Rata-rata penduduk dunia ini memang sudah terbiasa dengan restoran makanan segera ataupun fast food. Ini termasuklah dengan rakyat Malaysia ini sendiri. Bahkan restoran makanan segera di Malaysia ini juga tersangatlah banyak sampaikan ada masanya tak tahu nak jamu selera di restoran makanan segera yang mana satu. 

Yang penting, setiap restoran makanan segera ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Masing-masing ada menu ‘killer’ utama yang berbeza dengan menu restoran yang lain. Di sini kita boleh lihat dengan jelas bagaimana restoran makanan segera ini bersaing secara sihat tanpa ada niat untuk menjatuhkan. 

Disebabkan itu jugalah, jenama restoran makanan segera ini mampu bertahan lama dan mampu juga untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menjelajah hampir ke seluruh pelusuk dunia. Antara 10 restoran makanan segera yang boleh dianggap terbaik di Malaysia ini adalah : 

#1 McDonalds

McDonald’s menghidangkan makanan ringan mahupun sebagai makanan lengkap, nikmati makanan hebat dengan harga murah setiap hari! 100% diperakui HALAL. Mempunyai McD Drive-Thru di serata negeri.™.  Pelbagai jenis Burger yang lazat bersama aneka hidangan sampingan, ala- carte ataupun secara kombo , Sarapan Mcd, “Happy Meal” McDonald’s. 

#2 Kentucky Fried Chicken (KFC)

KFC adalah rangkaian restoran makanan segera dari Amerika yang bertempat dari Louisville, Kentucky, yang khusus dengan masakan ayam goreng. Ia adalah rangkaian restoran kedua terbesar di dunia setelah McDonald’s, dengan 22,621 lokasi di seluruh dunia di 150 negara sehingga Disember 2019.

#3 Pizza Hut

Imej via KLFoodie

Pizza Hut adalah rangkaian restoran Amerika dan francais antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1958 di Wichita, Kansas oleh Dan&Frank Carney. Syarikat ini terkenal dengan menu masakan Itali Amerika, termasuk pizza dan pasta, serta hidangan sampingan dan pencuci mulut.

#4 Texas Chicken

Restoran Texas Chicken Malaysia menampilkan menu Ayam Goreng Asli dan Pedas, Biskut Madu-Mentega serta makanan dan beraneka makanan pencuci mulut yang enak. Rangkaian ini ditubuhkan sebagai Church’s Fried Chicken To Go oleh George W. Church Sr., pada 17 April 1952, di San Antonio, Texas, di seberang jalan dari The Alamo.

#5 A&W 

Restoran A&W. adalah rangkaian restoran makanan segera Amerika yang dibezakan dengan burger,air minuman bergas ‘root beer’ dan ‘root beer float’ , wafel dan juga ‘coney hotdog’ mereka. A&W juga sinonim dengan maskot beruangnya sejak tahun 1974 yang bernama ‘ The Great Root Bear’

#6 Burger King

Imej via TripAdvisor

Burger King merupakan antara rangkaian restoran makanan segera hamburger multinasional Amerika selain Mcdonald’s. Bertempat di kawasan Miami-Dade County, Florida yang tidak diperbadankan, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1953 sebagai Insta-Burger King, sebuah rangkaian restoran yang berpusat di Jacksonville, Florida. Makanan hidangan popular mereka adalah Burger Whooper dan Burger Mushroom Swiss. 

#7 Nando’s

Nando’s adalah rangkaian restoran Afrika Selatan masakan utamanya merupakan  khusus dalam makanan Portugis-Afrika, termasuk ayam gaya peri peri panggang khas. Ditubuhkan di Johannesburg pada tahun 1987, Nando’s mengendalikan lebih 1,000 gerai di 35 negara. Logo mereka adalah simbol Portugis yang terkenal, Rooster of Barcelos.

#8 Domino’s

Domino’s Pizza, Inc., berjenama Domino’s, adalah rangkaian restoran pizza multinasional Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1960. Syarikat ini berpejabat di Domino’s Farms Office Park di Ann Arbor, Michigan, dan diperbadankan di Delaware. Domino’s merupakan rangkaian restoran pertama yang memberi penghantaran percuma di Malaysia untuk setiap pesanan. 

#9 Subway

Imej via KLFoodie

Subway adalah francais restoran persendirian Amerika yang menjual terutamanya sandwic dan salad . Ini adalah salah satu francais yang paling cepat berkembang di dunia dan, pada Oktober 2019, memiliki 41,512 lokasi di lebih dari 100 negara. Lebih daripada separuh lokasinya berada di Amerika Syarikat. Terkenal juga dengan variasi menu pencuci mulut yang sedap dalam bentuk biskut. 

#10 4 Fingers Crispy Chicken

4FINGERS adalah rangkaian restoran multi nasional Singapura yang mengkhususkan diri dalam ayam goreng bergaya Asia. Bertempat di Singapura, rangkaian ini didirikan pada tahun 2009 dan kini mempunyai 28 kedai di seluruh Asia, Oceania, dan Amerika Utara. 

Itulah dia antara 10 restoran makanan segera yang terbaik dan popular di Malaysia. Malah rasanya restoran ini boleh tersenarai sebagai sebahagian dari restoran makanan segera yang terbaik di seluruh pelusuk dunia. 

Apa yang lebih menariknya lagi, menu dari restoran ini boleh dinikmati dengan mudah dan cepat melalui servis fast food delivery Malaysia oleh Foodpanda. Jika restoran di atas adalah sebahagian dari restoran makanan segera terbaik, Foodpanda pula merupakan salah satu daripada servis penghantaran makanan yang terbaik di Malaysia. 

Melalui website dan aplikasi Foodpanda ini, sesiapa saja bebas untuk membuat pilihan jenis makanan yang ingin dinikmati. Tak kira dari restoran makanan segera yang mana satu mengikut kehendak masing-masing. Jika terasa nak makan pelbagai menu dari semua restoran ini dalam satu masa pun tak mengapa. Yang pasti, tak perlu nak bersusah payah kerana makanan yang diorder dengan sendiri boleh tiba ke rumah berkat servis penghantaran oleh Foodpanda ini. 

Penulis: Hafiz

Seorang yang suka travel dan kongsi tempat menarik di malaysia aptut anda pergi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.