BERAPA LITER AIR KENCING ADA DALAM KOLAM RENANG?

Awas! Kepada mereka yang sangat gemar mandi dalam kolam renang wajar baca info ini. Ianya boleh dijadikan sebagai peringatan bersama untuk mengelakkan masalah dimasa akan datang. Tahukah anda berapa liter air kencing ada dalam kolam renang?

Memetik laporan Sinar Harian Online, para penyelidik di Kanada kini telah melakukan uji kaji terhadap tahap pencemaran urin atau air kencing yang terdapat sesebuah kolam renang. Hasil penemuan daripada ujian tersebut tidaklah begitu memberansangkan.

Penyelidik daripada Universiti Alberta telah melakukan ujian untuk menunjukkan tahap pencemaran urin di mana sebanyak 250 sampel melibatkan 31 kolam renang dan tab air panas di dua bandar sekitar Kanada dikumpulkan untuk penyelidikan tersebut.

Keputusan mendapati, kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air dengan kira-kira 1/ 3 keluasan kolam renang Olimpik, dicemari 75 liter urin manakala kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan urin.

Menerusi kajian tersebut, para penyelidik mengukur tahap pemanis tiruan, asesulfam-K (ACE), yang melepasi sistem tubuh badan secara menyeluruh yang dikenal pasti sebagai ‘penanda aras tahap urin yang ideal’.

Biarpun urin secara saintifiknya tidak memudaratkan (steril), bagaimanapun, keberangkalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia di dalam kolam telah mencetuskan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang akan dialami pengguna fasiliti awam tersebut.

Ok lah. Dari hasil kajian itu, ia tidaklah membahayakan secara terus. Namun ia tetap dibimbangi sekiranya ada kesan sampingan lain akibat pelbagai campuran yang ada dalam kolam renang.

Ia mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa. Tetapi anak-anak kecil yang selalu ‘minum’ air kolam mungkin akan merasa kesannnya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *