15 Tempat Penginapan Menarik Di Melaka Cantik Dan Mempersonakan Anda
Jom lihat tempat penginapan menarik di Melaka.
Melaka sinonim dengan bandarnya yang kaya dengan sejarah dan telah dinobatkan oleh UNESCO serta peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai banyak tempat bersejarah yang tinggi nilainya. Melaka juga mempunyai pelbagai budaya campuran yang menarik untuk dipelajari dan diterokai seperti Peranakan ataupun Baba dan Nyonya.
Jika anda ingin menerokai keseluruhan Bandar Bersejarah ini, pastinya sehari tidak cukup, malah anda disarankan untuk bermalam dan menginap di sini. Justeru itu, kami berbesar hati untuk berkongsi tempat penginapan menarik di Melaka yang boleh anda menginap usai bercuti di sini.1. Cabin Bungalow In A Village
Untuk mereka yang sukakan kelainan, bolehlah menginap di sini. Tempat penginapan menarik di Melaka ini merupakan sebuah banglo yang memiliki empat buah bilik berkonsep penginapan dalam kontena. Banglo ini boleh memuatkan seramai 40 orang dalam satu-satu masa jika menyewa kesemua 4 unit kontena.Cabin Banglo ini sangat sesuai untuk aktiviti gathering bersama keluarga yang besar, sahabat handai mahupun trip untuk mana-mana syarikat yang ingin membuat team building. Kesemua kemudahan di dalam banglo ini sangat lengkap dengan ruang tamunya yang besar, dapur dan ruang menonton televisyen yang selesa serta kolam renang.
Kawasan luar kontena juga sangat lapang untuk melakukan apa-apa aktiviti seperti berbabeque, beriadah di waktu petang dan merupakan tempat untuk parking.
2. The Hut, Serkam
Lokasi Chalet The Hut ini berada di Kg Serkam Pantai iaitu kira-kira 500 meter dari Medan Ikan Bakar Serkam yang sangat popular. Tempat penginapan menarik di Melaka ini sangat sesuai untuk mereka yang mendambakan kedamaian kampung.Chalet ini dibina melalui penggunaan semula kayu –kayu lama bersama atap nipah dimana ia mampu menyerlahkan lagi nilai-nilai estetika senibina Melayu tradisional. Terdapat kolam renang untuk beriadah, sangat sesuai untuk kanak-kanak. Anda boleh menggunakan perkhidmatan sewa basikal yang disediakan dan anda boleh bersiar-siar sambil menjamah panorama sekitar tempat penginapan di Melaka ini.
3. Limastiga, Umbai
Nama homestay ini diambil sempena pembinaannya yang menggunakan bumbung limas. Berbumbungkan atap limas, tempat penginapan menarik di Melaka ini sememangnya memberikan penginapan yang terbaik dengan senibina pembinaan landskapnya yang kelihatan mengagumkan.Ia tampak ekslusif dengan sekitarnya dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan menghijau yang redup berserta elemen air yang menyegarkan. Lokasi homestay ini terletak tidak jauh dari Muara Ikan Bakar Umbai dan berdekatan dengan Restoran Ikan Bakar terapung dan Perigi Hang Tuah. Oleh itu, homestay ini sangat sesuai dipilih sebagai penginapan bersama keluarga.
4. Masbro Village Homestay
Tempat penginapan menarik di Melaka ini memaparkan beberapa buah rumah yang berbentuk segi tiga yang berwarna-warni yang kelihatan sangat ceria. Ia terletak lebih kurang 7 km dari pusat bandar Air Keroh.Homestay ini dikatakan sangat serupa dengan penginapan yang ada di Brighton Beach, Australia. Homestay ini memiliki laman yang cantik dan juga kolam renang yang besar. Ia juga selamat kerana merupakan kawasan yang berpagar.
Di samping itu, bagi ibu-ibu atau isteri yang tidak tahu dimana tempat yang boleh beli barangan dapur, jangan khuatir kerana anda boleh membelinya di Tesco Cheng Stadium Hang Jebat. Lokasinya hanya 5 minit berjalan kaki dari homestay ini.
5. Agrofarmstay, Durian Tunggal
Kepada pencinta alam, resort ini sememangnya sesuai sebagai destinasi penginapan anda. Ia menjanjikan suasana hijau alam semulajadi kepada pengunjung yang hadir. Macam-macam aktiviti riadah yang boleh anda lakukan bersama keluarga seperti bermain dan bermandi-manda di kolam renang besar yang disediakan, memancing, berkaraoke, berkayak dan juga melakukan aktiviti sukaneka yang boleh anda aturkan dengan pihak resort.Bagi mereka yang bercuti bersama anak-anak, mereka pasti teruja kerana resort ini juga ada menyediakan Pet House yang mempunyai beberapa jenis haiwan seperti kuda, burung, arnab, kambing, ayam dan lain-lain lagi.
6. 45 Lekiu
Tempat penginapan menarik di Melaka ini letaknya di tengah-tengah Bandar Bersejarah Melaka. Ia merupakan bangunan rumah kedai lama dengan 3 tingkat yang dibina sekitar tahun 1941 namun kini ia telah diberi nafas baru dengan dekorasi kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri sejarahnya.Terdapat kemudahan kolam renang yang juga turut tersedia di sini. Pengunjung juga pasti akan jatuh cinta dengan senibina balkoni rooftopnya yang dipenuhi dengan hiasan bunga kertas. Sekitar 45 Lekiu ini juga terdapat pelbagai tempat menarik seperti Stadhuys, Bukit St. Paul dan Jonker Street yang boleh anda kunjungi. Ianya terletak tidak jauh dari penginapan ini maka anda juga boleh berjalan kaki sahaja.
7. D’Brug Homestay
Di samping lokasinya yang strategik yang terletak di tepi Sungai Melaka dan berdekatan dengan Jonker Walk, bangunan homestay ini bewarna kuning terang, maka tidak susah untuk anda mencarinya. Pemandangan di tempat penginapan menarik di Melaka ini lengkap dengan susunan perabot berwarna-warni serta mural yang berkonsepkan klasik menaikkan lagi seri landskapnya.Homestay ini bertemakan moden mewah yang sangat berani bermain dengan warna. Selain boleh bersiar-siar di tepi Sungai Melaka, pengunjung juga dapat melihat dan bergambar bersama mural yang cantik-cantik yang terlakar di bangunan tepi sungai. Mural di situ sedikit sebanyak menceritakan tentang sejarah dan warisan Melaka.
8. Fantasy Hotel
Untuk mereka yang cintakan fantasi atau yang membawa anak-anak, tempat penginapan menarik di Melaka ini sangat sesuai untuk anda kerana ia berkonsepkan kartun popular seperti Doraemon, The Avengers dan Winnie The Pooh.Di samping menawarkan penginapan yang mempunyai kelainan berbanding penginapan lain yang rata-ratanya berkonsepkan antik dan moden, landskap dan susun atur perabotnya juga sangat menarik serta unik dengan harganya yang amat berpatutan.
Fantasy Hotel sangat strategik dimana ia terletak di tengah Bandar Melaka. Hotel ini juga menyediakan kemudahan yang tidak terdapat di hotel lain seperti perkhidmatan asuhan untuk menjaga anak kecil serta kereta sewa dan juga basikal.
9. Rucksack Caratel
Tempat penginapan menarik di Melaka ini amat unik dan lain dari yang lain kerana ia memberikan penginapan dengan suasana perkhemahan. Terdapat pelbagai jenis bilik untuk dipilih.Pelbagai aktiviti menarik juga boleh anda lakukan di sini seperti bermain foosball, bola keranjang atau bersantai di tempat duduk yang tersedia. Semua aktiviti ini boleh direalisasikan jika pengunjung ke Caravan Park. Selain itu, kemudahan lain seperti kolam renang dan kemudahan sistem pembesar suara juga lengkap di sini. Ia sangat sesuai untuk mengadakan acara keramaian seperti majlis hari jadi.
10. Yunus Homestay Kampung Morten
Homestay ini merupakan sebuah perkampungan melayu di tepi Sungai Melaka. Pemandangan tempat penginapan menarik di Melaka ini sangat indah terutama pada waktu malam kerana sekitarnya sarat dengan hiasan lampu-lampu.Perkampungan Morten ini sangat unik dengan nilai-nilai tradisional, sejarah serta rekabentuk senibinanya yang sehingga kini dipelihara oleh kerajaan Melaka. Menginap di sini umpama mengimbau kenangan ketika berada di desa. Homestay yang berkonsepkan kayu dan menggunakan perabot lama ini pasti membuatkan anda merasai pengalaman yang tiada tolok bandingnya.
11. Fuga Village
Memilih untuk menginap di Fuga Village adalah keputusan yang sangat ideal buat mereka yang inginkan ketenangan jauh dari kesibukan Bandar Melaka. Fuga Village ini berkonsepkan moden kontemporari yang agak terasing dengan dinding  yang tinggi dilengkapi dengan kemudahan kolam renang.Tempat penginapan menarik di Melaka ini berhampiran dengan beberapa kawasan tarikan pelancong seperti pusat pemuliharaan penyu Padang Kamunting, Restoran Ikan Bakar serta Pusat Sukan seperti bola tampar, jetski banana boat, badminton, dan berbasikal.
12. Bustel Melaka
Berkonsepkan penginapan di dalam bas, BUSTEL merupakan salah satu hotel yang sangat unik di Melaka. Tempat penginapan menarik di Melaka ini menggunakan 40 bas awam yang sudah lama telah diubahsuai menjadi hotel berhawa dingin, restoran dan kedai cenderamata.Lokasinya juga sangat strategik iaitu terletak di Pantai Klebang. Jika anda menginap di sini, pasti mudah untuk anda mendapatkan Coconut Shake Klebang dan kuih keria yang viral dan sangat popular.  Ia hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja bagi mendapatkan makanan viral tersebut.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di Pantai Klebang ini adalah menaiki kuda, bermain layang-layang ataupun berjalan di pasar hujung minggu.Â
13. Casa Rasa Sayang, Kuala Sungai Baru
Penginapan ini merupakan sebuah villa yang berkeluasan kira-kira 11,000 kaki persegi. Villa ini adalah tempat yang sangat sesuai bagi percutian keluarga yang besar, outing bersama rakan-rakan mahupun untuk mengadakan team building syarikat.Lokasi tempat penginapan menarik di Melaka ini betul-betul menghadap Selat Melaka. Terdapat juga dua buah pulau berdekatan yang boleh anda kunjungi ketika air surut. Casa Rasa Sayang ini mempunyai 7 buah bilik tidur di mana harganya bermula dari RM235 untuk satu malam.
14. Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi
Resort ini memaparkan beberapa buah rumah kayu yang berkonsepkan kontemporari. Lokasinya sangat sesuai buat mereka yang ingin jauh dari kesibukan kota. Terdapat lebih kurang 20 jenis kediaman yang terdapat di sini dan dinamakan menggunakan pangkat dalam keluarga seperti Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Teh, Pak Anjang dan banyak lagi.Harga penginapan di sini bermula dengan harga RM140 semalam. Kediaman yang paling besar dan mahal adalah Pak Ngah dan Pak Lang yang boleh memuatkan sekitar 15 orang dalam satu-satu masa.
Terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia termasuklah kolam renang, padang bola dan tempat berbabeque. Tempat penginapan menarik di Melaka ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kampung.
15. Umang-Umang Chalet, Kuala Sungai Linggi
Chalet ini hanya terletak kira-kira 10 km sahaja dari Pangkalan Balak. Bagi anda yang inginkan percutian bajet, anda bolehlah berkunjung ke sini. Chalet ini sangat tenang dan cantik dengan pantai semulajadinya yang tidak tercemar, kawasan yang redup dilitupi pokok-pokok yang berusia ratusan tahun pasti menjanjikan privasi buat anda.Tempat penginapan menarik di Melaka ini mempunyai lebih kurang 44 buah bilik dengan 7 jenis bilik yang boleh anda pilih. Seperti tempat penginapan lain, chalet ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti kafe, restoran yang menghadap laut, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, tapak berkhemah dan kawasan aktiviti keluarga.
Itulah dia beberapa pilihan tempat penginapan menarik di Melaka yang boleh anda pilih. Berkonsepkan moden, tradisional, bajet, comel, semuanya ada! Jom baca tempat menarik di Dungun, tempat menarik di Perak dan tempat menarik di Istanbul juga.Rujukan:
- Â Â Â siraplimau
- Â Â Â thevocket
- Â Â Â caridestinasi