau vlog, telefon ni support rakaman video 4K 30FPS! Untuk swafoto, Redmi guna kamera 16MP, cukup sharp untuk selfie dan video call.

Tahu tak, sebenarnya kapasiti bateri besar memang kelebihan Redmi Note 14 Series. Dengan cipset baru yang lebih menjimatkan tenaga, anda boleh pakai seharian tanpa risau bateri cepat habis. Jom tengok berapa banyak bateri dan pengecasan Redmi Note 14 series.
Redmi Note 14 Series menggunakan HyperOS berasaskan Android 14, bagi pengalaman yang lebih lancar dan responsif. Antara ciri menarik adalah AI Smart Assistant, Multi-tasking mode dan Game Turbo Mode.
Dengan adanya AI Smart Assistant, ia akan memudahkan kerja harian, buka banyak aplikasi pun tak lag dan tiada masalah.
Selain tu, telefon ni juga support WiFi 6, Bluetooth 5.3, 5G, dan lengkap dengan stereo speaker dengan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih padu.

Dengan skrin cantik, prestasi laju, kamera mantap dan bateri tahan lama, telefon pintar mid-range ini memang berbaloi. Jom lihat antara ringkasan keistimewaan Redmi Note 14 Series.
Antara kekurangan telefon pintar ini adalah ia tiada slot microSD dan tidak ada bicu audio 3.55 (bagi model Pro+)
Apa-apapun Redmi Note 14 siri ini adalah telefon yang harga mid-range terbaik sesuai untuk anda upgrade telefon.
Jom baca juga,
Spesifikasi Penuh Xiaomi 15 Ultra | Telefon Flagship Terbaik
Xiaomi Mix Flip Telefon Lipat Premium Teknologi Canggih?
Review Realme GT 7 Pro, Telefon Prestasi Tinggi Harga Berpatutan!