3 Hari 2 Malam Solo Trip Ke Brunei Berserta Itinerari
Brunei antara negara yang sangat kecil dan sangat kaya. Walaupun terletak dalam area Malaysia, negara ini bukanlah salah satu negeri Malaysia. Oleh sebab ianya sangat dekat, semakin teringin untuk travel ke situ biarpun seorang diri. Inilah yang dilakukan oleh Puan Ellizar Razali. Beliau berani travel ke Brunei seorang diri dan menimba pengalaman sewaktu travel. Berikut ialah itinerari beliau.
Transportation:
KL – Brunei – KL = AirAsia RM120
Transportation in Brunei: Public Bus. BND1/RM3 per route.
Untuk yang tak biasa naik bas sebab acah berjiwa princess, boleh download apps “DART”. Dekat sana tiada Grab/Uber. Mereka pakai Dart. Tapi rate mahal teruk. Bolehlah pakai ini kalau rasa wang bukan segalanya.
Accommodation:
BWN Bed Hostel
15BND per night x 2 night = 30BND/ RM90
Very recommended. Hostel ini dekat area Kiulap. Kalau nak stay in Brunei, better cari hotel/hostel dekat area sini. Tempat makan bersepah. Turun-turun hostel sahaja boleh nampak KFC, ada restoran nasi ayam paling famous in Brunei, Burger King, hipster cafes, supermarket and dekat sangat dengan shopping mall with cinema.
Airport – Bandar = 1BND/RM3 (Bas no 23)
Bandar – Kiulap = 2BND/RM3 (Bas no 20)
For booking, whatsapp +6738345687 atau boleh book melalui Hostelworld.com. Dia akan bagi rate yang sama. Tapi better book via whatsapp sebab dia mungkin akan bagi promo price. Macam hari itu saya dapat harga BND15 walaupun harga asal BND16 per night.
-Hostel baru and bersih.
-Staff friendly sangat. Tapi memang rakyat Brunei semua peramah pun so tak terkejut.
-Washing machine, dryer, hair dryer, selimut and towel disediakan.
-Air conditioned room.
-Locker.
-Wifi laju sungguh persis Barry Allen.
-Pantry with free flow drinks, 3in1 drinks, snacks, biscuits, roti, jem.
-Bus stop betul-betul depan hostel.
Day 1
– Arrived at Brunei dalam jam 4.30 petang. Keluar dari arrival gate, belok kiri, akan nampak bus stop airport untuk tunggu bas. Jangan menggelupur, tak susah pon nak dapat bas dekat Brunei. Bas 23 akan pickup. Bas ini akan bawa kita ke Bandar / BSB. Terus ke BSB Bus Terminal. (BSB = Bandar Sri Begawan). Tak lama pun menunggu. Kalau rasa lama, isilah masa terluang dengan berzikir.
– Dari BSB Bus Terminal, terus cari bas ke Kiulap (bas no 20). Masuk bas, bagitahu bas konduktor nak turun dekat KFC Kiulap. Bukan sebab lapar, tapi sebab hostel itu dekat atas KFC.
– Check-in hostel, buat ramah sikit dengan orang hostel. Tanya dia cara nak ke Gadong Night Market. Selepas itu, dia tolong bawa and teman terus dekat Gadong Night Market. Thank you Danny!
*Gadong Night Market*
– Makanan dekat sini hampir semuanya harga 1BND/RM3. Boleh jumpa macam-macam makanan, kuih-muih, air big cup. Semua 1BND. Kalau dekat Malaysia big cup dah RM5.
– Saya beli; Kambing bakar, nasi katok, cakoi pandan kaya, nasi daun kelabit, air bandung, bergedil daging. Ya, makan seorang.
Day 2
– Breakfast dekat Restoran Thien Thien. Nasi ayam paling famous dekat Brunei.
– Naik bas ke Bandar.
– Jalan-jalan area bandar. Dah sampai bandar, segala tempat penting yang nak melawat, dah dekat. So jalan kaki sahaja.
– Singgah Tamu Kianggeh. Tempat jual local products, herbs, sayur, belacan, ikan kering, etc.
– Royal Regalia Museum (free entrance)
– Brunei History Centre (free entrance)
– Lunch. Bersembang dengan staff Brunei History Centre, selepas itu dia bawa belanja makan and pusing-pusing naik kereta dia dekat sekitar Brunei. Brunei people are so nice. Sebak terharu. So lunch saya ditaja dekat Tuckshop Restaurant.
– Menu: mi kolo, dumpling soup, pisang goreng.
– Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
– Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Lebih kurang shopping mall)
– Beli local ice cream harga less than 1BND
– Beli souvenirs yang kualiti tip-top dekat kedai “Your Brunei Memories”
– Jalan kaki ke BSB Bus Terminal, gerak balik ke Kiulap.
– Coconut shake dekat Raw Coconut Bistro
– Arena Cineplex.
– The best popcorn in Brunei and the best popcorn saya pernah makan setakat ini.
– Tengok movie sebab saja nak merasa wayang Brunei.
– Dinner dekat Jollibee. Dekat Malaysia payah nak jumpa Jollibee. Jollibee ini famous dekat Philippines.
– Singgah Hua Ho supermarket untuk beli snacks and chocolate bawa balik Malaysia.
– Balik Hotel
Day 3
– Breakfast dekat Lee Loi Fatt restaurant Brunei
Menu: Lou Chu Foon, Rojak, ABC (must try rojak & ABC)
– Check-out, naik bas ke Bandar
– Singgah Tamu Kianggeh beli belacan Brunei dengan ikan kering dekat Kak Dee.
– Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebab nak makan lagi aiskrim for the last time in Brunei. Risau balik Malaysia nanti termimpi-mimpi.
– Gerak ke BSB Bus Terminal, naik bas no 23 ke airport, balik Malaysia.
Reminder: AirAsia Brunei strict yang teramat. Dia timbang beg and handbag kita dua kali. Satu kali dekat counter, satu kali dekat boarding gate. Ramai gila kena tahan sebab beg lebih 7kg. Yang kelakarnye, ada seorang lelaki ini bawa dua beg galas and satu beg camera. Lepas timbang, exceeds 7kg. Tetiba dia menghilang. Tak sampai lima minit, muncul kembali dengan perut kembung. Sorok beg galas dalam baju ye. Nasib baik lepas. Haha!
Saya cuma tukar duit RM600/BND200 bawa pergi Brunei. Time balik, masih ada baki BND70/RM210.
Jadinya, saya cuma belanja RM390 inclusive hostel, public transportation, simcard (25BND/RM75), makan ibarat bela saka dan souvenirs.
Simcard boleh beli dekat airport sahaja. Paling murah ada sahaja yang harga 10BND/RM30 tapi memang payah nak dapat harga ini kalau beli dekat airport.
*Seronoknya travel seorang diri. Tambah-tambah lagi bila Puan Ellizar mention duit baki. Memang Brunei termasuk dalam senarai tempat yang wajib pergi ni. Hehe. Bolehlah travel solo sahaja lepas ini. Selamat Menjelajah!