Makanan yang sinonim dengan nama Kuantan atau Pahang adalah Ikan Patin Masak Tempoyak. Sekiranya berkunjung ke Kuantan, jangan lepaskan peluang menikmati makanan terbaik tempat makan di Kuantan ini.

tempat makan di kuantan

Imej via [saji]

Anda ingin terokai antara tempat tempat makan yang menarik di Kuantan? Mari kami sajikan antara 20 tempat makan di Kuantan yang menarik untuk anda kunjungi. Pasti anda tidak hampa dengan senarai yang kami cadangkan ini.

1.  Aniq Steamboat

tempat makan di kuantan

Imej via [cari destinasi]

Destinasi ini sangat popular dan antara tempat makan di Kuantan yang amat mendapat sambutan baik dalam kalangan orang tempatan mahupun pelancong dari luar negara.  Seperti di tempat steamboat yang lain, dengan sekali bayaran, anda boleh makan dengan banyak dan tanpa had.

Terdapat pelbagai jenis pilihan di sini untuk anda pilih. Jika anda penat berjalan sehari suntuk, tempat makan di Kuantan ini adalah tempat yang amat sesuai menghilangkan rasa lapar seharian anda berjalan. Tempat yang sesuai untuk anda seisi keluarga.  Mereka juga menyediakan tempat masak yang baik dan agak klasik, ruang yang luas dan keadaan yang selesa. 

2.  Bombay Restaurant

tempat makan di kuantan

Imej via [Foodadvisor]

Adakan anda penggemar masakan dari India? Atau penggemar makanan yang dihidang di atas daun pisang?  Inilah tempat makan di Kuantan wajib anda datang. Kedai ini dalam keadaan tertutup dan sangat selesa jika anda datang bersama keluarga atau dalam kelompok yang ramai.

Terdapat aneka lauk pauk yang dihidang di atas daun pisang yang diadaptasi idea dari spicy of india. Selain dari nasi daun pisang, terdapat juga lauk atau hidangan yang menarik seperti kari kambing, kari daging dan kari kepala ikan. Anda juga boleh mendapatkan menu yang agak santai seperti kuih kesari atau kuih tepung suji. Pasti ia tidak menghampakan anda!

3.  Warung Bay Rout

tempat makan di kuantan

Imej via [little-queen]

Warung ini adalah antara tempat yang sesuai untuk sarapan. Pernahkah anda merasa laksa Pahang? Jika belum, anda wajib datang ke Warung Bay Rout ini. Juga terdapat beberapa makanan dari barat yang boleh anda cuba di tempat makan di Kuantan ini.

Terdapat beberapa makanan sarapan yang berat di sini seperti nasi dagang,nasi lemak, nasi lemak ikan, laksam, lontong, laksa, nasi minyak, nasi goreng dan sebagainya.  Hidangan makanan tengahari yang tidak kurang hebatnya juga terdapat di sini. Antara menu yang ada untuk hidangan tengahari di sini adalah ulam ulam, gulai kawah dan banyak lagi. Namun, sudah pasti menu utama di Kuantan ini adalah ikan patin masak tempoyak. Terliur bukan? 

4.  Restoran Brotherhood Western & Grill

tempat makan di kuantan

Imej via [Letsgoholiday]

Tempat makan di Kuantan ini adalah antara yang terkenal dengan masakan atau makanan dari barat. Seperti biasa, mereka menghidangkan sajian yang menarik ala barat seperti salad, beger, steak, pasta dan bermacam macam lagi.

Jika anda menggemari suasana seperti berbulan madu, modern dan gaya mewah, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.  Dengan makanan yang amat sedap ini, pasti membuatkan anda dan pasangan berpuas hati.

5.  Mail Ikan Bakar

tempat makan di kuantan

Imej via [batamtoday]

Satu tempat yang menarik untuk menu ikan bakar yang terletak di Tanjung Lumpur dan ianya juga disyorkan pada anda jika datang bercuti di Kuantan.

Seperti yang anda tahu, pilihan kedai makan ikan bakar di sini memang banyak dan tidak terpilih untuk anda memilihnya.namun jika anda datang bertandang disini, anda tidak akan rasa kecewa.

Kedai inisangat luas tidak sempit dan selesa untuk anda menjamu selera. Di sini juga disediakan makanan laut yang segar mengikut menu yang anda inginkan. 

6.  T’Station Food Court

tempat makan di kuantan

Imej via [caridestinasi]

Tempat makan di Kuantan ini terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. Jika anda bercuti di sini dan menggunakan perkhidmatan bas udara, anda pasti lapar selepas mendarat kan? Lokasi tempat makan ini dekat dan mempunyai keluasan yang amat selesa untuk anda dan kawan-kawan kunjungi.

Antara menu utama yang terdapat di sini adalah Dimsum, satay, roti canai, nasi arab, char kuey teow dan pelbagai lagi. Kedai ini juga mempunyai ruang untuk anda menunaikan tanggungjawab 5 waktu anda serta mempunyai tandas yang bersih.

7.  Restoran Akob Patin House

tempat makan di kuantan

Imej via [teamtravel]

Pahang dan ikan patin. Dua kombinasi yang tidak dapat dipisahkan. Jika anda tiba di Pahang dan tengah lapar, sudah pasti Ikan Patin Masak Tempoyak akan singgah dahulu di fikiran anda. Tempat makan di Kuantan ini adalah syurga menu masakan patin tempoyak.

Salah satu tempat masak ikan patin paling digemari di Pahang ini yang terletak di Lorong Haji Abdul Rahmah 1, Kuantan Pahang. Selain menu Ikan Patin Masak Tempoyak, terdapat juga banyak menu masakan kampung di kuantan seperti Ikan Kerai Goreng, Gulai Udang Galah Tempoyak,Daging Masak Lemak Cili Api dan sebagainya.

8.  Jungle foodcourt

tempat makan di kuantan

Imej via [cari destinasi]

Terdapat banyak kedai makan yang berkonsepkan medan selera dan salah satunya adalah Jungle Foodcourt.  Tempat makan di Kuantan ini terletak berhadapan dengan Kuantan Medical Sentre di Kuantan Pahang.

Jika anda bercuti di sini dan tiada idea mencari tempat makan, datanglah ke sini kerana terdapat banyak menu yang menarik untuk anda cuba. Antara menu menarik di sini adalah segala masakan melayu, nasi arab, murtabak Singapore, nasi kukus, nasi minyak, nasi dagang serta sizling dan makanan barat.

Jungle Foodcourt menyediakan pentas karaoke yang menjadi pentas untuk para pengunjung menyanyi selepas menjamu selera. Amat menarik jika anda seorang kaki karaoke atau sukakan hiburan!

9.  Kula Cakes

tempat makan di kuantan

Imej via [TripAdvisor]

Kedai ini amat menarik, unik dan terkenal dengan menu Kek. Antara tarikan utama di kedai ini adalah Kek Keju Mangga.  Jarang terdapat di tempat lain. Setiap pengunjung yang datang ke kedai ini sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba merasa kek keju mangga di sini.

Tempat makan di Kuantan ini amat sesuai jika anda ingin mecari menu makan petang untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.  Lokasi yang sangat strategi dimana ia berada di tengah bandar Kuantan.  Sekiranya anda menginap di hotel bandar Kuantan ini, lokasi kedai ini adalah berdekatan dengan hotel seperti Hotel Mega View dan Hotel Kuantan Sentral.

10.  Restoran Dallah Nasi Arab

tempat makan di kuantan

Imej via [caridestinasi]

Restoran Dallah Nasi Arab ini terletak disebelah East Coast Mall (ECM). Terdapat banyak menu dari Timur Barat boleh anda rasai di tempat makan di Kuantan ini. Contohnya Chicken Kebab,  Chiken Shish Taiwouk, Lamb Kebab dan sebagainya. Terdapat juga menu dari negara arab yang lain seperti Saltah, Fasha dan Chiken Akdah.

Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, datanglah ke sini kerana keluasan kedai ini agak normal, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.  Ia berdekorasi seperti ala-ala Arabic dan mempunyai reputasi yang sangat bagus untuk anda menikmati makan malam di sini mahupun makan tengahari.

11.  Joe Mee Chalong Dan Keropok Berserah

tempat makan di kuantan

Imej via [AzuanZahdi]

Mee Chalong adalah menu yang amat digemari di negeri Pahang terutamanya di kawasan peranginan dan percutian seperti di Pantai Berserah, Kuantan Pahang. Bagi anda yang datang bercuti di Kuantan ini, marilah cuba menu yang terdapat di sini.

Mee Chalong ini diletakkan bebola ikan, telur separuh masak dan bahan bahan lain yang pastinya menyelerakan. Keunikan tempat makan di Kuantan ini adalah mereka menggunakan bahan utama mereka iaitu bebola ikan. Bebola ikan yang dibuat sendiri oleh tuan kedai khas untuk menjadi kelainan dan keunikan menu dalam masakan.

12.  Restoran Dapur Mama

tempat makan di kuantan

Imej via [Offpeak]

Tempat makan di Kuantan ini amat terkenal dengan menu nasi kukus dan ikan berempah. Sebut mengenai ikan, Menu kenegerian Pahang adalah berasaskan ikan sungai. Walaupun menunya sangat biasa, jangan terkejut kerana mereka mempunyai beberapa cawangan di Ibukota terutamanya seperti di Bangi dan Kelana Jaya.

Kesedapan nasi kukus terletak pada kelembutan kepanasan nasinya dan juga rempah karinya.  Terdapat 3 jenis kuah yang boleh anda campurkan seperti anda menikmati menu nasi kandar atau nasi campur yang lain di sini. Amat sesuai jika anda membawa keluarga anda menikmati makanan tengahari atau makan malam di kedai ini.

13.  Mustafa Cendol

tempat makan di kuantan

Imej via [Ana Suhana]

Cendol yang paling mendapat sambutan di tempat makan di Kuantan ini adalah cendol aiskrim, cendol pulut, jagung, kacang dan bermacam lagi. Kedai Cendol Mustafa sudah beroperasi agak lama dari satu generasi hingga ke generasi ketiga keluarga ini.

Semua bahan cendol ini dibuat sendiri oleh pengusaha cendol Mustafa ini malah Cendol Mustafa juga menjadi pembekal untuk cendol bagi penjaja dan penjual yang lain di sekitar lokasi berkenaan. Selain cendol, terdapat menu sampingan lain seperti rojak campur, rojak buah, rojak ayam, mee goreng mamak dan banyak lagi.

14.  Restoran Sara Thai Kitchen

tempat makan di kuantan

Imej via [suriadavid]

Restoran atau tempat makan di Kuantan ini berkonsep ala thai. Keunikan yang terdapat di kedai ini adalah menunya yang lain daripada yang lain harus anda cuba di sini.

Terletak di Jalan Gambut, bersebelahan Hotel Grand Continental Kuantan, nama menu yang terdapat di restoran ini adalah tidak asing dari kedai thai yang lain. Sama ada tomyam, lauk masakan panas atau sebagainya, semuanya tersedia di kedai ini. Apa kata kali ini, anda cuba rasai keenakan menu di sini pula!

15.  Terminal Satay Zul

tempat makan di kuantan

Imej via [tripadvisor]

Terdapat beberapa jenis menu satay di tempat makan di Kuantan ini seperti satay ayam, daging dan satay eksotik seperti satay rusa, satay kijang, arnab, hati dan juga satay perut.

Jika anda lebih sukakan kuah kacang, suka menghirup kuah kacangnya, destinasi ini adalah unik dan lain dari yang lain kerana jika kuah kacang anda habis, anda boleh tambah seberapa bamyak anda mahu dengan percuma. 

Anda juga boleh menikmati makan malam selain dari satay kerana terdapat beberapa menu sampingan seperti goreng-goreng dan lain lagi.

16.  Restoran Mabiq 2

tempat makan di kuantan

Imej via [little-queen]

Restoran Mabiq 2 ini terletak 5 km dari ibu negeri Pahang, Kuantan. Terdapat pelbagai menu utama Pahang seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Sambal Hitam, Daging Salai Hitam, Pulut Mangga dan sebagainya di sini.

Tempat makan di Kuantan ini terletak di kawasan rumah kedai dan berlokasi di hujung lot ,akan tetapi kedai ini berkonsepkan ala pantai kerana ia terletak di tepi pantai dan terbuka. 

17.  Lili Wadi Restoran

tempat makan di kuantan

Imej via [TripAdvisor]

Restoran yang direka ala modern dan elegen ini menawarkan pelbagai menu masakan barat seperti beger, steak, kentang goreng, pasta, BBQ, steamboat dan sebagainya.

Tempat makan di Kuantan ini berkonsepkan restoran yang cantik dan agak romantis, sesuai untuk anda yang datang untuk menikmati makan malam berdua bersama yang tersayang.  

18.  Restoran Anna Ikan Bakar Petai 3

tempat makan di kuantan

Imej via [azuanzahdi]

Selain menu Ikan Bakar Petai, terdapat juga menu lain yang tidak kurang hebatnya di sini.  Tempat makan di Kuantan berkonsepkan sederhana dn terbuka ini sesuai untuk tema makanan ikan bakar.

Ia mempunyai keluasan kedai makan yang memberangsangkan, mempunyai ramai pekerja yang membantu menyediakan makanan dengan pantas dan servis yang amat memuaskan. Destinasi ini sesuai untuk anda yang berkeluarga atau datang dengan sahabat juga kumpulan yang besar.

19.  Restoran Jaman Tory Resipi

tempat makan di kuantan

Imej via [rasahub]

Tempat makan di Kuantan ini terletak di Bandar Indera Mahkota. Restoran mempunyai hawa dingin dan berdekorasi seperti ala ala klasikal dan sesuai untuk semua.

Selain menu utama iaitu ikan bakar masak tempoyak, kedai ini juga mempunyai menu seperti char kuey teow, daging salai, juga terdaat sizzling, burung puyuh, makanan barat dan sebagainya. Jika anda baru sampai di Kuantan, datanglah ke sini kerana ia mempunyai makanan untuk tengah hari mahupun makan malam.

20.  Restoran MaBiq

tempat makan di kuantan

Imej via [terowonginformasi]

Restoran Mabiq menyajikan masakan utama di Pahang iaitu ikan Patin masak tempoyak, pais ikan masak tempoyak, sambal hitam, daging salai dan sebagainya. Konsep restoran ini adalah seperti konsep warung lain iaitu mempunyai menu nasi campur dan pelbagai lauk-pauk.

Restoran ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Mahaad Bahasa & ilmu Al-Quran yang terletak di Tanjung Lumpur. Sangat mudah ditemui dan mempunyai tempat parkir kereta yang sangat luas.

tempat makan di kuantan

Imej via [ecpms]

Jika anda penggemar ikan sungai, ikan bakar atau apa sahaja ikan sungai, anda juga boleh ke bandar Temerloh Pahang. Pelbagai menu menarik disajikan terutama menu orang asli dari negeri Pahang. 

Selamat menjamu selera di tempat makan di Kuantan yang telah disenaraikan tadi.  Jom baca tempat menarik di Terengganu , tempat bersejarah di Selangor dan tempat makan menarik di Kota Kinabalu juga.

Rujukan:

  1. Tripadvisor
  2. Google Top Sight
  3. Cari Destinasi

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.