10 Tempat Menarik Di Besut, Terengganu Wajib Anda Datang [CEPAT]
Besut merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Terengganu, Malaysia. Tepatnya, bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan manakala Laut China Selatan di sebelah timur. Daerah Besut berkeluasan 123,367.8 hektar persegi termasuk ibu daerah Besut iaitu Jerteh. Kedudukan geografinya dibahagikan sebanyak 15 mukim.
Petempatan utama dalam daerah ini pula ialah Alor Lintah, Apal, Jabi, dan juga Jerteh. Sekilas pandang Besut pasti kelihatan biasa-biasa sahaja bagi anda tetapi sebenarnya terdapat banyak tempat yang sangat menarik dan wajib anda singgah jika berkunjung ke sana. Bahkan saya syorkan agar anda datang ke Besut sekiranya anda sedang berkunjung ke Terengganu. Artikel kali ini, ingin saya senaraikan beberapa tempat menarik di Besut yang wajib anda datang.
-
Air Terjun 5 Tingkat, Besut
Pelbagai aktiviti boleh anda lakukan disamping dikelilingi alam semulajadi flora dan fauna. Terasa nyaman sekali. Bukan hanya berkelah sahaja, malah anda boleh mencuba beberapa kemudahan yang disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan , jambatan gantung , pondok informasi dan banyak lagi. Tempat menarik di Besut Terengganu ini membolehkan pengunjung melakukan aktiviti dari 8.00 pagi sehingga 5 petang. Bagi yang ingin melakukan aktiviti perkhemahan atau yang melibatkan hutan diminta agar menghubungi Unit Hutan Lipur Dan Reakreasi supaya mereka dapat menjamin dan memantau keselamatan anda.
Namun dinasihatkan kepada anda agar menjauhi kawasan air terjun sekiranya cuaca hujan. Hal ini kerana, akan terjadi kepala air yakni merupakan aliran air yang deras bercampur lumpur dan kayu. Sekiranya anda terjebak pasti akan lemas. Sangatlah merbahaya diingatkan.
-
Air Panas La Hot Spring, Besut
Air hangat yang mengalir menerusi lubang dari sebuah bukit seterusnya mengalir ke dalam kolam secara semulajadi dapat dilihat oleh pengunjung. Bagi yang ingin berehat disini, pihak La Hot Spring juga ada menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti chalet, restoran, tandas awam dan lain-lain lagi.
-
Pantai Air Tawar, Besut
Dek kerana keindahan laut dan pantainya yang bersih putih maka tidak hairanlah jika pantai ini tidak asing lagi bagi mereka yang bertandang ke Terengganu. Seperti biasa, tidak lengkaplah jika pantai semeriah ini jika tidak menyediakan kemudahan kepada pengguna. Di sini disediakan tandas, kerusi untuk bersantai, gerai-gerai jualan dan taman permainan kanak-kanak turut disediakan. Selalunya pada hujung minggu pantai ini akan dibanjiri dengan pelawat-pelawat yang datang seisi keluarga untuk berkelah.
Aktiviti air juga turut disediakan seperti jetski, banana boat. Setiap tahun juga wajib bagi penganjur pantai air tawar ini mengadakan Pesta Kebudayaan dan Kesenian. Kepada mereka yang ingin bermalam disini turut disediakan tempat penginapan berupa chalet dan homestay berhampiran pantai dengan harga yang berpatutan. Disamping itu, terdapat Jeti Pusat Perikanan LKIM Besut bersebelahan dengan pantai air tawar ada dijual ikan-ikan segar setiap hari.
4. Jeti Kompleks Perikanan LKIM, Besut
Kedudukan Besut sangat strategik kerana berdekatan dengan muara. Ditambah pula dengan keberadaan pekan Besut membuatkan ramai orang tempatan membeli barangan di sini. Pemborong dan peruncit di pekan yang merupakan tempat menarik di Besut ini kebanyakan datang dari Terengganu dan Kelantan. Semestinya di pekan ini sarat dengan hasil tangkapan laut yang pelbagai jenis. Setiap hari pasti mereka akan sibuk dengan pengunjung yang datang disebabkan harga barangannya yang murah serta kualiti daging yang segar.
5. Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jerteh
Masjid Kayu Ulul Albab ini merupakan masjid yang dibina menggunakan kayu cengal yang terletak di Kampung Seberang Jerteh. Senibina masjid ini menggunkan konsep senibina Melayu bercirikan agama Islam serta melambangkan keagungan dan ketamadunan tinggi nusantara. Besar masjid ini dianggarkan boleh menampung seramai 1500 jemaah dalam satu-satu masa.Mercu tanda kepada syiar Islam ini dibina dengan anggaran bernilai RM 12 juta kemudian dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin dan menamakannya sebagai Masjid Ulul Albab. Amat rugi rasanya jika anda tidak datang melihat kecantikan masjid ini dan beribadah di dalamnya dengan selesa. Bagi pelawat non muslim juga dialu-alukan untuk datang melihat tempat ibadah orang Islam yang merupakan tempat menarik di Besut ini.
-
Luncur Udara Paragliding Kota Putera
Jangan risau kepada yang baru ingin mencuba kerana faktor keselamatan amatlah dititik beratkan di Paragliding Kota Putera ini. Anda akan dikawal oleh seorang Paraglider yang berpengalaman. Benang yang digunakan dalam pembuatan payung luncur adalah Rip Stop Nilon iaitu antara benang yang terkuat dalam pembuatan fabrik. Ketika berada di udara anda akan dihidangkan dengan pemandangan panorama yang indah berlatar belakangkan bukit.
-
Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang, Besut
Banana boat adalah aktiviti paling popular dan digemari ramai pengunjung. Dengan hanya membayar sebanyak RM 20 sekepala, anda akan dapat menikmati kejernihan air laut Pulau Rhu. Kemudian, anda dibenarkan berenang dalam airnya yang bersih membiru.
-
Bukit Kluang, Besut
Di sepanjang jalan, anda dapat melihat tumbuh-tumbuhan hijau di sekitar anda disitu yang jarang ditemui di taman negara di Malaysia. Dari kejauhan, anda juga dapat melihat Pantai Bukit Kluang. Apabila tiba di puncak anda dapat menyaksikan matahari terbit dan terbenam. Pemandangan di atas sana sangat cantik terutamanya pada waktu pagi. Semestinya tempat menarik di Besut Terengganu ini mempunyai sebuah pemandangan yang cantik untuk bergambar.
9. Lata Belatan, Besut
Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang mencakupi kawasan seluas 20 hektar dan terletak 15 kilometer dari Bandar Jerteh. Seperti biasa aktiviti disini seperti berkelah, menikmati alam semulajadi, berkhemah dan juga boleh melakukan jungle tracking membuatkan anda wajib datang ke tempat menarik di Besut yang ekstrem ini.Terdapat juga gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Kawasan hutan pula terdiri daripada hutan asli jenis hutan Pamah Diptercorp. Untuk pengetahuan anda, hutan ini kaya dengan pokok-pokok jenis Diptercarp seperti Meranti dan Keruing.
Sekiranya anda seorang pendaki, anda boleh melakukan aktiviti pendakian ke puncak Gunung Tebu yang selalunya mengambil masa hampir 5 jam perjalanan. Tumbuh tumbuhan yang menarik di samping suhu cuacanya yang sejuk dapat menambahkan keterujaan pendaki untuk menghabiskan pendakian. Memang tak boleh tolak perlawaan kalau diajak mendaki ke sini!
-
Pulau Perhentian
Aktiviti seperti mandi-manda, berenang, memancing dan lain-lain lagi boleh anda lakukan disini. Umum menggemari bercuti disini kerana lokasinya strategik, menyeronokkan dan penuh dengan pelbagai aktiviti. Anda boleh menaiki bot untuk meneroka Pulau Perhentian yang terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil ini.
Antara Aktiviti Yang Boleh Anda Lakukan Di Pulau Perhentian
- Menyelam dan menikmati pemandangan coral laut atau dasar terumbu tiga
- Snorkeling dan Scuba
- Melihat tarian hula dan api yang diadakan di pantai
- Melawat perkampungan nelayan
- Melawat dan melihat suasana kincir angin
- Menaiki bot dan bersiar-siar di sekitar pantai dan pulau
- Bersantai di pantai, batu-batu dan bermandi-manda
Itulah 10 tempat menarik kami cadangkan kepada anda untuk dilawati sekiranya anda datang ke Besut. Sungguh rugi jika anda melepaskan peluang mengunjungi tempat-tempat menarik kerana kebanyakan tempat menarik di Besut, Terengganu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti di tempat-tempat lain.
Tempat menarik di Besut bertemakan alam semulajadi dan sesuai bagi anda yang inginkan ketenangan untuk bercuti. Ayuh, ajak keluarga ataupun rakan anda untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di Besut. Jemput baca Tempat Menarik di Semenyih dan Tempat Menarik di Tasik Kenyir.