Redmi Note 14 Series Review | Telefon Mid-Range Prestasi Tinggi
Redmi Note 14 Series adalah keluaran jenama Xiaomi yang mempunyai kualiti tak dijangka. Selain dari harga, dengar kata telefon ini lengkap dengan skrin yang lawa, prestasi padu, kamera best dan bateri tahan lama. Betul ke?
Jom tengok review Redmi Note 14 Series ini. Jika anda mencari telefon baru yang tak cecah harga flagship tapi tetap padu fungsinya, jom tengok apa yang menarik tentang siri ini!

Varian Redmi Note 14 Series
Sama macam generasi sebelum ni, Redmi Note 14 Series ada beberapa model yang boleh dipilih mengikut bajet dan keperluan anda. Antara yang berikut, mana satu pilihan anda?
Antara siri Redmi 14 ini merangkumi beberapa model, termasuk Redmi Note 14, Redmi Note 14 Pro, dan Redmi Note 14 Pro+.
- Redmi Note 14 – Model basic, cukup power untuk harian.
- Redmi Note 14 Pro – Upgrade dari segi kamera, skrin dan prestasi.
- Redmi Note 14 Pro+ – Model paling power dalam siri ni, untuk yang nak sesuatu lebih premium.
1. Reka Bentuk Dan Paparan
Redmi Note 14 Series kali ni memang nampak lebih elegan dan premium. Dengan bingkai aluminium dan belakang kaca Gorilla Glass, telefon ni bukan je tahan lasak tapi juga nampak mewah.
Dari segi skrin, Redmi Note 14 Series guna AMOLED 6.67 inci dengan resolusi FHD+. Bagi model Pro dan Pro+, skrin dia melengkung (curved display), nampak lebih stylish! Nak tahu apa yang best?
- Refresh rate 120Hz – Scrolling jadi laju je.
- Kecerahan puncak 1800 nits – Guna bawah matahari pun tak ada masalah.
- Dolby Vision & HDR10+ – Layan Netflix confirm puas hati.

2. Prestasi Laju
Redmi Note 14 Series ni memang laju sebab guna cipset terbaru. Gabung dengan RAM sampai 12GB dan storan UFS 3.1 sampai 512GB, pastinya telefon ni boleh buat banyak benda serentak tanpa lag!
Bagi gaming, Redmi tambah sistem LiquidCool Technology 2.0, jadi walaupun main game berat, tapi telefon ni tak cepat panas.
3. Kamera (Gambar Cantik Tanpa Edit)
Bahagian kamera ni memang Redmi bagi upgrade besar. Dengan Xiaomi AI Image Engine, gambar lebih tajam, warna lebih realistik, dan mod malam lebih power.
Nak buat video atau vlog, telefon ni support rakaman video 4K 30FPS! Untuk swafoto, Redmi guna kamera 16MP, cukup sharp untuk selfie dan video call.
- Redmi Note 14 – Kamera 50MP AI, hasil gambar sharp dan jelas.
- Redmi Note 14 Pro – Kamera 108MP dengan OIS, gambar lebih stabil.
- Redmi Note 14 Pro+ – Kamera 200MP Samsung HP3, antara kamera mid-range terbaik!

4. Bateri Dan Pengecasan
Tahu tak, sebenarnya kapasiti bateri besar memang kelebihan Redmi Note 14 Series. Dengan cipset baru yang lebih menjimatkan tenaga, anda boleh pakai seharian tanpa risau bateri cepat habis. Jom tengok berapa banyak bateri dan pengecasan Redmi Note 14 series.
- Redmi Note 14 – Bateri 5000mAh dengan 33W fast charge.
- Redmi Note 14 Pro – Bateri 5160mAh dengan 67W TurboCharge.
- Redmi Note 14 Pro+ – Bateri 5000mAh dengan 120W HyperCharge, cas penuh dalam 19 minit je!
5. Sistem Operasi Dan Ciri Pintar
Redmi Note 14 Series menggunakan HyperOS berasaskan Android 14, bagi pengalaman yang lebih lancar dan responsif. Antara ciri menarik adalah AI Smart Assistant, Multi-tasking mode dan Game Turbo Mode.
Dengan adanya AI Smart Assistant, ia akan memudahkan kerja harian, buka banyak aplikasi pun tak lag dan tiada masalah.
Selain tu, telefon ni juga support WiFi 6, Bluetooth 5.3, 5G, dan lengkap dengan stereo speaker dengan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih padu.

Redmi Note 14
- MediaTek Dimensity 7300-Ultra
- IMG BXM-8-256
- Paparan 6.67″ dengan resolusi 2400*1080px, kadar penyegaran sehingga 120Hz, kecerahan puncak 2100nits dan pengimbas cap jari dalam paparan
- Kamera Belakang: 50MP Sony LYT-600 + 8MP ultralebar + 2MP makro
- Kamera Selfie: 20MP
- Bateri 5110mAh
- Pengecasan 45W
- Xiaomi HyperOS berasaskan Android 14
- Kedudukan IP64
Redmi Notes 14 Pro
- MediaTek Dimensity 7300-Ultra
- Lengan Mali-G615 MC2
- AMOLED 6.67D melengkung 3″ dengan resolusi 1.5K, kadar penyegaran sehingga 120Hz, kecerahan puncak 3000nits dan penderia cap jari dalam paparan
- Kamera Belakang: 50MP Sony Light Fusion 800 + 8MP ultralebar + 2MP makro
- Kamera Selfie: 20MP
- Bateri 5500mAh
- Caj Hiper 45W
- Xiaomi HyperOS berasaskan Android 14
- Kedudukan IP68
Redmi Note 14 Pro +
- Snapdragon 7s Gen 3
- GPU Adreno
- AMOLED 6.67D melengkung 3″ dengan resolusi 1.5K, kadar penyegaran sehingga 120Hz, kecerahan puncak 3000nits dan penderia cap jari dalam paparan
- Kamera Belakang: 50MP Light Fusion 800 + 50MP telefoto dengan zum optik 2.5x + 8MP ultrawide
- Kamera Selfie: 20MP
- Bateri 6200mAh
- Caj Hiper 90W
- Xiaomi HyperOS berasaskan Android 14
- Kedudukan IP68
Telefon Pintar Mid-Range Terbaik
Dengan skrin cantik, prestasi laju, kamera mantap dan bateri tahan lama, telefon pintar mid-range ini memang berbaloi. Jom lihat antara ringkasan keistimewaan Redmi Note 14 Series.
- Reka bentuk premium dengan skrin AMOLED 120Hz.
- Cip Snapdragon 7+ Gen 2 yang laju gila.
- Kamera sampai 200MP dengan OIS.
- Bateri besar, cas laju 120W.
- HyperOS dengan AI features yang best.
Antara kekurangan telefon pintar ini adalah ia tiada slot microSD dan tidak ada bicu audio 3.55 (bagi model Pro+)
Apa-apapun Redmi Note 14 siri ini adalah telefon yang harga mid-range terbaik sesuai untuk anda upgrade telefon.
Jom baca juga,
Spesifikasi Penuh Xiaomi 15 Ultra | Telefon Flagship Terbaik
Xiaomi Mix Flip Telefon Lipat Premium Teknologi Canggih?
Review Realme GT 7 Pro, Telefon Prestasi Tinggi Harga Berpatutan!