tempat menarik di yaman
|

10 Tempat Menarik Di Yaman Destinasi Pelancongan Indah Dan Klasik

Salah satu negara Arab yang sering disebut oleh ramai orang adalah Yaman.  Yaman cukup terkenal sebagai negara Islam yang penuh sejarah meliputi kisah para nabi dan sahabat.  Demikian itu, ia juga adalah negara yang penuh dengan ilmu Islam, malah terdapat pusat keilmuan dan tempat bersejarah yang boleh anda kunjungi sepanjang berada di Yaman.

Sebagai negara yang berkembang maju dari hari ke hari, Yaman menjadi sebutan saban hari dek kerana keindahan tempat percutian dan hasil seni binaannya yang tersendiri. Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda boleh melawat ke 10 tempat menarik di Yaman yang kami sarankan.

1. Sana’a

tempat menarik di yaman
Imej via [tripadvisor]
Tempat menarik di Yaman yang dikenali dengan nama Sanaa ini merupakan Ibu negara Yaman kini.  Sanaa Yaman ini adalah antara bandar yang sangat lama didiami manusia iaitu sejak zaman sejarah nabi lagi. Sanaa ini juga telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Bersejarah UNESCO. Ia juga dikenali sebagai Bab Al-Yemen yang merupakan pintu utama bagi tembok kuno Sana’a.  Anda boleh melihat pelbagai reka bentuk bangunan yang amat cantik di sini.

2. Tarim

tempat menarik di yaman
Imej via [wikipedia]
Tarim adalah sebuah kawasan atau negeri Yaman yang terletak di Lembah Hadramawt, bahagian selatan.  Tempat menarik di Yama ini juga dikenali dengan nama Kota Seribu Wali memandangkan ramai wali atau hamba Allah SWT suka berhimpun di sini.

Ia juga merupakan sebuah bandar keilmuan Islam yang selalu didatangi oleh penuntut agama atau mereka yang ingin fokus kepada Islam.  Sekiranya anda berkunjung ke sini, anda boleh mempelajari banyak ilmu berkaitan Islam dan merasai suasana negara Islam yang indah dan aman ini.

3. Kepulauan Socotra

tempat menarik di yaman
Imej via [johorpress]
Siapa sangka terdapat sebuah pulau yang indah di Yaman ini dengan kisahnya yang mendebarkan.  Kepulauan Socotra adalah sebuah tempat menarik di Yaman yang berkonsepkan pulau. Menariknya, ia mempunyai pohon-pohon yang pelik dan berbentuk aneh.

Ia terdiri dari 2 jenis kepulauan iaitu pulau kecil dan pulau besar. Selain itu, ia digelar “Pulau Dajjal” kerana terdapat sebuah hadis berkaitan pulau tempat tinggal Dajjal yang dikatakan sama seperti pulau ini. Ia tidak menjadi masalah untuk anda melancong ke sini kerana ia sangat indah dan unik.

4. Aden

tempat menarik di yaman
Imej via [flickr]
Tempat menarik di Yaman seterusnya adalah Aden. Aden adalah sebuah bandar pelabuhan yang menjadi rebutan Inggeris sejak dulu lagi, namun ia dikuasai oleh Uthmaniyah sejak berzaman.  Tahukah anda, Aden merupakan ibu negara Yaman Selatan  dahulunya?  Ia juga adalah bandar bersejarah yang boleh anda lawati untuk melihat pemandangan laut, bot dan lain-lain lagi.

5. Taiz

tempat menarik di yaman
Imej via [flickr]
Taiz adalah sebuah bandar yang tampak aman dan indah sekali dengan kehijauan rumput dan tumbuh-tumbuhan di kawasan yang bergunung-ganang.  Ia merupakan salah satu tempat menarik di Yaman yang boleh anda kunjungi.  Dahulunya, ia pernah menjadi ibu negara bagi pemerintahan Ayubiyah dan Imam Yahya. Kini, ia adalah destinasi utama bagi pendidikan.

Bandar Taiz terletak berdekatan dengan Bandar Aden di selatan dan Pantai Laut Merah. Sepanjang berada di sini, anda boleh bersiar-siar di sekitar bandar ini serta beberapa pusat pendidikan yang bakal membantu anda mengenali Islam dan kehidupan dengan baik lagi.

6. Istana Darul Hajar

tempat menarik di yaman
Imej via [propertyinside]
Sering kita mendengar nama tempat ini iaitu Dar Al-Hajar atau lebih diketahui sebagai Istana Darul Hajar.  Ia merupakan salah sebuah binaan lama yang dicatatkan dalam sejarah Yaman. Secara umumnya, ia merupakan bangunan milik Imam Yahya yang berkonsepkan seni bina silam Yaman.

Ambillah gambar kenangan sepuas hati dan berjalan-jalanlah mengelilingi kota klasik ini kerana ia mungkin akan menjadi terapi terbaik untuk anda mendapatkan ketenangan jiwa. Tempat menarik di Yaman ini adalah sebuah nilai seni bina Islam yang amat tinggi.

7. Wadi Dawan

tempat menarik di yaman
Imej via [flickr]
Wadi Dawan adalah sebuah tempat menarik di Yaman yang berada dalam kawasan Hadramawt. Ia amat dikenali dengan suasana bangunannya yang bersih, kemas, unik serta tersusun cantik.  Terdapat juga madu lebah yang sangat bermutu tinggi boleh anda dapatkan di sini.

Nama Wadi Dawan juga sering disebut-sebut sehingga menjadi satu nama pilihan bagi restoran makanan Yaman. Tarikan pengunjung di sini adalah dari segi binaan bangunannya yang bersejarah serta suasananya. Amat rugi jika tidak bermalam di sini kerana ia adalah daerah Islam yang amat menenangkan.

8.  Al Saleh Mosque

tempat menarik di yaman
Imej via [tripadvisor]
Terdapat juga tempat menarik di Yaman yang berupa masjid iaitu Al Salleh Mosque.  Masjid ini menjadi tarikan pelancong dimana ia sangat indah, luas, megah dan cantik.  Masjid ini terletak di pusat kota Sanaa membolehkan anda singgah untuk beribadat di sini.

Tahukah anda, anda mungkin akan diperiksa dahulu sebelum masuk ke sini kerana ia agak ketat dan dijaga dengan rapi. Namun, tiada masalah untuk anda bergambar atau berehat di sini.

9.  Cairo Castle

tempat menarik di yaman
Imej via [gadventures]
Cairo Castle adalah tempat menarik di Yaman yang menjadi destinasi pelancongan ramai. Di sini, anda bukan sahaja boleh melihat keindahan istana yang tinggi dan seluruh bandar Cairo, tetapi anda juga boleh melakukan aktiviti air seperti menaiki bot, bermandi-manda dan lain-lain lagi.

10.  Mudhaffar Mosque

tempat menarik di yaman
Imej via [archdaily]
Masjid Mudhaffar adalah sebuah tempat persinggahan yang amat bermakna untuk anda. Singgahlah di sini untuk solat selain dari bersiar-siar melihat keindahannya. Anda boleh melihat seni bina bangunan yang cukup indah di bandar Taiz, Yaman ini.

Itulah dia tempat menarik di Yaman bangunan klasik dan percutian menenangkan untuk anda. Jom baca juga tempat menarik di Yiwu, tempat menarik di Vung Tau, tempat menarik di Yokohama dan tempat menarik di Wuhan.

Rujukan:

  1. facebook
  2. tripadvisor
  3. things-to-do

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *